Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Kali Ini Resepi Sotong Masak Kari Pekat Tanpa Santan Yang Marvellous. Anda Wajib Cuba!

0 3,340

Resepi sotong masak kari juga merupakan satu menu yang sangat disukai ramai. Bila bosan dengan ayam, daging dan ikan masak kari apa kata kita cuba resepi seafood masak kari macam sotong masak kari ini.

Menu sotong masak kari kali ini tidak menggunakan santan tetapi ianya tetap pekat likat dan boleh menambah nasi dibuatnya. Cara penyediaannya yang mudah mampu menarik perhatian ramai penggemar masak kari untuk mencubanya.

Bila masak kari yang tidak menggunakan santan, ianya boleh tahan lebih lama. Dan kebiasaanya untuk kari tu lebih sedap ianya akan dipanaskan dikeesokkan harinya, dan terbukti semakin dipanaskan semakin sedap kari itu.

Menu ini pastinya disukai ramai. Dengan itu jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Ateekah ini. Beliau berkongsikan resepi ini melalui laman facebook dan ramai yang share resepi ini.

Resepi ini seperti masak kari mamak yang tidak menggunkan santan. Dan kepada sesiapa yang dah biasa dengan kari tanpa santan, apa kata anda mencuba resepi yang simple ini.

 

RESEPI SOTONG KARI PEKAT

Kalau nak tukar sotong kepada udang ataupun ketam tidak menjadi masalah. Gunakan saja bahan yang sama cuma gantikan kepada udang ataupun ketam. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 kilo sotong (dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 cm halia (dihiris)
  • 3 sudu perahan asam jawa
  • 1 buah tomato (dibelah 6)
  • 2-3 sudu besar daun ketumbar
  • Minyak masak secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Garam

 

Bahan pes adalah :
  • 7 sudu besar Serbuk Kari ikan
  • Sedikit air

CARA PENYEDIAAN SOTONG KARI PEKAT :

▶️ Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.

▶️ Kemudian masukkan pes rempah kari dan gaulkan sebati. Masak sehingga pecah minyak dengan mengunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik. Sentiasa kacau.

▶️ Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap. Masih mengunakan api yang sederhana.

▶️ Selepas itu, masukan sotong yang telah dibersihkan tadi dan masakkan seketika.

▶️ Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.

▶️ Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato. Boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan, tunggu sedikit kering dan tutup api.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Apam Coklat Gebu Gebas Yang Gerenti Jadi. Memang Lembut Dan Sedap!

 

Mudahkan! Dan pastinya sangat simple je bahan yang diperlukan dalam menu ini. Makan dengan nasi panas kena letak kuah yang banyak barulah terangkat dibuatnya. Nak makan ratah macam tu pun boleh.

Seperti yang kita tahu, kari ni tak lengkap tanpa dicampur dengan sayur seperti bendi dan juga terung. Anda boleh menggunakan salah satu dari pada jenis sayur ini, atau menggunakan kedua-duanya sekali. Tak nak letak pun tak apa.

Mesti seronok bila dapat makan sotong fresh dan dimasak kari kan. Walaupun hidangan ala mamak tetapi ramai je yang gemarnya. Semoga resepi sotong masak kari ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open