Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Lempeng Kelapa Yang Confirm Lembut. Cicah Dengan Sambal Lagi Sedap!

0 203

Bangun pagi ni mak aku masak lempeng kelapa. Punca sebab aku tunjuk dia resepi lempeng kelapa yang confirm lembut dan sedap ni. Dapat jugak la aku melunaskan craving aku yang dah berbulan-bulan tertahan ni. 

Duduk kat rumah sendiri memang malas giler nak masak. Lagi-lagi duk membujang ni. Balik rumah mak mesti boleh minta macam-macam kan. Bermanja la dengan mak, sebelum balik rumah sendiri. 

Nak masak lempeng kelapa ni tak susah mana pun nak buatnya. Tak guna bahan yang banyak. Tapi wajib guna kelapa yang fresh. Baru la nikmat nak makan nanti. Hidang dengan sambal lagi sedap. 

Lempeng ni boleh di makan dengan macam-macam jenis cicahan. Contoh sambal nasi lemak, kari ayam dan sardin. Anak-anak pulak boleh makan lempeng ni dengan susu. Mesti anak-anak suka. 

Resepi lempeng kelapa lembut dan sedap ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Azizah Ali. Tengok teksturnya memang lembut. Boleh buat adunan dan simpan dalam peti. Bila nak makan, tinggal masak je. 

RESEPI LEMPENG KELAPA YANG LEMBUT DAN SEDAP

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat step by step cara penyediaan lempeng kelapa ni. Mesti ada yang baru nak belajar kan. Bahan-bahan memasak seperti di bawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan kelapa muda parut
  • 1/4 cawan santan
  • 1 cawan air kelapa @ air biasa pun boleh
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN LEMPENG KELAPA YANG LEMBUT DAN SEDAP :

▶️ Gaulkan sebati.

▶️ Panaskan kuali dan selamat melempeng.

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Bawal Masak 3 Rasa Yang Mudah Dan Sedap. Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Lempeng confirm lembut dan sedap! Berapa step je dah siap lempeng kita. Boleh buat sebelum pegi kerja atau anak-anak ke sekolah. Adun siap-siap lempeng ni waktu malam dan simpan dalam peti. Takde la kelam kabut nak melempeng esok pagi. 

Nak buat lempeng ni biasanya guna kelapa tua. Tapi kat resepi ni sedikit lain ye. Kita kena guna kelapa muda. Mesti korang tak sabar nak cuba kat rumah kan. Mungkin sebab tu jugak la lempeng kita ni lembut dan sedap. 

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Azizah Ali kerana sudi berkongsi resepi lempeng kelapa yang confirm lembut dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open