Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Popcorn Ayam Goreng Rangup. Resepi Simple Dan Mudah Nak Buat!

0 7,079

Pernah makan popcorn ayam? Paling suka beli popcorn ayam goreng rangup ni di mydin bahagian bakeri. Memang ada dan sedia untuk dimakan. Harga pun tak mahal sangat  dan mampu bilik bila rasa nak makan tu.

Tapi sekali dah beli, tak boleh lah beli sikit-sikit. Sebab tentera-tentera lain sedia menungg nak ngap sama makan popcorn ayam ni. Sedap nya tu memang tak boleh nak tahan!

Nak makan dengan nasi boleh, nak makan camtu je pun sedap! Makan sekali je semua suka buat makan sebagai kudap-kudap depan tv! Paling seronok bila buat dan makan beramai-ramai dengan ahli keluarga.

Nak buat dia senang je. Jom saya kongsikan resepi daripada Cik Puan Amie Samuri‎ kita ni yang share cara nak buat popcorn ayam yang super sedap ni. Korang memang wajib cuba sebab mesti ada yang suka!

 

RESEPI POPCORN AYAM

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Dada Ayam potong dadu
  • Lada sulah
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Perasa

 

BAHAN GORENG CHICKEN POPCORN :

  • Tepung gandum
  • Baking powder
  • Telur dikocok (letak dalam satu mangkuk lain)

CARA PENYEDIAAN POPCORN AYAM :

▶ Mula-mula sekali, perapkan dulu ayam selama beberapa jam. Lagi lamaa perap, lagi sedap.

▶ Bila dah cukup masa, gaulkan lada sulah, serbuk kunyit, gara, dan perasa.

▶ Ayam yang diperap tadi, salutkan dengan campuran tepung dan baking powder , kemudian celupkan dalam telur dan salut semula dengan tepung semula.

▶ Panaskan minyak dan goreng dengan api yang sederhana.

▶ Bila ayam dah garing kekuningan, boleh padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan. Boleh hidangkan dengan sos dan mayonis!

BACA JUGA: Cara Buat Spicy Buttermilk Chicken Yang Simple Dan Mudah. Rasa Dia Serious Sedap Dan Wajib Cuba!

Senang sangat rupanya nak buat popcorn ayam ni. Lepas ni, bila dah tahu nak sediakan ayam popcorn ni boleh lah buat selalu. Anak-anak nak minta buatkan pun tak masalah. On je!

Disebabkan lauk macam ni, ramai anak-anak yang suka makan boleh cuba juga buat sebagai hidangan sampingan jika ada apa-apa event hari jadi, doa selamat dan sebagainya.

Bila kita nak memberi makan kepada orang ramai, sebaiknya kita berikan apa yang mereka suka. Tapi biarlah masih dalam bajet kawalan kita. Lagipun nak buat popcorn ayam goreng rangup ni, kosnya terlalu murah dan saya yakin semunaya mampu untuk kita buat dan sedekahkan.

Kepada yang baru nak belajar buat popcorn ayam ni, bolehlah cuba follow resepi yang saya ajar n. Serious senang dan mudah nak buat!

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open