Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resipi Kek Coklat Moist Yang Mudah Dan Sedap! Kukus Dalam Bekas Plastik Je. Senang Nak Hidang Nanti!
Ada yang nak lepas hajat nak makan kek coklat moist ke? Jom follow resepinya di sini. Kek ni akan di kukus ye menggunakan bekas plastik ye. Mesti korang nak tahu apa tips cara kukus kek dalam guna bekas plastik kan. Tak payah nak pakai loyang dan potong kek lagi lepas ni.
Soalan yang di tanya dalam resepi ni adalah ” bekas plastik tu tak cair ke bila nak masak?” Jawapannya tak! Kenapa tak? Sebab dalam tray untuk letak bekas tu dah ada air. Teknik yang di gunakan di panggil sebagai teknik “waterbath” Menarik kan. Senang kita nak hidang kek moist guan bekas plastik nanti.
Ramai yang berniaga kek ni. Mungkin rata-rata antara kita menggunakan kaedah kukus. Kalau guna kaedah kukus, teksturnya moist tapi gerbera pula dengan kaedah bakar. Kek yang di bakar akan sedikit kering dan perlu menggunakan loyang. Tak boleh nak bakar kek dengan bekas plastik ye. Semua cair karang!
Terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Hazila Baharudin kerana sudi memberi tips-tips buat kek coklat moist kukus ini si Facebook. Semoga tips ini akan berguna untuk kami semua serta mereka yang berniaga diluar sana. Mesti korang tak sabar nak cuba tips ni kan.
Lepas ni nak buat kek coklat moist boleh terus masuk dalam bekas plastik ikut saiz yang korang nak. Lebih mudah di hidang atau untuk dijadikan jualan. Setiap saiz bekas juga akan ada masa mengukus yang betul. Follow resepi ni sampai habis, untuk korang kenalpasti masa yang diperlukan megikut saiz bekas.
RESEPI KEK COKLAT MOIST
So, tanpa membuang masa lagi, apa kat kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kek ni. Bahagikan kepada 3 bahagian, barulah mudah kerja korang nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- 1 Cawan gula pasir
- 1 cawan serbuk koko
- 1 Cawan susu cair
- 1/2 Cawan susu pekat
- 1 Cawan minyak
Bahan B :
- 1 Cawan tepung gandum
- 1 Sudu kecil baking powder
- 1 Sudu kecil soda bikarbonat
Bahan C :
- 3 Biji telur size A
- 1 Sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk topping :
- 1 cawan koko
- 1 Cawan susu pekat
- 1 cawan minyak
- 1/2 Cawan susu cair
CARA PEMYEDIAAN KEK COKLAT MOIST :
▶️ Masukkan bahan A ke dalam bekas lain.
▶️ Masukkan pula bahan B dan C secara selang seli.
▶️ Semuanya guna whisk sahaja ye. Bila dah sebati semua, kalau rajin tapis adunan yang dah siap ni. Kalau tak tapis pun tak apa.
▶️ Kukus selama 40 minit pada suhu 180 atas bawah.
▶️Dah siap kukus, korang boleh tuang topping di atasnya dan hias dengan coklat rice ataupun coklat chip.
BACA JUGA : Cara Mudah Masak Singgang Ikan Selar Yang Paling Sedap. Campak-Campak Je Dah Siap.
Siap untuk di hidang! Masa kukusan bergantung kepada bekas. Bekas yang paling kecik 10 minit, yang sedang 15-17 minit dan yang besar 40-45 minit. Cucuk dengan lidi, jika lidi kering bermakna kek dah masak. Mudah je kan nak buat kek ni.
Seronok tengok Facebook Cik Puan Hazila Baharudin, banyak giler resepi menarik. Kek coklat moist ni pun dah viral 4.2k share kat Facebook. Mesti orang tertarik tengok tekstur kek ni. Sekali pandang dah nampak moist sangat hasil kek ni. Sudukan sekali ke mulut, mesti nak berkali-kali.
Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Hazila Baharudin kerana sudi berkongsi resepi kek coklat moist kukus ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Selamat mencuba!