Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Rahsia Buat Kek Pisang Moist Dan Lembut. Guna 5 Bahan Ni Je Tau!
Korang ada pisang kat rumah yang extra, boleh cuba buat kek pisang moist. Kek pisang ni kalau makan memang tak puas. Dengan moist dia, gebu dan lembut je. Kalau boleh memang tak nak kongsi dengan orang lah.
Nak buat kek pisang ni memang mudah. Hanya menggunakan 5 bahan je, campur semua gaul-gaul dah setel. Dengar macam simple kan. Haa, kejap lagi saya detailkan satu persatu. Tapi jangan risau sebab ianya kekal mudah.
Sesetengah orang dia lebih suka makan macam tu pisang, atau buat cekodok atau lempeng. Tapi lain orang kan lain citarasanya. Ada tu terus fikir nak buat kek pisang sendiri. Nak buat pun sekejap je.
Resepi daripada Nur Aliya Maisarah ni, antara resepi kek pisang paling cepat siap. Dan kalau buat kek pisang, pastikan tidak bakar untuk mendapatkan rasa moist dia. Nak bakar jugak boleh sahaja, Cuma kek akan jadi sedikit kering.
Nak jadikan kek pisang ni lebih sedap, kena gunakan pisang yang extra. Barulah setiap gigitan tu terasa pisangnya. Nak guna pisang apa pun boleh, tapi digalakkan untuk buat menggunakan pisang emas.
RESEPI KEK PISANG
Seperti yang saya maklumkan, resepi kek pisang ni memang paling simple pernah saya jumpa. Ikut sukatan resepi ni, kek pisang kita punya rasa yang seimbang dengan manis dan rasa pisang.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cawan pisang lenyek
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
CARA PENYEDIAAN KEK PISANG :
▶ Gunakan pisang yang betul-betul masak ye, hijau sikit-sikit is big no nanti kek kita ada rasa pahit.
▶ Campurkan semua bahan dan gaul sekata.
▶ Tepung dan soda bikarbonat, pastikan ayak terlebih dahulu supaya tiada bendasing yang ikut masuk sekali dalam adunan.
▶ Penggunaan gula boleh dikurangkan sekiranya suka makan kek yang kurang manis. Tapi bagi saya 1 cawan rasa dah nice. Tak terlalu manis dan tidak tawar.
▶ Sediakan periuk peungukus dan didihkan air.
▶ Tuang adunan ke dalam loyang. Kukus selama 45 minit atau sehingga kek masak.
▶ Cukup masa, keluarkan dan sejukkan seketika sebelum dipotong.
▶ Siap dan sedia untuk sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Cara Buat Sambal Ayam Penyet Padu. Sekali Rasa Jer Comfirm Akan Suka!
Kek pisang ni, bila waktu dia sedang masak tu, memang bau dia ya ampuun! Wangi satu rumah dengan bau pisang. Dan ianya sedap dimakan ketika masih suam-suam macam tu. Laju je tangan ambik dan ambik lagi tanpa sedar.
Yang mana nak cuba buat kek pisang paling simple, boleh follow resepi ni. Confirm menjadi dan kek rasa sedap moist gitu.
Tapi kalau tidak berkesempatan nak buat kek pisang moist ni sekarang, sharekan dulu resepi ni di wall facebook supaya mudah nak rujuk semula dan mana tahu ada orang lain dapat manfaat yang sama macam kita.