Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Talam Pandan Jagung Yang Paling Sedap. Rasa Berlemak Manis Kuih Ni!
Penggemar kuih talam kena cuba resepi talam pandan jagung ni. Memang sedap. Lagi sedap bila korang tabur beberapa biji isi jagung kat bahagian atasnya. Rasa lemak manis bila makan nanti.
Kuih talam ni merupakan kuih tradisional orang melayu yang ramai penggemarnya. Boleh dipelbagaikan rasa dan warnanya. Kuih talam ni sesuai sangat dihidang untuk sarapan pagi dan minum petang.
Kebiasaannya, kuih talam akan dibuat menggunakan loyang dan akan dipotong segi empat. Untuk kali ni, kuih talam yang kita hasilkan menggunakan acuan lompang. Tak perlu nak potong bagai. Dah masak nanti, keluarkan je dari acuan lompang.
Resepi talam pandan jagung ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Iedaa Jahaya. Kena ajar anak-anak kuih tradisional Melayu kita ni, takde la ditelan dek zaman nanti.
Rasa kuih talam kali ni berbeza sikit dari yang biasa kita buat. Gabungan pandan dan jagung. Bahagian atasnya berperisa pandan dan bahagian bawahnya berperisa jagung. Tabur pulak isi jagung dibahagian atas untuk hasil yang lebih menarik.

RESEPI TALAM PANDAN JAGUNG
Tanpa membuang masa lagi, apa kata llki tak lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan talam pandan jagung ni. Rujuk dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Daun pandan (kisar dan ambil airnya)
- 1sdm Emulco pandan
- 1 cwn isi jagung dlm tin (sweet kernel corn)
Bahan untuk adunan jagung :
- 1 cwn tepung beras*
- 2 sdm tepung ubi*
- 1 cwn santan pekat*
- 2 bji telur*
- Sedikit garam*
- 1 cwn gula*
- 1 cwn isi jagung*
- Pewarna kuning atau kordial jagung
Kisar semua bahan bertanda *
Bahan untuk lapisan pandan :
- 1 cwn air pndan
- 1 cwn tepung gandum
- 2 sdm tepung ubi
- 4 sdm gula
- Sedikit garam
- 1 cwn santan pekat
CARA PENYEDIAAN TALAM PANDAN JAGUNG :
▶️ Kisar daun pandan dan tapis ambil air pandan 1 cwn + 1sdm emulco pndan. Kacau-kacau dan ketepikan dulu.
▶️ Toskan dulu 1 cwn isi jagung dalam tin tu.
▶️ Kemudian, satukan semua bahan adunan jagung dan sebatikan.
▶️ Tuang dalam bekas dan ketepikn dulu.
▶️ Seterusnya, ssebatikan semua bahan lapisan pandan pulak. Kemudian, tapis.
▶️ Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak. Panaskan kukusan.
▶️ Tuang 3/4 adunan jagung ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
▶️ Kemudian, ambil 1 sdm adunan pandan dan tuang atas lapisan jagung tadi.
▶️ Kalau nak letak isi jagung 3 ke 4 biji kat atas tu pun boleh. Kalau tak nak letak pun takpe.
▶️ Kukus selama 20 minit. Siap!
BACA JUGA : Resepi Homemade Mango Ice Cream. Guna 3 Bahan Je Tapi Sedap Giler!
Siap untuk dihidang! Sekali je pernah makan kuih talam pandan jagung ni. Memang sedap ye. Makan kat rumah orang, time tu ada kenduri. Dapat la rasa kuih talam pandan jagung yang sedap ni. Nak tambah tapi malu.
Kuih talam durian, kuih talam perisa nangka, keledek atau pisang pun ada ye. Boleh olah resepi asal kuih talam untuk hasilkan pelbagai perisa. Penggemar kuih talam kena cuba resepi ni. Jarang jumpa orang jual perisa ni.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Iedaa Jahaya kerana sudi berkongsi resepi talam pandan jagung ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!