Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Chocolate Almond Cluster Paling Sedap. Kalau Jual Confirm Laku Keras!

0 73

Siapa suka chocolate almond cluster? Rugi sangat yang mana tak makan cookies badam ni. Sedap sampai tak henti makan sebalang. Meh ramai-ramai follow resepi chocolate almond cluster ni kat sini. Confirm bakal jadi favourite cookies korang nanti.

Cookies ni mudah je nak buat. Tak guna banyak bahan pulak tu. Dah tak perlu pun guna oven untuk buat cookies ni. So, korang yang tak reti guna oven, ni dia cookies yang paling mudah untuk korang buat kat rumah. Confirm jadi!

Pejam celik, pejam celik. Kejap masa je lagi dah masuk bulan Ramadhan. Lepas tu memasing dah sibuk nak buat kuih raya. Korang boleh save resepi ni untuk menu kuih raya korang tahun depan. Mesti tetamu pun suka sangat makan cookies ni.

Resepi chocolate almond cluster ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nor Azliza Mohamed. Simple dan mudah cara penyediaannya. Kalau ada bahan yang korang nak tambah pun boleh.

Cookies ni confirm laku keras kalau korang buat niaga. Hanya guna 3 bahan sahaja. Cara masak pun hanya perlu double boil chocolate dan gaul bersama almond. Masuk dalam paper cup lepas tu sejukkan. Dah siap!

 

RESEPI CHOC ALMOND CLUSTER 

Yang baru first time nak cuba, boleh tengok bahan-bahan yang diperlukan kat bawah ni. Resepi detail dan mudah faham. Follow sebijik-sebijik confirm menjadi. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 500g almond strips
  • 350g milk choc coin beryls
  • 200g dark choc coin beryls

CARA PENYEDIAAN CHOC ALMOND CLUSTER : 

▶️ Sangai almond sampai garing dalam 15 minit dan sejukkan.

▶️ Double boil chocolate masakan.

▶️ Bila chocolate dah cair, angkat & sejukkan sedikit.

▶️ Campurkan badam ke dalam chocolate. Gaul rata then sudukan ke dalam papercup.

▶️ Sejukkan dalam fridge 15 minit.

▶️ Chocolate almond is done!

 

 

Dah siap pun chocolate almond cluster kita ni. Anak-anak berebut nak makan tau. Buat banyak-banyak dan simpan sebalang chocolate almond cluster ni kat atas meja office atau meja study. Time mengantuk boleh la ngunyah nanti.

Benda mudah, mesti la ramai yang suka. Tak renyah nak buat. Korang boleh adjust bahan-bahan ye. Kot nak tambah chocolate rice kat atas tu pun boleh. Lagi menarik warna cookies kita ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nor Azliza Mohamed kerana sudi berkongsi resepi chocolate almond cluster ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open