Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Nasi Beriani Gam Paling Sedap Dan Simple. Resepi Ringkas Guna Bahan Yang Ada Dekat Dapur Je
Siapa yang suka makan nasi beriani wajib cuba resepi ringkas ni. Tak sangka sebenarnya mudah je nak masak nasi beriani ni. Kalau dari perkongsian sahabat facebook kita ni, Cik Puan Esya Eisya ni nampak macam senang dan simple.
Biasanya nak makan nasi beriani ni, tak tunggu kenduri pun pergi makan dekat kedai mamak. Tapi apa kata kita buat sendiri je sebab dapat makan banyak-banyak. Lagipun serious mudah step je step dia.
Resepi ini bahan-bahan yang digunakan agak banyak dan sesuai untuk dimakan lebih kurang dalam 10-12 orang tau. Jikan nak buat sikit, boleh kurangkan ye.
NASI BERIANI GAM
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 3 cawan beras (moghul faiza)
- ayam separuh (potong sedang- sedang)
- 1 senduk rempah beriani mak siti
- 4 cawan air (guna cawan yg sama sukat beras)
- hiris bawang merah dan putih (agak-agak)
- sedikit 4 sekawan kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih.
- sedikit daun pudina
- 1 biji tomato di potong 4
- 1 sudu minyak sapi
- setengah senduk minyak masak
CARA PENYEDIAAN NASI BERIANI GAM :
▶ Panaskan minyak masak dengan minyak sapi
▶ Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris bersama 4 sekawan.
▶ Tumis sampai naik bau, masukkan rempah beriani yang sudah dibancuh sedikit air.
▶ Tumis sampai naik minyak, bila rencah dah pecah minyak masukkan 3 sudu kecil garam dan perasa, baru masuk 1 cawan air,
▶ Bila dah nak mendidih masuk ayam, kacau dan tutup biar ayam cepat masak,
▶ Agak-agak ayam dah masak masukkan daun pudina dan tomato di atas ayam tak perlu kacau.
▶ Terus masukkan beras yang sudah dibasuh lalu masukkan air 3 cawan ratakan dan tutup biar didih sehingga kering.
▶ Bila dah kering kecikkan api, titikkan pewarna kuning di atas nasi. Jangan kacau terus tutup biarkan nasi betul-betul kering dan masak. Dah kering baru gaulkan
selamat mencuba.
TIP TAMBAHAN :
** Kalau nak pakai daging kena masakkan daging tu sampai empuk, @ rebus dulu daging
** Rempah beriani mak siti boleh taruk lebih kalau nakkan nasi tu rasa rempah.
RESEPI SALAD BERIANI :
Bahan -bahan yang digunakan adalah :
- Timun jepun
- Tomato
- lemon
- garam
- secukup rasa
CARA PENYEDIAAN SALAD :
▶ Potong dadu semua bahan di atas. Kecuali garam dan perasa.
▶ Masukkan dalam satu bekas.
▶ Gaulkan sedikit garam dan secukup rasa
▶ Jika suka makan sejuk, masukkan dalam peti sejuk sebentar
BACA JUGA: Aneka Masakan Ikan Siakap Yang Marvellous. Resepi Yang Mudah Nak Buat Dan Rasa Sedap Memikat!
RESEPI SAMBAL AYAM MASAK MERAH
- Ayam (potong kecil-kecil)
- Garam
- Kunyit
- Rempah Kari
Bahan kisar :
- 1 genggam cili kering (rebus)
- Bawang putih
- Bawang merah
- Serai
- Gula melaka
- Air asam jawa dikisar
Bahan lain :
- Bawang holland
- Sos tomato atau tomato puree
- Santan
- 1 biji tomato
CARA PENYEDIAAN SAMBAL AYAM MASAK MERAH :
▶ Mula-mula bersihkan ayam, gaulkan dengan garam,kunyit dan serbuk kari. Goreng sebentar sehingga masak.
▶ Seterusnya, rebus cili kering. Dan kisar bersama bawang putih, bawang merah, serai, gula melaka dan air asam jawa.
▶ Kemudian tumis bawang holland dengan bahan-bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.
▶ Masukkan sos tomato atau tomato puree dan santan.
▶ Bila dah mendidih, perasakan dengan garam.
▶ Sebelum tutup api, masukkan tomato.
Sedia dihidang!
Waah! Bestnyaa bila ada semua resepi dalam satu posting macam ni. Nak buat nasi beriani jer tapi resepi nak buat salad dan ayam masak merah pun ada. Senang kerja!
Kalau kita yang baru nak belajar masak, sesuai sangat follow resepi ni. Memang mudah dan lengkap kan. Boleh lah supprisekan suami dan anak-anak.
Selamat mencuba!