Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Dalca Daging Yang Mudah, Sedap Dan Menyelerakan. Buat Cicah Roti Paratha Pun Sedap!
Disebabkan tringin bebeno nak makan dalca daging, aku pun beranikan diri. Tak pernah seumur hidup aku masak lauk ni kat rumah. Kali ni aku buat! Jom try resepi dalca daging ni. Confirm terasa nikmat makan macam kat nasi kandar.
Hasil dia boleh tahan sedap jugak. Ngam la dengan tekak kita orang Melayu ni. Dalca daging ni dah ada campuran sayur kacang panjang. Tak perlu masak lauk lain lagi kalau dah buat dalca ni. Hidangan dah lengkap dengan sayur sekali.
Yang suka makan dalca daging korang kena cuba resepi ni. Tak susah mana pun nak buatnya. Makan dalca dagung ni dengan roti paratha pun sedap. Confirm tak cukup sekeping dibuatnya. Orang kata, lagi panaskan lagi sedap. Betul ke?
Resepi dalca daging ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nuraziah Yusof. Daging lembut je! Makan dalca ni dengan nasi putih panas-panas memang sedap weh! Lagi nikmat dari makan dalca kedai mamak.
Selain kat kedai mamak, dalca daging ni jugak boleh kita perolehi dengan mudah di area Utara dan bila ada majlis kenduri kendara. Tapi tak semua Negeri akan buat hidangan ni tau. Kat nasi kandar masak dalca daging ni memang famous.
RESEPI DALCA DAGING
Ikut sukatan ni, korang boleh buat hidangan dalca daging untuk 3-4 orang makan. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Step penyediaannya jugak seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Daging batang pinang 250gram
- Kacang dal segenggam (rebus sampai empuk)
- Kacang panjang 5-6 batang
- Terung panjang sebatang
- Carrot sebatang
- Kentang 2 biji
- Tomato sebiji
- Cili padi hijau 5 biji
- Serbuk kari 4 sudu mkn
- Santan 1 kotak kecik
- Asam keping 1
Bahan kisar :
- Cili kering 5 tangkai
- Bawang putih 4 ulas
- Bawang besar sebiji yang sedang
- Halia 2 inci
Bahan hiris :
- Bawang besar sebiji yang sedang
- Bawang putih 2 ulas
Bahan tumis :
- Daun kari
- Kayu manis 1
- Bunga lawang 1
- Buah pelaga 3 biji
CARA PENYEDIAAN DALCA DAGING :
▶️ Panaskan minyak tumis bahan tumis smpai naik bau.
▶️ Masukkan bahan hiris sampai sedikit layu dan masukkan pulak bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak.
▶️ Dah pecah minyak, masukkan rempah kari dengan sedikit air.
▶️ Tumis lagi sampai rempah kari garing.
▶️ Kemudian, masuk daging dengan air, masak sampai daging empuk.
▶️ Lepas dah rasa daging empuk, masukkan kacang dal yang dah direbus, santan, asam keping, kentang dan carrot. Masak sampai kentang dan carrot lembut.
▶️ Dah lembut masukkan kacang panjang, terung dan tomato.
▶️ Masukkan garam dan perasakan ikut tekak msing-masing kalau pekat boleh tambah air dan santan sikit.
▶️ Masukkan cili padi hijau sebagai hiasan atau nak gigit-gigit bagi pedas.
▶️ Dah masak cukup rasa boleh tutup api dan hidangkan. Siap!
BACA JUGA : Resepi Biskut Coklat Chip Nestum Yang Mudah Dan Sedap. Rangup-Rangup Gitu!
Wah! Confirm korang suka. Aku jenis tak suka makan kat kedai mamak. Tapi teringin nak makan dalca. Nak tak nak, kena la aku masak sendiri kat rumah. Kalau tak masak nak makan dalca daging kat mana pulak kan.
Masak dalca daging ni susah sikit nak jumpa orang Melayu jual kat kedai makan. Biasa kat kedai-kedai mamak je. Selain daripada kacang panjang, masak dalca ni boleh je nak gantikan dengan terung. Tapi dalam ni, dia guna dua-dua sayur ni.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nuraziah Yusof kerana sudi berkongsi resepi dalca daging yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!