Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Sambal Kentang Ikan Bilis Rangup. Hidangan Kesukaan Semua Orang!
Kadang-kadang bila rasa malas nak masak yang berat-berat, makanan macam ni memang sangat membantu kita. Makan dengan nasi putih je, silap-silap boleh bertambah!
Nak buat sambal kentang ikan bilis ni memang mudah je sebenarnya. Cuma nak kena rajin je lah sikit siapkan bahan-bahan yang digunakan. Rasa pun sedap, nak buat pun senang. Tapi jangan risau ada juga yang buat jualan yang dah siap. Tinggal nak makan je.
Bagusnya sambal kentang ikan bilis garing ni, bukan kita je tapi anak-anak pun suka. Siap bertambahlah nasi dimakannya. Bila jumpa resepi yang simple ni, memang rasa tak sabar nak buat banyak-banyak dan simpan dalam balang.
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Sarmila Sharif ni, mudah je kita nak follow. Jom saya share apa bahan-bahan yang digunakan dan cara nak buat sambal kentang ikan bilis garing ni.
RESEPI SAMBAL KENTANG IKAN BILIS CRUNCHY
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kentang
- Ikan bilis
- Kacang Tanah
- Bawang Goreng
BAHAN SAMBAL :
- Bawang putih
- Lada Kering
- Gula
- Serbuk Perasa
- Cuka
CARA PENYEDIAAN SAMBAL KENTANG IKAN BILIS CRUNCHY :
▶ Mula-mula sekali, kupas kentang dan rendam sekejap dalam air kapur lebih kurang 10 minit.
▶ Cukup 10 minit, basuh bersih dan toskan.
▶ Panaskan minyak, dan goreng hingga garing.
▶ Letak secubit garam semasa menggoreng.
▶ Goreng ikan bilis sehingga rangup dan goreng kacang tanah
▶ Jom buat sambalnya pulak. Kisar bawang putih dan cili kering sehingga hancur secara berasingan.
▶ Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
▶ Bila cili dah masak, masukkan garam, gila serta serbuk perasa. Akhir sekali baru masukkan cuka.
▶ Kacau rata sehingga sambal masak sempurna. Rasa dulu semua dah okay boleh tutup api.
▶ Biarkan sejuk seketika dan gaulkan dengan semua bahan-bahan yang kita goreng awal-awal tadi.
▶ Gaul bagi sekata dan simpankan dalam bekas yang kedap udara.
▶ Bila nak makan, makan dengan nasi panas pun dah cukup. Tak perlu panaskan sambal terus. Jangan risau, bila nak makan pun masih rangup.
BACA JUGA: Cara Buat Popcorn Ayam Goreng Rangup. Resepi Simple Dan Mudah Nak Buat!
Waah! Mudah sangat nak buat resepi sambal kentang ikan bilis rangup ni. Kadang-kadang nak makan ni tak payah makan dengan nasi. Ratah pun boleh ralit makan depan tv.
Untuk yang baru nak belajar buat resepi sambal kentang ikan bilis ni, boleh ikut je step by step macam mana nak buat dia. Serious sedap dan rangup je bila makan.
Jangan lupa sharekan dekat wall facebook supaya mudah nanti kita nak rujuk bila nak buat dan mana lah tahu dapat memeberikan manfaat kepada orang lain pulak kan.Saya ucapkan selamat mencuba ye!