Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Nak Tahu Resepi Nasi Ayam Geprek Yang Pedas Dan Sedap? Ini Cara Buatnya. Anda Wajib Cuba!

0 1,157

Resepi nasi ayam geprek merupakan masakan yang sangat terkenal di negara seberang iaitu Indonesia. Nasi ayam geprek ini juga semakin popular di negara kita dan semakin ramai yang berkongsi resepi ini di media sosial.

Cara penyediaan nasi ayam geprek ini adalah dengan menghidangkan nasi putih biasa yang dimakan dengan ayam goreng yang dimasak dengan rempah. Dilengkapi pula dengan ulam-ulaman dan dicicah dengan sambal geprek.

Sambal boleh dibuat banyak-banyak dan disimpan didalam peti. Jadi bila nak makan boleh panaskan atau makan sejuk begitu saja. Yang penting ayam goreng jangan lupa dimasak. Takut tak lengkap pula hidangan nasi ayam geprek kita.

Resepi nasi ayam geprek ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Umi Watie melalui laman facebooknya. Menu ini juga perlu dilengkapkan dengan sup kosong. Bila makan pedas ni lebih sedap ditambah dengan sup kosong baru terangkat dibuatnya.

Kepada semua yang belum mencuba resepi ini, apa kata anda cubanya sekali. Pasti anda akan mencubanya berkali-kali. Bila anak-anak nak makan pula asingkan saja sambal dan gantikan dengan sos cili atau sos tomato botol.

 

RESEPI NASI AYAM GEPREK

Cara penyediaan ayam goreng dan juga sambal geprek ini lain dari penyediaan sambal yang biasa kita hidangkan. Nak tahu bagaimana cara penyediaannya. Jom follow sebijik-sebijik cara memasaknya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan sambal geprek :
  • 10 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sdb serbuk belacan
  • Garam
  • Gula

Bahan ayam geprek simple :
  • 8 ketul ayam
  • 1/2cawan tepung bistari original
  • 1/2 cawan air
  • 1 sdb ketumbar
  • 1 sdb jintan manis

 

Bahan sup kosong :
  • 1 rangka ayam
  • 1/2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 kiub ayam
  • 1 sdb lada sulah
  • 6 cawan air
  • Garam

CARA PENYEDIAAN NASI AYAM GEPREK :
Cara penyediaan sampal geprek :

▶️ Panaskan minyak dalam 2 sdb. Masukkan semua bahan kecuali belacan dan bahan perasa. Gorengkan sampai layu.

▶️ Kisarkan dalam chopper dan masukkan juga serbuk belacan tadi. Kalau anda rajin, boleh tumbuk dengan lesung.

▶️ Masukkan dalam kuali semula. Masukkan juga 2 sdb minyak dan tumis sampai naik minyak.

▶️ Bila dah naik minyak, perasakan dengan garam dan gula ikut selera. Dah siap!

Cara penyediaan ayam goreng geprek :

▶️ Tumbuk kasar ketumbar dan jintan manis.

▶️ Ayam tadi kita perap dengan bancuhan tepung bistari dan air. Lepas tu masukkan rempah yang kita tumbuk tadi. Perap dalam 1 jam atau lebih. Lagi lama perap, lagi sedap. Gaulkan sebati. Simpan dalam peti sejuk.

▶️ Dah cukup masa celupkan dalam tepung bistari.

▶️ Panaskan minyak. Goreng dalam minyak yang banyak dan masak sampai kekuningan.

▶️ Dah kekuningan angkat. Toskan.

 

Cara penyediaan sup kosong :

▶️ Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

▶️ Masukkan rangka ayam, biarkan seketika sehingga rangka ayam separuh masak.

▶️ Masukkan 6 cawan air. masukkan juga kiub ayam, lada sulah dan juga perasakan dengan garam secukupnya. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Biskut Almond London Yang Rangup Dan Gebu. Cair Dimulut Bila Dikunyah!

 

Siap untuk dihidang! Makan dengan nasi putih panas-panas memang terangkat dibuatnya. Ditambah pula dengan sambal cili yang padu. Memang sedap. Lengkap semua hidangan dengan ayam goreng, tauhu, tempe dan juga sup kosong.

Ayam tu wajib diketuk dulu sebelum dihidangkan. Lebih mudah untuk dimakan nanti. Kalau tak leperkan tak jadilah resepi ayam geprek kita. Dah boleh hidang semua menu yang ada. Tak sabar rasanya nak makan.

Kalau bulan puasa, boleh jadi menu berbuka puasa. Kalau hari biasa pula, boleh sangat kita hidang buat juadah makan malam. Pasti seisi rumah seronok. Semoga resepi nasi ayam geprek ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open