Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Aneka Talam Hidangan Minum Petang Yang Sedap. Resepi Ringkas Dan Mudah!

Aneka kuih talam
0 4,031

Kalau dapat makan kuih talam memang jarang tak habis. Antara kuih talam yang biasa kita makan dan selalu ada dijual ialah kuih talam pandan, kuih talam keladi dan kuih talam gula merah dan sebagainya.

Ternyata banyak lagi kuih talam yang ada rupanya. Resepi pun nampak mudah dan senang nak follow. Paling best, kalau buat kuih talam ni tak boleh buat sikit tau! Sebab memang berebut satu keluarga.

So dekat bawah ni saya kumpulkan beberapa  koleksi resepi kuih talam yang sedap dan awesome! Boleh buat untuk makan sendiri atau nak buat untuk jualan pun boleh!

 

KUIH TALAM SERI MUKA PANDAN

Waah! Bukan selalu dapat buat kuih talam seri muka resepi SuiSan Aliezsha ni. Sedapnya dapat buat makan pagi atau petang. Cukup rasa lemak dan pulutnya pun cukup memang padu!

RESEPI KUIH TALAM SERI MUKA PANDAN

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

BAHAGIAN BAWAH :

  • 3 cawan pulut
  • 2 cawan santan
  • Secubit garam

 

BAHAGIAN ATAS :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan
  • 1 ½ cawan gula pasir
  • ½ cawan air pandan (kisar daun pandan)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN KUIH TALAM SERI MUKA PANDAN :

▶ Untuk bahagian bawah, cuci pulut toskan masukkn santan dan garam kukus dalam talam lebih kurang selama 25 minit

▶ Kemudian angkat dan masukkan pulut dalam loyang. Tekan pulut tadi sehingga padat.

▶ Untuk bahagian atas, masukkan semua bahan-bahan blend bagi adunan halus. Kemudian tuang ke atas pulut yang telah dipadatkan.

▶ Kukus selama lebih kurang 30 minit.

▶ Sejukkan dan potong kuih. Siap untuk di hidangkan

 

KUIH TALAM UBI KELEDEK OREN

Selain buat inti karipap, ubi keledek oren ni sedap juga jika dibuat kuih talam ni.

antik je warna dia. Bukan sahaja rupa yang cantik tapi rasa pun sedap tau! Sekali cuba je dah boleh tersuka. Terima kasih kepada yang sudi share resepi ni.

 

RESEPI KUIH TALAM UBI KELEDEK OREN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

LAPISAN PUTIH (BAWAH) :

  • 1 cawan keledek oren (dipotong dadu)
  • 80gm tepung beras
  • 125ml santan pekat
  • 225ml air
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 80gm gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam

 

LAPISAN OREN (ATAS) :

  • 80 gram tepung gandum
  • 150 g gula
  • 125 ml santan pekat
  • 250 ml air
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna oren

 

CARA PENYEDIAAN KUIH TALAM UBI KELEDEK OREN :

▶ Buang kulit ubi dan rebus sehingga empuk. Kemudian potong dadu.

▶ Campurkan semua bahan lapisan bawah kecuali ubi. Setelah semua sebati, tapiskan.

▶ Setelah adunan agak pekat tutup api dan masukkan ubi yang telah dipotong dadu. Kemudian masukkan ke dalam loyang.

▶ Tutup permukaan loyang menggunakan aluminium foil dan kukus sehingga masak ke dalam pengukus berisi air yang telah dipanaskan lebih awal. Kukus lebih kurang dalam 15 minit.

▶ Sediakan adunan oren, campurkan semua bahan dan gaul sebati. Kemudian tapis dan masak di atas api sekejap. Setelah pekat, tuang di atas adunan putih (bawah) yang telah masak tadi. Tutup permukaan loyang seperti lapisan pertama.

▶ Kukus lagi dalam 30 minit atau sehingga masak. Siap dan potong setelah sejuk.

Kredit Resepi – seripayaku.blogspot.com

 

KUIH TALAM GULA MERAH

Kuih talam gula merah ni biasanya kuih yang paling ramai buat dan paling ramai suka. Rasanya pun tak manis sangat dan sesuai untuk dimakan bersama keluarga.

Kalau ada majlis kenduri, doa selamat atau majlis hari jadi ke boleh buat kuih talam gula merah ni resepi Shakinah yang awesome!

RESEPI KUIH TALAM GULA MERAH

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

LAPISAN BAWAH :

  • 1 cawan gula merah
  • 2 sudu makan gula
  • 2 cawan air
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar air kapur ( jangan terlalu pekat)
  • 1 sudu besar kicap pekat

 

LAPISAN ATAS :

  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN KUIH TALAM GULA MERAH :

LAPISAN BAWAH :

▶ Larutkan gula merah dengan 3 cawan air. Ketepikan seketika.

▶ Satukan dengan semua tepung, air kapur, kicap dan juga gula pasir. Tapiskan semua bahan.

▶ Letakkan dalam kuali, kacau sampai naik wap. Jangan sampai pekat tau. Bila dah agak panas padamkan api.

▶ Kukus dalam loyang lebih kurang 15-20 minit dengan api yang besar.

 

LAPISAN ATAS :

▶ Satukan semua bahan dan kacau sebati. Tapiskan dulu

▶ Masukkan dalam kuali sehingga naik wap.  Tuang dalam loyang atas lapisan bawah tadi.

▶ Kukus lagi 25 minit atau sampai kuih talam kita masak.

▶ Bila dah sejuk,  boleh potong dengan pisau plastik.

Kredit Resepi – Shakinah Zainal

 

KUIH TALAM KELADI BERLAUK

Kuih ni dah ramai yang lupa dan tak ramai yang pandai buat. Kuih zaman dulu-dulu tapi susah nak jumpa dah zaman sekarang ni.

Selain daripada cara nak buat yang tak mudah, rasa dia pun tak semua orang suka. Jom saya kongsikan cara nak buat.

RESEPI KUIH TALAM KELADI BERLAUK

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Keladi ( potong dadu )

BAHAN INTI BERLAUK :

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Sedikit udang kering ( rendam ya)
  • 1 Paket kecil serbuk kari ikan
  • Daging cincang
  • Daun bawang atau daun sup
  • Bawang goreng
  • Hirisan lada merah

 

BAHAN TEPUNG :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 kotak santan kara ( kecil)
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • 3 cawan air ( gunakan sukatan kotak yang sama tadi)

CARA PENYEDIAAN KUIH TALAM KELADI BERLAUK :

▶ Tumbuk atau kisar semua bawang, halia dan udang kering sehingga lumat.

▶ Kemudian, kalau  buat bawang goreng sendiri, masa ni boleh goreng bawang  sehingga keperengan. Gunakan api sederhana je

▶ Gunakan minyak goreng bawang tadi, untuk tumis bahan tumbuk atau kisar tadi.

▶ Tumis sampai naik bau dan tumis sampai sedikit kering.

▶ Campurkan serbuk kari tadi dan kacau semua sampai pecah minyak.

▶ Gunakan api sederhana besar sahaja

▶ Dah pecah minyak, campurkan daging cincang. Terus letak sedikit garam, bahan perasa kalau nak letak dan campur sedikit air asam. (optional)

▶ Rasa dah okay, boleh tutup api dan tapis dagingnya tadi.

CARA-CARA BAHAN TEPUNG :

▶ Semua bahan, campurkan dan kisar. Kemudian tapis.

▶ Sapu keliling acuan dengan sedikit minyak. Kalau nak wangi sikit, boleh gunakan minyak goreng bawang tadi.

▶ Campurkan keladi yang kita potong dadu ke dalam adunan tadi. Kacau sebati. Tuang adunan dalam loyang.

▶ Panaskan periuk kukus dan kukus selama 20 minit.

▶ Cakarkan guna garfu, dan letakkan inti daging atas kuih talam kita. Kukus selama 10 minit

▶ Tabur bahan hiasan yang lain, bawang goreng dan juga hirisan lada.

▶ Kukus sekali lagi dalam 5 hingga 10 minit.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Kredit Resepi – Saadiah Mohamad

BACA JUGA: Cara Buat Cendawan Inoki Goreng Rangup. Seriosu Sedap Dan Marvellous!

KUIH TALAM LABU

Sedapnya dapat makan kuih talam labu ni. Kalau ada banyak labu dan tak tahu nak buat apa tu, boleh cuba buat kuih talam labu ni. Serious sedap! Terima kasih Ainur Aziana sebab kongsikan resepi ni.

RESEPI KUIH TALAM LABU

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 cawan labu lecek
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3/4 cawan gula
  • Secubit garam
  • 4 cawan santan

 

CARA PENYEDIAAN KUIH TALAM LABU:

▶ Campurkan semua tepung, gula dan juga garam.

▶ Kemudian, masukkan santan. Gaul semua bahan sehingag sebati.

▶ Bahagikan adunan kepada 2 bahagian

▶ 1 bahagian, campurkan dengan labu lecek. Kacau hingga sebati.

▶ 1 bahagan lagi, masukkan sedikit lagi garam supaya ada rasa masin.

▶ Panaskan pengukus, dan panaskan loyang.

▶ Bila loyang dah panas, masukkan adunan putih. Kukus dulu 20 minit.

▶ Akhir sekali, masukkan adunan labu. Kukus lagi 30 hingga 40 minit. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Kredit Resepi – Ainur Aziana

 

KUIH TALAM SUJI

Ada yang pernah makan kuih talam suji? Banyak dijual di pasar malam area kampung biasanya. Untuk area bandar mungkin susah sikit nak jumpa.

RESEPI KUIH TALAM SUJI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

 

BAHAGIAN A  ( LAPISAN BAWAH) :

  • 1 cawan tepung suji
  • 3 cawan santan ( 1 pekat + 2 cawan air)
  • 1/2 cawan gula
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit garam

 

BAHAGIAN B (LAPISAN ATAS) :

  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air gula merah
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam

 

CARA PENYEDIAAN KUIH TALAM SUJI :

▶ Untuk lapisan bawah iaitu lapisan kuning. Masukkan semua bahan dalam kuali dan kacau sampai pekat. Tutup api

▶ Sediakan loyang, lapik loyang dengan pelastik dan masukkan adunan tadi. Kukus sekejap dalam 20 hingga 25 minit.

▶ Sementara palisan bawah di kukus, jom buat untuk lapisan atas pula.

▶ Kacau semua bahan lapisan atas atas api sehingga naik wap. Pastikan semua bahan sebati

▶ Kemudian tuangkan atas lapisan bawah yang siap dikukus. Boleh cakap gunakan garfu supaya kedua-dua lapisan ini melekat elok.

▶ Kukus semula dalam 30 hingga 35 minit sehingga masak sempurna.

▶ Dah sejuk, boleh potong ikut citarasa masing-masing.

Kredit Resepi – Shakinan Zainal

Banyaknya resepi kuih talam yang boleh kita guna dan follow untuk buat kuih talam ni sebenarnya. Tak terfikir dan tak sangka pulak ada banyak perisa yang boleh kita buat.

Boleh save dulu perkongsian ni dan buat satu per satu untuk buat makan pagi atau minum petang. Jangan lupa kongsikan dekat wall facebook masing-masing ye supaya ramai lagi yang boleh dapat manfaat dari perkongsian ni.

Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua kawan-kawan yang nak mencuba resepi kuih talam ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open