Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sambal Bilis Garing Yang Mudah Dan Sedap. Boleh Buat Penambah Selera Makan!

0 125

Nak share dengan korang menu paling best bila makan nanti. Takde lauk pauk lain pun takpe. Jom buat stock sambal garing kat rumah. Follow je resepi sambal bilis garing yang mudah dan sedap ni kat sini.

Sambal ni pembuka selera makan. Kalau ada lauk pauk sedap, tapi sambal takde macam tak syok je Nak Makan. Selera tu kurang sikit. Mesti korang sambal lover rasa macam ni jugak kan. Hilang nikmat makan.

Takde lauk pauk yang best-best pun takpe. Makan sambal garing ni dengan nasi putih panas-panas dan telur dadar pun dah bertambah nasi dibuatnya. Berselera! Yang tak makan bawang pun, auto licin sambal ni.

Resepi sambal bilis garing ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Julia ALeen Aireish. Resepi simple dan mudah nak buat. Hujung minggu ni buat stok sambal gering syok jugak kan.

Sambal ni boleh boleh tahan lama. Simpan je dalam bekas kedap udara untuk elak sambal masuk angin dań jadi lemau. Nak Buat sambal ni pun tak susah dan tak guna bahan meemaak yang banyak. Jom tengok dulu.

 

RESEPI SAMBAL BILIS GARING

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan sambal bilis garing ni. Step penyediaannya seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 20 biji bawang kecil ros merah
  • 2 labu bawang putih
  • 50gm cili kering (dipotong serong buang biji)
  • 2 cawan ikan bilis

 

Untuk bahan perasa :
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu besar maggi cukup rasa
  • 1/4 sudu kecil garam halus

CARA PENYEDIAAN SAMBAL BILIS GARING :

▶️ Buang kulit bawang dan bersihkan bahan-bahan lain jugak. Toskan supaya kering.

▶️ Sagat atau hiris bawang merah dan bawang putih. Letak sedikit garam dan gaul rata. Jika suka, boleh letak sedikit tepung beras.

▶️ Panaskan minyak secukupnya. Kemudian, goreng ikan bilis, angkat dan toskan minyak. Ketepikan.

▶️ Seterusnya, goreng ke dua-dua jenis bawang, angkat dan toskan minyak. Diikuti cili kering goreng rangup tetapi jangan hangit.

▶️ Sediakan pengisar kering, satukan semua bahan yang digoreng tadi bersama dengan bahan perasa. Kisar jangan hancur halus sangat. Boleh guna cara teknik kisar, berhenti, kisar, berhenti.

▶️ Akhir sekali masukkan lagi 1/2 sudu besar gula halus dan gaul hingga sebati. Siap! Boleh simpan di dalam bekas yang bertutup.

 

BACA JUGA : Resepi Roti Sardin Cornflakes Untuk Breakfast. Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam!

 

Dah siap pun sambal kering kita. Mudah je kan. Resepi semudah Abc. Yang petting goreng bawang, ikan bilis dan cili tadi jangan sampai hangit. Karang sambal garing kita akan rasa pahit. Dah tak jadi pulak.

Buat stok banyak-banyak, time nak makan je boleh ambil dan masuk dalam pinggan masing-masing. Gaul dengan nasi putih sedap weh. Ada yang guna sambal ni untuk buat nasi goreng jugak tau.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Julia ALeen Aireish kerana sudi berkongsi resepi sambal bilis garing ini di Facebook. Semoga ianya bermnafaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open