Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Pelbagai Resepi Kepala Ikan Sedap Dan Padu! Resepi Mudah Semua Orang Wajib Buat!

Aneka kepala ikan
0 6,486

Siapa suka makan kepala ikan? Sedapnya tu memang tak boleh nak bincang! Apa pun lauk masakan dengan kari kepala ikan confirm akan berebut. Dah lah tak banyak, ramai pula yang suka kan!

Masakan kepala ikan ni biasanya mak ayah kita yang suka kan. Sedap tu kalau dapat hidangkan kepada mak ayah kita. Sesekali balik kampung atau mereka datang ke rumah kita, bolehlah kita buat masakan guna kepala ikan ni kan.

Dalam perkongsian kali ni, saya akan sharekan beberapa koleksi resepi yang menggunakan kepala ikan dalam masakan yang kita boleh buat dan hidangkan.

Jangan risau, sebab resepi resepi kepala ikan yang saya kongsikan ni semuanya mudah dan senang nak buat. Pelbagai masakan ada antaranya kari, masak singgang, masak tempoyak dan banyak lagi lah. Jom saya sharekan!

 

KARI KEPALA IKAN

Memang masakan wajib buat kalau ada kepala ikan. Dengan rempah kari dia tu memang tak perlu nak sangkal lagi dah kesedapan dia. Kari kepala ikan macam ni, sedap ratah je. tak perlu makan dengan nasi pun tak apa!

Follow resepi yang dikongsikan oleh Azie Kitchen ni. Memang mabeles!

 

RESEPI KARI KEPALA IKAN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ketul kepala ikan jenahak
  • 2 keping badan ikan
  • 1 cawan santan ( cair)
  • 5 sudu besar rempah kari ikan
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 2 sudu kecil biji sawi
  • 3 sudu besar halia dan bawang putih ( dikisar )
  • 5 ulas bawang merah kecil ( dimayang )
  • 2 tangkai biji fresh cili mereh besar ( belah dua )
  • 2 tangkai daun kari
  • Asam jawa
  • 2 biji bawang besar merah
  • 1 biji buah tomato
  • Bendi dan terung

 

CARA PENYEDIAAN KARI KEPALA IKAN :

▶ Panaskan minyak. Tumiskan biji sawi, daun kari, bawang merah yang dimayang dan cili besar sampai wangi.

▶ Kemudian, masukkan bawang putih dan halia kisar dengan semua serbuk kari. Tumis lagi sampai garing. Dan masukkan air asam jawa.

▶ Seterusnya, masukkan bahan kisar bawang besar dengan tomato. Biarkan sekejap dan masukkan santan. Tambah air kalau tak nak pekat sangat.

▶ Biarkan sekejap sampai mendidih, masukkan ikan. Bila dah betul-betul mendidih, renihkan sekejap untuk dapatkan texture kari yang menarik.

▶ Akhir sekali, masukkan  bendi dan terung. Biarkan seketikan sehingga lembut.

Kredit Resepi – Azie Kitchen

 

ASAM PEDAS KEPALA IKAN

Selain ikan pari, ikan jenahak boleh juga dibuat masak asam pedas dengan kepala ikan. Sedapnya tu memang tak boleh bincang! Makan dengan nasi panas memang padu!

Dalam masakan asam pedas tu masukkan bendi dan juga tomato. Fuuh lazat betul rasa.

 

RESEPI ASAM PEDAS KEPALA IKAN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ketul kepala ikan jenahak
  • 2 kuntum bunga kantan ( belah 2 )
  • 1 batang serai ( ketuk )
  • 3/4 sudu besar pes asam jawa
  • 1 biji tomato ( belah 6 )
  • 1 3/4 senduk nasi cili kisar
  • 10 – 12 batang kacang bendi
  • 1/2 sudu kecil lada hitam ( tumbuk halus )
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya untuk kuah

 

BAHAN KISAR HALUS :

  • 7 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan  ( dibakar )

 

CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS KEPALA IKAN :

▶ Kepala ikan dipotong, cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 15 minit. Cuci kembali hingga bersih dan toskan. Bendi dicuci dan toskan sekejap.

▶ Panaskan 4 sudu besar minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus sampailah wangi. Masukkan lada hitam dan cili kisar. Kacau rata dan masak hingga pecah minyak. Gunakan api yang perlahan.

▶ Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air untuk kuah. Biarkan sekejap sampai mendidih, masukkan kepala ikan, bunga kantan dan bendi.

▶ Kacau perlahan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.

▶ Akhir sekali, masukkan tomato dan masak sekejap. Kuah dah mendidih, boleh padamkan api.

Kredit Resepi – tiffinbiru.com

 

MASAK LEMAK KEPALA IKAN TENGGIRI DENGAN SAYUR GELI-GELI JERUK

Kalau orang Negeri Sembilan, masak lemak cili padi memang tak lepas dek tekak. Wajib ada hidangan masak lemak cili padi ni dalam seharian. Jom follow je resepi yang saya kongsikan dekat bawah ni!

RESEPI MASAK LEMAK KEPALA IKAN TENGGIRI DENGAN SAYUR GELI-GELI JERUK

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 300gm pucuk geli-geli jeruk
  • 1 ketul kepala ikan ( dibelah 2)
  • 1 mangkuk santan
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 3 keping asam keping
  • Sedikit belacan
  • Cili padi  ( ikut berapa banyak pedas kita nak )
  • Cili hijau dan cili merah
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk Perasa

CARA PENYEDIAAN MASAK KEPALA IKAN TENGGIRI DENGAN SAYUR GELI-GELI JERUK :

▶ Mula-mula sekali, masukkan santan ke dalam periuk. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, belacan dan juga cili padi yang dikisar

▶ Kemudian, masukkan asam keping dan serai. Perasakan dengan gula dan garam. Tak lupa juga serbuk perasa.

▶ Seterusnya, masukkan sayur geli -geli jaeruk dan juga kepala ikan.

▶ Kacau sehingga gulai masak, kemudian masukkan cili hijau dan juga cili merah.

▶ Biarkan sekejap kuah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidangkan!

Kredit Resepi – Masak Masak Tradisi Bersama Zaira

 

SUP IKAN MERAH

Untuk anak-anak, sup biasanya menjadi pilihan utama. Sebab dengan tidak pedas dan rasa pun sedap. Makan dengan nasi panas memang sedap terangkat dibuatnya! Terima kasih Cik Fuzy share resepi awesome!

RESEPI SUP KEPALA IKAN MERAH

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ketul kepala ikan merah ( potong ikut suka)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil lada hitam ( ditumbuk )
  • 2 asam keping
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Garam secukup rasa
  • 1 Sudu minyak masak

 

BAHAN TUMBUK :

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 cm halia

 

BAHAN HIASAN :

  • Daun bawang
  • Daun Sup
  • Limau Nipis ( Perah semasa menghidang )

 

CARA PENYEDIAAN SUP KEPALA IKAN MERAH :

▶ Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk. Tumis sampai naik minyak dan bertukar kekuningan.

▶ Kemudian, masukkan air, lada hitam dan juga sup bunjut. Renih dengan api yang sederhana

▶ Bila kuah sudah mendidih, masukkan kepala ikan. Biarkan sehingga kuah mendidih.

▶ Padamkan api dapur, taburkan bawang, daun sup dan juga garam secukup rasa.

▶ Sendukkan sup dalam mangkuk dan tabur bawang goreng sewaktu dihidangkan.

Kredit Resepi – IamFuzy

BACA JUGA: Cara Buat Sambal Kentang Ikan Bilis Rangup. Hidangan Kesukaan Semua Orang!

MASAK TEMPOYAK KEPALA IKAN 

Fuuh! Sedapnya dapat makan masak tempoyak kepala ikan  ni. Memang wajib tambah nasi kalau dihidangkan dengan masak tempoyak ni. Sedap betul makan dengan panas. Resepi Cik Wan Kitchen ni memang sedap dan power!

RESEPI MASAK TEMPOYAK KEPALA IKAN

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 kepala ikan merah
  • 2 inci kunyit hidup
  • 10 biji cili padi
  • 2 batang serai diketuk
  • 3 sudu besar tempoyak
  • Garam dan Gula
  • Asam keping jika diperlukan

 

CARA PENYEDIAAN MASAK TEMPOYAK KEPALA IKAN :

▶ Tumbuk kunyit dengan cili padi hingga lumat

▶ Masukkan tempoyak dalam lesung, guling-gulingkan alu hingga semua bahan sebati.

▶ Masukkan dalam periuk yang berisi ikan

▶ Masukkan air ke dalam lesung, pusing-pusingkan alu lesung untuk keluarkan sambal yang lebih dan terus masukkan dalam periuk.

▶ Tambah air secukupnya untuk kuah.

▶ Kemudian, masukkan serai yang telah diketuk.

▶ Bila dah menggelegak. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa makanan.

▶ Rasa dan jika belum cukup masam, boleh masukkan asam keping. Dah menggelegak, boleh padamkan api.

Kredit Resepi – Cik Wan Kitchen

 

KEPALA IKAN MASAK SINGGANG

Masak singgang ni, memang sedap. Manis ikan tu makan dengan kuah yang campur dengan halia memang padu betul rasa dia.

Masakan singgang ni baik betul untuk kesihatan. Dengan halia yang digunakan dan masak pun simple.

RESEPI KEPALA IKAN MASAK SINGGANG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ketul kepala ikan ( belah 2 )

 

BAHAN TUMBUK : 

  • 7 tangkai cili padi
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

 

BAHAN B : 

  • Air secukupnya
  • 2 keping asam keping
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 biji tomato – dibelah
  • Garam dan Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN KEPALA IKAN MASAK SINGGANG :

▶ Mula-mula sekali, tumbuk semua bahan-bahan A dan masukkan dalam periuk

▶ Kemudian, masukkan pula air anggaran separuh periuk dan boleh tenggelamkan kepala ikan nanti.

▶ Seterusnya, masukkan kepala ikan dan renihkan sebentar.

▶ Masukkan asam keping, serai dan tomato. Masak sehingga mendidih.

▶ Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Kredit Resepi – Fiza LGK

 

Banyak juga resepi yang kita boleh buat dengan kepala ikan ni kan. Selalu makan kari kepala ikan je. Tapi, setiap kepala ikan tu boleh masak dan hasilkan rasa yang super sedap!

Yang mana ada kepala ikan tu, boleh lah cuba resepi-resepi yang saya kongsikan ni. Serious sedap dan mudah je nak buat dia. Biasanya ramai yang akan buat  kari kepala ikan je kan. Lepas ni, boleh try resepi masakan lain tau.

Kalau nak buat nanti, boleh save dan share dulu perkongsian ni dekat wall facebook masing-masing ya. Mana tahu jika ada yang boleh dapatkan manfaat daripada perkongsian ni, kan.

Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open