Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Oren Gebu Gebas. Lebih Lembut, Sedap Dan Lembab Gitu. Pasti Tak Muak!
Terasa tekak nak makan kek. Pernah tak makan kek oren yang gebu? Kalau dah gebu confirm la lembut, sedap dan lembabkan? Resepi Kek oren kali ni cuma perlu menggunakan oren sunquick sahaja sebagai bahan utama.
Ada resepi kek oren yang bahannya menggunakan buah oren dan kulit buah oren. Dimana untuk hasilkan kek oren itu perlukan 100{8406ac60f0764d6ef2fb0ba9722fc7279d50f1c26bf488254309f4e9fc737ea1} penggunaan buah oren. Cuma perlu buat kerja lebih sikitlah. Buah oren perlu diparut atau dikisar.
Kek oren ni kalau rajin bolehlah buat sikit hiasan untuk sambut birthday anak-anak. Boleh juga buat untuk minum petang bersama keluarga. Tak pun buat untuk potluck kat office. sebab senang sangat nak buatnya.
Resepi kek oren yang dikongsikan oleh Cik Puan Fainda Farahin Fainda Farahin mendapat banyak komen dan perkongsian dimedia sosial. Nampak tak, ini bermaksud dah ramai orang mencuba kek oren gebu gebas ini.
Seperti yang kita tahu, buah oren banyak sangat khasiatnya. Buah oren kaya dengan serat dan vitamin c. Biasanya buah oren akan dimakan segar ataupun dibuat jus. Tapi kali boleh cuba buat kek oren pulak.
RESEPI KEK OREN
Resepi kek oren boleh dimasak dalam dua cara samada kukus ataupun bakar. Tapi untuk resepi kali ni perlu bakar. Sebut je kek oren, mesti anak-anak suka. Maklumlah budak-budakkan suka buah oren.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A
- 5 Biji telur
- 270gm tepung naik sendiri
- 1sb ovalet
- 180gm gula kastor
Bahan B
- 250gm butter
- 3sb oren sunquick
CARA PENYEDIAAN KEK OREN :
▶️ Mix kesemua bahan A sampai gebu. Guna speed laju.
▶️ Gebu macam ni pun dah okey. Boleh stopkan sebentar mixer tersebut.
▶️ Masukkan butter dengan oren sunquick. Mix balik dalam 3 minit dan stopkan mixer. Barulah masukkan dalam loyang 10 inchi.
▶️ Bakar dalam oven dengan suhu 170°© selama 40 minit.
▶️ Dah siap, sejukkan dulu baru potong.
BACA JUGA: Cara Buat Sup Kepala Ikan Merah Paling Delicious! Sedap Dihirup Panas-Panas.
Sedapnya! Cuma perlu guna 6 bahan sahaja. Kita akan perolehi kek oren segebu ini. Dapat pula minum petang dengan kopi atau teh o panas. Mesti padu je rasa. Mesti anak-anak dan encik suami gembira dapat kek oren ni.
Kek oren ni pun tahan lama. Boleh simpan dalam peti bahagian chiller. Makan dalam keadaan sejuk pun tiada masalah. Kebetulan pula ada tetamu datang rumah dah boleh bagi tetamu rasa kek oren sunquick yang gebu gebas ni.
Harap-harap perkongsian resepi kek oren sunquick yang sedap ini dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba!