Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Original Masak Lemak Cili Padi Ikan Tenggiri Campur Rebung. Sedap Dan Awesome!
Siapa orang Negeri Sembilan wajib pernah makan dan pernah buat masak lemak cili padi. Kata orang masak lemak ni memang makanan rasmi atau makanan tradisional orang Nismilan ni kan?
Lagi pedas, lagi padu! Baru lah ngam dengan nama masak lomak cili padi! Tapi tak semua orang Negeri Sembilan yang pandai buat masak lemak cili padi ni sehingga menjadi tau. Ada yang kurang lemaknya, ada yang kurang rasanya.
Cuma bila dah jumpe resepi yang memang original Negeri Sembilan yang pior! Rasa memang cukup padu dan rasa dia memang superb!
Nak buat masak lemak cili padi ni, nak guna apa -apa binatang pun boleh. Ada yang suka guna ayam, daging salai, keli salai, telur itik, ikan pulak ada beberapa jenis ikan yang biasa kita boleh buat.
Dalam perkongsian kali ni, saya akan share resepi ikan tenggiri masak lemak cili api campur rebung resepi Cik Puan SuiSan Aliezsha ni. Serious memang sedap! Yang mana tak suka rebung boleh gantikan dengan pucuk ubi atau kentang.
Jom saya kongsikan bahan-bahan yang diperlukan untuk buat ikan tenggiri masak lemak cili padi campur rebung ni.
RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI PADI CAMPUR REBUNG
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Ikan tenggiri
- Cili api
- Kunyit hidup
- Rebung
- 1 ½ biji kelapa parut (guna kelapa tua ye ambik santannya)
- Asam keping
CARA PENYEDIAAN IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI PADI CAMPUR REBUNG :
▶ Mula-mula sekali, siang dan bersihkan ikan. Potong kepda beberapa bahagian supaya mudah dimasak.
▶ Seterusnya, hiris nipis rebung dan rendam seketika. Ketika rendam, ramas-ramaskan dia supaya baunya hilang.
▶ Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat.
BACA JUGA: Cara Buat Spicy Buttermilk Chicken Yang Simple Dan Mudah. Rasa Dia Serious Sedap Dan Wajib Cuba!
▶ Kemudian, sediakan kuali. Masukkan ikan, bahan tumbuk, rebung dan juga santan ke dalam kuali. Pasang api dan kacau sehingga kuah mendidih dan warna jadi sekata.
▶ Bila kuah hampir pekat, masukkana sam keping.
▶ Sentiasa kacau supaya tak nak santan berketul.
▶ Akhir sekali perasakan dengan garam dan sebruk perasa jika ada.
▶ Rasa semua dah okay, boleh padamkan api.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Tip :
▶ Jika ada serai, ketuk dan masukkan bersama dalam kuali supaya dapat hasilkan aroma yang sedap dan wangi je.
Bukan susah sangat nak buat masak lemak cili padi ni. Tapi kena pandai dan bijak jaga api. Sekiranya buat ayam masak lemak. Kena pastikan ayam tu dikecutkan dulu sebelum masukkan santan dan sebagainya.
Namun, lain orang lain cara memasaknya. Yang mana saya yakin rasa dan hasilnya memang terbaik!
Untuk yang baru nak belajar memasak, boleh cuba follow resepi mudah yang saya kongsikan ni. InsyaAllah sekali buat je akan terus menjadi! Selamat mencuba ye semua!