Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Sambal Rambutan Yang Luar Biasa. Manis dan Pedas Rasanya, Sedap Sangat!

0 1,273

Resepi jus rambutan dah buat, jem rambutan pun dah buat. Apa kata hari ni kita buat sambal rambutan pula. Rasanya memang luar biasa. Siapa sangka buah rambutan juga boleh dibuat sambal kan.

Macam mana caranya? Mudah sangat! Tak perlu menggunakan bahan yang renyah dalam penyediaannya. Anda cuma perlu menggunakan buah rambutan, cili, bawang, ikan bilis, limau dan bahan perasa.

Teksturnya pula sama seperti sambal pedas yang lain. Bezanya adalah, sambal ini mempunya rasa manis buah dalam hidangannya. Sambal rambutan juga enak dimakan dengan ikan goreng dan nasi putih panas bersama ulam-ulaman.

Kalau buah rambutan kat belakang rumah tu dah banyak sangat, bolehlah cuba 3 resepi yang viral sekarang ni. Ikut citarasa masing-masing dan yang plaing penting buah rambutan tidak rosak dan terbuang.

Resepi sambal rambutan yang enak ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Kamarul Ariffin Nor Sadan. Ramai yang teruja dengan hasilnya. Dan tak sangkah rambutan juga boleh dibuat sambal.

 

RESEPI SAMBAL RAMBUTAN

Sukatan resepi ini adalah untuk 2 ke 3 orang makan. Boleh gandakan sukatan jika anda ingin menghidang untuk keluarga yang ramai. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 25 biji rambutan (dikupas dan dibuang bijinya)
  • 2 tangkai cili merah
  • 2 tangkai cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah (kecil)
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN SAMBAL RAMBUTAN :

▶️ Buang biji rambutan, dan isinya kita siat kecil-kecil. Boleh buang biji menggunakan jari, atau menggunakan pisau kalau isinya jenis tak lekang dari biji.

▶️ Potong cili macam ni. Manakala bawang merah dan bawang putih tak perlu dipotong.

▶️ Tumis cili, bawang merah dan bawang putih sampai bahan-bahan jadi lembut dan wangi. Guna api sederhana supaya tak geseng luarnya.

▶️ Goreng ikan bilis sampai garing. Pastikan cuci bersih dan keringkan betul-betul sebelum di Barulah boleh garing dan rangup. Campak je sekali dalam kuali dengan cili.

▶️ Bila bilis dah garing dan bahan lain tu dah lembut. Angkat dan toskan lebihan minyak.

▶️ Rehatkan bahan-bahan tumis. Biarkan ikan bilis tadi sejuk sedikit dan menjadi rangup.

▶️ Gesek bahan-bahan ni guna cobek. Bilis tu akan berbunyi keriuk-keriuk bila digesek.

▶️ Cili dan bawang pula akan dilenyek dengan mudah. Jadilah macam ni!

▶️ Satukan rambutan dan sambal gesek bilis tadi. Gaul semuanya sampai sebati. Bolehcuba sedikit apa yang kurang. Tambahkan perasa kalau kurang.

▶️ Akhir sekali, untuk seimbangkan rasa masin, manis, dan pedas tu, kita perahkan sebiji limau kasturi. Kalau tak cukup pedas, bolehtambah cili padi lagi. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Telur Pecah Sambal 3 Rasa Yang Simple Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Putih Panas Pun Dah Cukup!

 

Siap untuk dihidang! Nak ratah sambal rambutan ni macam tu je pun dah sedap. Manis dan pedas rasanya. Tapi teliur juga sebab dah masamkan dengan limau dan masinkan dengan garam. Just nice gitu!

Sambal ni boleh dicampur dengan belacan. Nak makan dengan cencaluk atau budu pun boleh. Itu semua sumber kaya dengan umami. Baru sedaplah sedap kan! Sambal dah siap, hidanglah dengan nasi putih panas dan ikan goreng.

Jangan lupa ulam-ulam sekali ye. Barulah syok nak makan nanti. Kalau suka pedas, lebihkan je penggunaan cili. Semoga resepi sambal rambutan ini bermanfaat buat kita semua. Jangan biarkan rambutan rosak lagi ye. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open