Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Homemade Mango Ice Cream. Guna 3 Bahan Je Tapi Sedap Giler!
Buat ice cream sendiri kat rumah mesti syok kan. Macam-macan perisa boleh buat. Bukan susah pun. Follow je resepi homemade mango ice cream ni. Sangat mudah & sedap giler hasilnya.
Ice cream buah memang tak muak makan. Lagi-lagi ice cream buah yang masam manis macam mangga kuning ni. Confirm bertambah-tambah dibuatnya. Nak ganti dengan buah lain pun boleh.
Anak-anak yang tak makan buah, boleh la try bagi makan icea cream buah ni. Buah mangga kuning ni senang je nak dapat. Harga pun murah. Kalau beli mangga kat lori-lori tu RM10 je sekilo.
Resepi homemade mango ice cream ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Dihah Din. Lepas ni buat sendiri je ais krim kat rumah. Lagi jimat! Anak-anak pun suka. Boleh makan puas-puas nanti.
Aku lagi prefer buat ice cream homemade untuk anak-anak. Rasa manis ice cream boleh adjust. Yang penting, kita tahu bahan apa yang kita gunakan dalam penyediaan icea cream ni. Takde campur bahan pengawet yang bahaya untuk anak-anak.
RESEPI HOMEMADE MANGO ICE CREAM
Tak sabar nak try resepi ni nanti. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan homemade mango ice cream ni. Step penyediaannya seperti di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cawan whipping cream
- 3/4 cawan susu pekat F&N
- 2 biji buah mangga (blend guna pengisar kering jangan tambah air)
- 1 biji mangga (potong cube untuk hiasan)
CARA PENYEDIAAN HOMEMADE MANGO ICE CREAM :
▶️ Blend whipping cream guna mixer sampai ianya kembang elok gebu gebas.
▶️ Dah gebu elok masukkan susu manis. Putar lagi pada kelajuan sederhana.
▶️ Masukkan puri mangga yang telah diblend tadi, then putar lagi.
▶️ Dah siap masuk dalam bekas dan touch up cantik guna mango cube atas ice cream.
▶️ Frozenkan selama 6 jam dan ianya bolehlah dimakan.
BACA JUGA : Resepi Sambal Bilis Garing Yang Mudah Dan Sedap. Boleh Buat Penambah Selera Makan!
Yum yum! Mudah je kan resepi mango ice cream ni. Korang nak ganti dengan buah lain pun boleh ye. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Tapi mango ice cream ni susah nak jumpa kat luar tau.
Nak dapat ice cream yang sedap, pastikan jangan campur air bila nak kisar buah mangga ni nanti. Biar pure rasa mango ice cream kita ni nanti. Tak nak cair, nanti tak menjadi dan tak sedap pulak.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Dihah Din kerana sudi berkongsi resepi homemade mango ice cream ni kat Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!