Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Ayam Beriani Yang Simple Berperisa. Boleh Licin Pinggan Dibuatnya!
Masa nak berbuka macam-macam rasa nak makan. Dapat nasi ayam beriani syok juga kan. Apa kata berbuka ni kita cuba resepi nasi ayam beriani cara dapur polis ni. Simple berperisa dan sedap sangat ye. Rugi lah kalau tak cuba!
Kalau terasa tekak nak makan nasi beriani, tak perlu lagi nak beli kat luar. Masak sendiri kat rumah lagi puas hati. Beli kat luar pun boleh tahan mahal juga. Lagi jimat masak sendiri. Kebersihannya pun terjamin.
Bulan ramadhan ni, pasti ada yang plan nak buat majlis berbuka puasa di rumah kan. Apa kata selitkan sekali resepi ni. Confirm ramai yang bertambah-tambah nasi nanti. Nasi ni memang sesuai sangat untuk raikan tetamu.
Nak resepi yang mudah? Jangan risau. Follow je resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Aisyah Humaira ni. Mudah sangat ye! Rasanya nak masak dalam rice cooker pun boleh sangat.
Menurut Cik Puan Aisyah, resepi ni terhasil daripada satu rancangan tv India. Tapi telah di olah sendiri oleh beliau mengikut cita rasa di negara kita. Baru lah terasa nikmat nak makan nasi beriani kan.
RESEPI NASI AYAM BERIANI
So, tanpa membuang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan nasi ayam beriani ni. Kalau semua bahan dah lengkap, boleh lah terus follow resepi ni kan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 6 cawan beras basmati (guna cawan kecil kaca ikea)
- 1 paket kecil rempah empat sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga)
- 1/2sudu kecil lada hitam
- 3 sudu besar besar minyak sapi adela vanaspati
- 3 biji bawang kecil (dipotong 2)
- 4 biji bawang putih (tanpa hiris)
- 2 helai daun pandan (disimpul)
- 6 sudu besar sos tomato del montel/ sos cili SAJI
- 2 biji tomato (dihiris)
- 2 senduk kuah ayam beriani. Untuk resepi lauk ayam beriani boleh follow di sini lauk ayam masak beriani
- 1/2suku tin susu cair Saji
- 3-4 tangkai daun ketumbar sekali batangnya
- 1 kiub pati ayam, gula secukup rasa dan air secukupnya
CARA PENYEDIAAN NASI AYAM BERIANI :
▶️ Cairkan minyak sapi adela dan masukkan rempah 4 sekawan, lada hitam dan kacau.
▶️ Masuk pula bawang kecil, bawang putih, buah tomato dan daun pandan. Kacau rata hingga bawang layu.
▶️ Masukkan sos, kuah ayam beriani, kiub pati ayam dan gula. Kacau sebati.
▶️ Seterusnya, masukkan beras, susu cair dan air.
▶️ Sukatan air sama seperti masak nasi biasa cuma lebihkan sedikit sahaja. Kacau perlahan dan sebatikan. Kemudian, masuk daun ketumbar dan tutup periuk.
▶️ Bila nasi dah separuh masak. Masuk 2-3 ketul lauk ayam beriani. Kemudian, tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak.
▶️ Setelah nasi masak, terus gemburkan perlahan-lahan untuk cantikkan nasi!
BACA JUGA : Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos Yang Simple Dan Sedap Sangat. Follow Je Step By Step, Confirm Menjadi!
Siap untuk dihidang! Resepi ayam masak beriani tu dah ada kat Facebook Cik Puan Aisyah Humaira. Nak lagi mudah klik je link kat cara penyediaan di atas. Terus boleh masuk ke resepi lauk.
Kalau lauk ayam beriani dah banyak tak habis. Memang elok sangat lah kalau di masak semula dengan nasi beriani. Buat je macam resepi ni. Takde lah bazir, semua lauk akan habis dimakan.
Akhir sekali, ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Aisyah Humaira kerana sudi berkongsi resepi nasi ayam beriani ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!