Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Jeruk Betik Orang Champa. Makan Dengan Sate Atau Tongmo Memang Sedap!
Ha, nampak menarik pulak resepi kita hari ni. Simple tapi menyelerakan. Orang kata makan jeruk betik ni dengan sate atau tongmo atau banhmi guarantee sedap. Jom try resepi jeruk betik orang champa ni.
Orang kita panggil kerabu kot rasanya. Sebab jeruk betik ni sebijik macam kerabu manga. Beza bahan utamanya adalah mangga dan jugak betik. Jeruk betik ni boleh dibuat pedas ye. Tak nak pun boleh.
Nak buat jeruk betik ni kena pakai betik muda. Tapi kalau boleh jangan terlalu muda. Kita panggil matang tapi tak masak. Baru la sedap nak makan jeruk betik ni nanti. Letak bawang putih banyak lagi sedap katanya!
Resepi jeruk betik orang Champa ni telah dikongsikan oleh seorang penguin Facebook iaitu Cik Puan Mai Vo Dyakonov. Belum makan pun dah kecur liur dibuatnya. Sekali makan jeruk ni pasti nak lagi.
Nak buat jeruk ni jugak ada bahan yang boleh ditambah. Tapi kalau tambah bahan-bahan ni jeruk tak tahan lama. Boleh gaul dan terus makan. Untuk korang yang nak simpan dalam peti, elak bahan tambahan ni.
RESEPI JERUK BETIK ORANG CHAMPA
Sos ikan bahan yang wajib ada ye. Kalau takde memang tak rasa authentic jeruk ni. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan peruk betik ni. Step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Betik muda
- Lobak merah
- Cili (optional)
- 1 labu bawang putih (kena banyak baru kick)
- 4 sudu sup sos ikan (wajib ada tak ada memang tak rasa authentic)
- 3 sudu sup cuka
- 1 1/2 sudu sup gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil Ajinamoto
- Perahan limau (bila nak makan baru perah)
Bahan-bahan tambahan :
- Daun kucai
- daun bawan
- daun thai basil
- Timun
- Tomato
- Mangga muda
- Lobak putih (tahan lama)
CARA PENYEDIAAN JERUK BETIK :
▶️ Mula-mula gaul betik dan carrot yang dah di sagat. Ketepikan.
▶️ Kemudian, dalam mangkuk besar, gaul bahan basah bersama bahan kisar iaitu cili dan bawang putih. Masukkan ljuga bahan perasa garam, gula dan lain-lain.
▶️ Masuk kan betik dan carrot dan gaul sehingga rata.
▶️ Letak macma ni boleh tahan 3-4 hari. Siap!
BACA JUGA : Resepi Kuih Peria Inti Kacang Merah Yang Mudah Dan Sedap. Sesuai Buat Minum Petang!
Jeruk ni boleh letak dalam peti. Kalau takde guna bahan tambahan tadi, jeruk akan tahan lebih kurang 3 ke 4 hari. Untuk korang yang tak suka pedas, penggunaan cili adalah pilihan. Nak letak boleh, tak nak letak pun boleh.
Tahap cili pun boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Boleh lebihkan dan kurangkan. Jeruk ni kalau takde pedas tak aummm tau! Rasa dia kurang sedap bagi aku. Rasa pedas kalau lawankan dengan masam memang sedap.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Mai Vo Dyakonov kerana sudi berkongsi resepi jeruk betik orang Champa ni di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!