Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Teringin Nak Makan Pani Puri? Jom Follow Resepinya Di Sini. Mudah Dan Sedap Sangat. Makan Satu Confirm Tak Cukup!
Korang yang suka tengok cerita hindi or tamil mesti pernah nampak pani puri ni kan? Pani puri ni merupakan makanan tradisi yang popular di India. Rasanya yang manis, masam dan pedas memang boleh buat ketagih! Makan satu confirm tak cukup.
Pani puri juga mempunyai nama lain iaitu gol gappe, phuchke, pani ka pataasha, gup chup, tikki, phulki ataupun pakodi. Pani puri mempunyai kombinasi tekstur iaitu crispy, lembut dan cair. Bahagian bola kopong nya rangup dan di lubangkan di bahagian tengah.
Setelah dilubangkan, bahagian tengahnya akan diisi dengan kentang rebus cincang, kecambah gandum, serta dicelupkan dalam kuah cair pedas. Kuah cair pedas pula mengandungi daun ketumbar, daun mint, cabai hijau, jahe dan garam. Manakala kuah kental manis pula dari asam dan kurma.
Pani puri ni juga sesuai di makan bila-bila masa sahaja. Tak kira pagi, siang ataupun malam hari. Bahagian purinya boleh di buat sendiri. Tapi, kalau nak cepat boleh je pakai puri chips/papad yang di jual di Shopee. Teksturnya juga rangup dan boleh terus di goreng.
Untuk resepi pani puri homemade, korang boleh follow resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Liza Sharif ni. Memang tak cukup sebijik bila makan nanti. Katanya tak tahu sedap ke tak, tapi family dah repeat nak makan lagi pani puri yang beliau buat ni.
RESEPI PANI PURI
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk puri :
- 1 cawan semolina/suji halus
- ¼ cawan tepung gandum
- 1sk garam
- Puri chips/papad (Boleh guna yang dah siap, beli kat Shopee)
Bahan untuk mint pani:
- Segenggan daun ketumbar**
- ½ genggam daun pudina**
- 1″ halia**
- 2 batang cili api (nak pedas boleh tambah lagi)**
- ¼ cawan air asam jawa**
- ½ cawan air**
- 2 cawan air
- 1 sudu besar serbuk pani puri masala (beli kat shopee)
- Garam
- ¼sk Lada hitam
- 2sb perahan lemon
Bahan untuk tamarind pani :
- Asam jawa tanpa biji (size bola pingpong)**
- 1 ketul gula melaka mini (or separuh kalau guna yg size biasa)**
- 5 biji kurma, buang biji (mami pakai mariami sbb rasa nutty dia sedap)**
- 2 cawan air**
- 1sk pani puri masala
-
½sk serbuk cili
-
Garam secukup rasa
Bahan untuk aloo stuffing (Kentang) :
- 5 biji ubi kentang (rebus sampai lembut & lenyekkan)**
- 1sb serbuk cili**
- 1sb pani puri masala**
- Garam secukup rasa**
- Lada hitam (Optional)
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- Daun ketumbar (dicincang halus)
- 2-3 batang cili padi (dipotong halus)
CARA PENYEDIAAN PANI PURI :
Cara penyediaan puri :
▶️ Gaulkan semua bahan untuk puri sampai sebati. Kemudian, jadikan lubang kat tengah mangkuk.
▶️ ½ cwn air panas, masukkan sikit-sikit and uli sampai jadi doh. Uli dalam 5 minit lepas tu tutup dengan tuala lembab, perap dalam 20 minit. Kemudian uli lagi dalam 2-3 minit. Doh akan jadi lembut.
▶️ Bahagikan doh jadi 2 bahagian. Canai nipis, tekapkan dengan acuan bulat size kecik. Jangan besar sangat tau, nanti tak boleh nganga mulut nak masukkan puri tu.
▶️ Dah habis canai, bolehlah goreng. Guna api sederhana je. Masukkan satu dulu, bila kembung baru masukkan satu lagi. Begitulah seterusnya sampai habis.
▶️ Tapi, kalau nak cepat, pakai puri chips/papad. Teksturenya juga crispy. Terus goreng je dah siap! Beli je kat Shopee nanti.
Cara penyediaan mint pani:
▶️ Blend semua bahan bertanda ** sampai halus. Kemudian, tapis.
▶️ Lepas tu tambahkan 2 cawan air dan 1 sudu besar serbuk pani puri masala (beli kat shopee)
▶️ Kemudian, perasakan dengan garam secukup rasa.
▶️ Masukkan pula lada hitam dan sedikit perahan lemon.
▶️ Adjust rasa secukupnya. Kalau rasa bancuhan agak strong, tambah air and adjust rasa masala & garam. Kena cair-cair je but secukup rasa. Masam, masin dan pedas. Siap!
Cara penyediaan tamarind pani :
▶️ Rebus semua bahan bertanda ** sampai kurma lembik.
▶️ Kemudian, blend sampai jadi puree .
▶️ Tapis untuk dapatkan smooth puree. Kalau terlalu pekat tambah air sikit.
▶️ Tambahkan 1sk pani puri masala, ½sk serbuk cili dan garam secukup rasa.
▶️ Kacau sebati, texture dia likat macam puree.
▶️ Dapatkan rasa seimbang masam, manis, masin dan pedas hujung-hujung. Siap!
Cara penyediaan aloo stuffing (Kentang):
▶️ Mix semua bahan bertanda ** diatas. Adjust bagi rasa seimbang.
▶️ Boleh tambah lada hitam sikit kalau suka pedas-pedas.
▶️ Masukkan bawang besar, daun ketumbar dan cili padi yang dipotong halus. Siap!
Cara makan pani puri :
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdvNuFxtZ05xhunuSNoeSkv4_NCc-iGrIeZD-0mmnGFWOd9BkWctOsYZVgxgFZki6ULSwtbibRXSsoHAO16l4XmlHuh9z9HF3eGKWQffliQR8iKNuz1NyThcpWwEJWUV1BWmbK3jvXG7Du8ZBdtAIBQ8msx7JO1vkhC9o4Xb-rw7BxItkOT3cTxLke/s640/241347721_10226414442053301_185248384100543251_n.jpg)
BACA JUGA : Resepi Brownies Kedut Yang Sangat Sedap. Rangup Di Atasnya Dan Rasa Chewy Tekstur Browniesnya!
Dah siap untuk dihidang! Sedap rupanya pani puri ni. Korang yang belum pernah cuba hidangan dari India ni korang memang kena cuba. Biasa sangat dah makan kari, kita cuba makanan yang selalu masuk kat drama tamil tu pula. Fuh! Sedap weh. Korang yang suka mencuba makanan baru, tak rugi buat pani puri ni.
Hasil perkongsian Cik Puan Liza Sharif di Facebook. Ramai yang suka dengan resepi ni. Sampaikan resepi ni dah viral dan dapat 4.2k share. Ada juga yang beli puri chips/papad kat Shopee semata-mata nak makan buat keropok. Sedap tau! Tak sedar habis sebalang kalau dah goreng nanti.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Liza Sharif kerana sudi berkongsi resepi pani puri yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!