Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Pizza Roti Telur Ala Bakeri Yang Mudah Dan Sedap! Menu Sarapan Pagi Yang Mengenyangkan Anak-Anak Anda.

0 2,131

Rasa dah bosan dengan sarapan pagi roti gardenia campur coklat, peanut, kaya dan lain-lain. Pernah dengar tak Resepi Pizza Roti Telur? Dengar nama macam makanan ala-ala western food kan. Pizzalah katakan.

Ha! yang ini pizza comel loteh di dalam papercup. Boleh siap dalam lebih kurang 20-30 minit sahaja. Sesuai sangat untuk sarapan pagi anak-anak sebelum kesekolah atau boleh menjadi bekalan mereka. Sudah pasti anak-anak pun suka. Biasalah anak-anakkan aktif disekolah, roti ni boleh memberi tenaga pada mereka.

Bahan-bahan pun mudah diperolehi, dan tidak terlalu mahal. Penyediaannya pun sangat mudah dan hasilnya dijamin sedap. Tambahan pula campuran cheddar cheese dan kalau nak lebih lazat, tambahlah cheese mozzarella. Sesuai sangat dimakan dengan pizza roti telur ni. Topping roti ni tak kisah pun nak letak apa. Ikut selera anak-anak anda.

Terima kasih pada Cik Puan Noriza Zainal Abidin sebab sudi berkongsi resepi pizza roti telur yang sangat sedap, mudah dan mengenyangkan ini. Perkongsian beliau memperolehi banyak komen-komen positif dan juga like difacebook.

Yang menariknya, resepi pizza roti telur ni tak perlu pun nak diuli untuk buat base doh pizza. Sebaliknya gantikan dengan menggunakan roti sahaja. Roti gardenia ni sebenarnya boleh diolah untuk menjadi pelbagai jenis masakan. Hasil pizza roti telur ini akan sama seperti roti pizza yang dijual dikedai bakeri.

 

RESEPI PIZZA ROTI TELUR  

Selain menggunakan oven, resepi pizza roti telur ini juga boleh dimasak dalam air fryer. Kalau tak nak guna sosej boleh juga gantikkan dengan dada ayam yang telah dipotong dadu. Jika nak tukar seleralah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 biji telur
  • 3 keping roti (potong cube)
  • 2 batang sosej (dipotong)
  • 2 sudu besarbutter (dicairkan)
  • 2 sudu besarsos spaghetti
  • 5 sudu besarsusu cair
  • 1 sudu besarmayonis
  • 2 keping keju cheddar(sekeping potong 4)
  • Sedikit oregano (hiasan atas cheese)
  • Sukatan diatas adalah untuk 8 bekas papercup.

CARA-CARA PENYEDIAAN RESEPI PIZZA ROTI TELUR :

▶️ Mula-mula masukkan telur kedalam bekas yang berisi roti.

▶️ Campurkan 2 sudu besar butter yang telah dicairkan.

▶️ Masukkan 2 sudu besar susu cair.

▶️ Masukkan 2 batang sosej yang telah dipotong. Boleh juga menggunakan dada ayam (dipotong dadu).

▶️ Tuangkan 2 sudu besar sos spaghetti, 5 suduih besar susu cair dan 1 sudu besar mayonis. Kemudian gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.

▶️ Susun papercup dalam dulang oven. Kemudian isikan bahan kedalam papercup.

▶️ Letakkan keju cheddar disetiap bahagian atas pizza roti telur. Nak tambah cheese mozarella pun boleh sebagai tambahan.

▶️ Taburkan sedikit oregano sebagai hiasan diatas cheese.

▶️ Terakhir sekali bakar pada suhu 160℃ selama 10minit (kalau kurang masak boleh tambah masa). Dah siap!

 

BACA JUGA: Kuey Teow Ladna Penuh Dengan Seafood Fresh. Resepi Meriah Lagi Enak. Confirm Buat Anda Terliur!

 

Mudah je kan resepi pizza roti telur ni? Tengok gambar pun dah terliur. Kalau macam ni la sedapnya bukan anak-anak je yang akan suka mak ayah pun pasti suka. Lepas ni kalau nak tukar hidangan sarapan pagi buat anak-anak dah boleh la cuba resepi ni.

Resepi dah ada, tinggal tunggu nak buat ke tak je. Kalau buat sendiri dah sama dengan kedai bakeri apa salahnya mencuba. Jimat, tak perlu beli kat kedai. Boleh tambah ilmu memasak anda.

Dan pada mak-mak yang da takde idea untuk sediakan hidangan berasaskan roti pada anak-anak yang tak berapa gemar nak makan nasi pun, dah boleh mula mencuba resepi ni. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi pizza roti telur ini bersama rakan anda! Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open