Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Aneka Masakan Daging Yang Lembut Lazat. Resepi Sedap Ala Kenduri!

0 8,403

Resepi daging sememangnya menjadi kegemaran semua orang. Tapi jika dagingnya liat memang boleh bikin marah.

Ada banyak resepi yang berasaskan daging ni yang boleh kita buat sebagai hidangan seharian kita. Kalau dapat makan daging yang lembut dan juicy, memang layanz!

 

DAGING BAKAR DANOK

Fuuh! Ni level kenduri orang have-have kalau ada daging bakar danok. Tapi, tu dulu laa. Sekarang ni sesiapa pun boleh makan daging bakar danok ni.

Sedapnya ya ampun.  Hidangkan sekali dengan kuah pencicah dia tu. Resepi dari Diaz Yushazlin ni memang awesome!

RESEPI DAGING BAKAR DANOK

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

Bahan perapan daging :

  • Daging sekilo(potong besar tebal 2@3cm)
  • 1sudu kecil sos ikan
  • 2 sudu besar Sos tiram
  • 2@3 sudu besar Brown sugar
  • Sekeping gula melaka
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Sedikit minyak
  • Serbuk cukup rasa 1@2 sudu

 

Bahan untuk sos :

  • Akar daun ketumbar
  • Daun ketumbar
  • 1susu besar Beras (sangaikan dulu& tumbuk)
  • 1@2 ulas bawang putih
  • 1@2 sudu kecil Sos ikan (ikut tahap masin tekak masing2)
  • 2 biji limau nipis
  • 1 sudu kecil brown sugar
  • ½ keping gula melaka(tumbuk kasi hancur cmpur air sikit)
  • Chili flakes
  • 1 sudu kecil sos cili
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 Bawang besar (hiris nipis)

 

CARA PENYEDIAAN DAGING BAKAR DANOK :

▶ Tumbuk akar daun ketumbar & bwg putih smpai lumat

▶ Masukkan sos ikan,gula melaka,brown sugar,beras yg disangai,perahan limau nipis

▶ Masukkan sos cili,sos tiram(saja tambah utk pekatkan sos)

▶ Masukkan daun ketumbar yg dipotong

▶ Masukkan chili flakes(kalau suka pedas boleh tambah)

▶ Masukkan bwg besar yg dipotong tadi

~~kalau tawar jgk tmbah la garam sikit ok

 

# daging tu saya bakar guna pemanggang ajaib je dalam 20 hingga 30 minit dan bergantung jugak pada tahap air yang kluar dari perapan masing-masing ye.. bukak api perlahan.

# untuk daging cepat lembut bila nak masak.. perap la semalaman dan hiris halia keping2.. perap sekali dengan daging

 Kredit Resepi  – Diaz Yushazlina

 

DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Daging masak merah sedapnya dimakan dengan nasi goreng. Rasa dia tu memang buat kita tak pandang kiri kanan dah. Kalau buat daging ni kurang pedas, pastikan nasi goreng tu pedas-pedas ye. Baru mengancam!

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • ½ kg daging lembu – rebus empuk dg pewarna merah
  • 2 ulas bawang putih – ketuk
  • 1 labu bawang besar – hiris
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan thai
  • ¼ cawan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kacang panjang – jika suka
  • Daun sup/daun bawang
  • 1 biji cili capsicum
  • 1 cili merah

 

CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK MERAH ALA THAI :

▶ Rebus daging dengan sedikit pewarna merah hingga empuk.

▶ Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu daging hingga kuning sedikit. Ketepikan.

▶ Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili giling.

▶ Kacau sehingga cili betul betul garing dan bolehlah di masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.

▶ Masukkan pula daging tadi, cili capsicum, bawang besar serta cili merah yang di hiris dan kacau. Perasakan dengan garam dan gula.

▶ Tabur daun sup di atas dan hidangkan dengan nasi putih.

Kredit Resepi – Azie Kitchen 

 

KERUTUK DAGING KELANTAN

Orang Kelantan suka sangat jika dihidangkan lauk kerutuk daging. Kalau tak silap di negeri luar Kelantan juga dinamakan kerutuk. Cuma apa yang berbeza mungkin dari segi bahan-bahan yang digunakan sahaja.

RESEPI KERUTUK DAGING KELANTAN

Bahan – bahan yang digunakan adalah :

  • Daging secukupnya
  • 6 ulas bawang merah – hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • Sedikit halia – hiris
  • 3 sudu besar rempah kerutuk
  • Gula Melaka
  • Garam
  • Asam keping
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 kotak santan kotak

 

CARA PENYEDIAAN KERUTUK DAGING KELANTAN :

▶ Panaskan minyak dan tumis semua bahan hiris bersama kayu manis, bunga lawang sehingga kekuningan.

▶ Masukkan rempah kerutuk yang tidak dibancuh dengan air dan goreng rempah kerutuk dengan pantas.

▶ Masukkan sedikit air dan masak sehingga rempah benar benar garing dan keluar minyak.

 

▶ Masukkan daging dan kacau rata sebelum masukkan sedikit air dan masak sehingga daging empuk. Saya masak dahulu daging dengan pressure cooker bagi mempercepatkan ianya empuk.

▶ Setelah daging masak, barulah dimasukkan santan dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula gula melaka, kerisik, garam dan asam keping.

▶ Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih, cicah roti atau dimakan dengan apa sahaja.

Kredit Resepi – Port Makan

 

DAGING GORENG KUNYIT

Masakan paling simple kita boleh buat. Dah la senang dan simple. Sedap pulak tu. Goreng bagi garing sikit, sambal makan dengan nasi gigit juga cili padi. Fuuh! Merecik kata orang.

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

Bahan A

  • ½ kg daging dipotong kecil dan nipis.
  • 1 sudu kecil kunyit
  • 1 sudu kecil garam

 

Bahan B

  • 1 labu bawang besar dihirit bulat.
  • 1 biji Cili Hijau hiris serong
  • 4 biji Cili Padi (di ketuk)
  • 2 Ulas Bawang Putih (Hiris Nipis)
  • 1 Inci Halia (Hiris Besar)

 

Bahan C

  • Lobak Merah (dipotong nipis panjnag)
  • Bunga Kobis (dipotong kecil)

 

CARA PENYEDIAAN DAGING GORENG KUNYIT :

▶ Gaulkan daging dengan kunyit dan garam. Perap dalam 15 minit.

▶ Masukkan daging diperap tadi dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.

▶ Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging. Rebus hingga kering airnya

▶ Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging. Bila dah hampir garing, ketepikan daging di hujung kuali.

▶ Masukkan Bahan B diatas, Kemudian goreng bagi naik bau.

▶ Masukkan Bahan C (goreng sampai Lobak Merah dan Bunga Kobis lembut sikit).

▶ Gaul dan ratakan semua bahan dan hidangkan dengan nasi panas.

Kredit Resepi – Nabila Ruza 

 

DAGING MASAK KUZI

Siapa pernah makan daging kuzi? Daging kuzi ni bukanlah masak kari. Sebab rempah yang digunakan adalah rempah kuzi. Rasa dia memang sedap dan kalau tak nak makan dnegan nasi, buat cicah dengan roti pun sedap!

RESEPI DAGING MASAK KUZI

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 kg daging di potong 20
  • 4 sudu makan minyak ghee
  • 2 sudu makan susu pekat
  • ½ sudu teh garam
  • 1 Kulit kayu manis,
  • 2 buah pelaga
  • 2 bunga lawang
  • 2 bunga cengkih
  • 750 ml air

 

Bahan (dikisar):

  • 15 ulas bawang putih
  • 2 inci halia – dikisar
  • ½ biji bawang merah | di buat bawang goreng
  • 4 sudu makan rempah kuzi
  • ½ tin susu cair
  • 3 sudu makan tomato sos
  • 100 gm badam biji | di buang kulit
  • 100 gm kismis
  • 100 gm badam serbuk

 

CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK KUZI :

▶ Panaskan minyak ghee di dalam kuali.

▶ Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.

▶ Masukkan daging dan air, biarkan daging masak sehingga empuk. Jika air kering tambahkan air lagi sehingga empuk.

▶ Kemudian masukkan serbuk rempah kuzi dan sedikit air.

▶ Apabila naik minyak masukkan bawang goreng yang di kisar, badam biji, kismis, tomato sos, susu cair, susu pekat dan garam. Gaul sebati sehingga pekat.

▶ Apabila kuah sudah pekat masukkan pula serbuk badam yang digaul rata.

▶ Angkat dan sedia dihidangkan.

Kredit Resepi – Resepi Masakan

 

SUP DAGING ALA THAI

Penggemar a sup pasti suka kalau dihidangkan lauk sup daging ala Thai ni. Rasa dia masam-masam sedap dihidangkan bersam telur dadar dan juga nasi putih panas.

Nak buat sup ni tak susah pun. Sekali buat, insyaAllah pasti akan repeat semula. Jika nak kurangkan pedas, boleh kurangkan kuantiti cili yang kita gunakan.

RESEPI SUP DAGING ALA THAI

Bahan-bahan yang  diperlukan adalah :

  • 1 Kilogram daging – dibersihkan
  • 3 biji buah pelaga
  • ½ sudu teh serbuk ketumbar
  • ½ sudu besar serbuk lada hitam
  • ½ sudu besar serbuk lada putih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji tomato
  • 5 tangkai cili padi
  • 2 akar ketumbar – di ketuk
  • bawang goreng secukupnya
  • 1 inci halia – di ketuk
  • 2 biji limau nipis – ambil jusnya
  • 1 labu bawang holland – di hiris kasar
  • ½ sudu besar garam
  • 2 liter air
  • 1 batang celery – di potong pendek

 

CARA PENYEDIAAN SUP DAGING ALA THAI :

▶ Renih daging sehingga empuk. Ini mengambil masa yang agak lama dan selalunya saya akan merenih daging lebih awal sebelum proses memasak.

▶ Buang buih yang timbul dipermukaan periuk dengan sudu ketika proses merenih daging tersebut. Tambahkan air secukupnya jika ianya menyusut.

▶ Masukkan buah pelaga, akar ketumbar, kulit kayu manis, bunga cengkih, halia, lada hitam, lada putih dan serbuk ketumbar serta renih lagi.

▶ Seterusnya masukkan bawang holland, batang celery dan tomato serta renih lagi.

▶ Akhir sekali masukkan cili padi dan perasakan dengan garam secukup rasa.

▶ Masukkan sup kedalam mangkuk dan perahkan limau nipis kedalamnya. Taburkan bawang goreng dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas

▶ Jika ada kesempatan bolehlah hasilkan bawang goreng sendiri kerana ia lebih harum dan ranggup

Kredit Resepi – Resepi Mudah

 

DAGING MASAK BLACKPEPPER

Jika takt ahu nak masa kapa tapi teringin makan ala western, jom cuba buat daging masak blackpepper. Rasa pedas dan manis dia memang awesome!

Selain dengan nasi, boleh juga makan dengan pita dan balut jadikan ala-ala shawarma daging! Sedapnya tu memang tak tahan.

RESEPI DAGING MASAK BLACKPEPPER

Bahan-Bahan yang diperlukan adalah :

  • 500g daging (bahagian batang pinang)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap manis
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 2 tangkai cili merah (potong kasar)
  • Bawang besar holland
  • 2 sudu kecil tepung jagung

 

CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK BLACKPEPPER :

▶ Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.

▶ Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran ½ senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.

▶ Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.

▶ Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bwg.

 

Tips

▶ Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.

Kredit Resepi – Mamapipie.com

BACA JUGA: Aneka Masak Lemak Cili Api Resepi Warisan Ibunda. Hidangan Pembuka Selera Satu Keluarga!

KARI DAGING

Waah! Kari daging masakan yang jarang kita nak masak saje-saje dekat rumah kan? Biasanya dekat kenduri kahwin, kenduri kesyukuran adalah kari daging ni. Sedap juga kan bila buat cicah dengan roti.

RESEPI KARI DAGING

Bahan bahan yang digunakan adalah :

  • 1 kg daging
  • 1 biji bawang besar – cincang
  • 4-5 ulas bawang putih – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 1/2 sudu besar cili kisar – opsyenal
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • Rempah – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 1 kotak santan kotak
  • 1 sudu besar kerisik
  • Gula Melaka
  • Garam
  • Sedikit pes asam jawa
  • 2 biji kentang – potong 4

 

CARA PENYEDIAAN KARI DAGING :

▶ Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis serta bawang bawang dan halia. Tumis sehingga layu dan wangi. Masukkan cili kisar, jika suka.

▶ Tumis sehingga cili garing. Tuangkan serbuk kari yang tidak dibancuh dengan air. Kacau laju laju dalam 1-2 minit sebelum dimasukkan air. Kacau lagi sehingga rempah kari masak.

▶ Masukkan daging dan digaul rata bersama rempah sehingga agak agak air daging kering dan rempah terbit minyak.

▶ Masukkan santan dan air secukupnya. Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk. Masukkan sekali ubi kentang.

▶ Setelah mendidih dan hampir pecah minyak, baru dimasukkan kerisik, garam, asam jawa dan gula Melaka.

▶ Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah air panas sedikit demi sedikit. Setelah daging empuk, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Kredit Resepi – pokok2u

 

DAGING BULGOGI

Ingat dekat Korea je ke boleh makan bulgogi. Eh dekat tempat kita pun ada lah.. Siap boleh buat sendiri lagi. Siapa yang belum cuba makan bulgogi ni, boleh rasa dulu di kedai-kedai korea yang ada dekat Malaysia. Confirm korang suka!

RESEPI DAGING BULGOGI

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 400-500g daging
  • kucai (dihiris)
  • bawang (dihiris)
  • lobak merah (dihiris)
  • daun bawang (dihiris)
  • 2 sudu minyak bijan
  • 1 sudu bijan

 

Bahan perap:

  • 3 sudu besar gulang perang
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 8 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar minyak sayur / minyak zaitun
  • 2 sudu kecil bawang putih cincang
  • 2 sudu kecil halia cincang
  • 1 buah pir yang telah diparut
  • 1/2 sudu kecil lada hitam

 

CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK BULGOGI :

▶ Sediakan bahan perap – campurkan kicap, gula perang, minyak, bawang putih dan halia, lada hitam dan parut buah pir ke dalam campuran.

▶ Masukkan sekali potongan daging dan gaul sebati.

▶ Biarkan daging diperap seketika, selama satu malam ataupun sejam.

▶ Hiris bawang, lobak merah, daun bawang dan kucai.

▶ Grill daging pada suhu tinggi selama 5 minit, bersama sayur dan letakkan sekali. Kecilkan suhu, masukkan bijan dan biarkan daging masak selama beberapa minit.

▶ Ataupun masukkan daging dan sayur ke dalam pressure cooker dan masak dengan perlahan selama 2 jam atau lebih.

Kredit Resepi – Steak and Teeth

 

RENDANG DAGING

Masak pulut kuning, hidangkan dengan rendang daging untuk majlis kesyukuran. Tapi masak rendang extra sikit sebab boleh buat makan dengan nasi putih. Kalau ada lemang atau ketupat pun boleh.


RESEPI RENDANG DAGING

Bahan- bahan yang digunakan adalah :

  • 1 kilo daging (potong ikut suka)
  • 4 cawan santan pekat(drp 2 biji kelapa)kalo x de guna santan kotak 2 kotak kecil
  • 4 cawan air
  • 1 1/2 keping asam keping
  • 2 sdb gula
  • 2 sdt garam(jika kurang sila tambah)
  • Sedikit bahan perasa(jika suka)
  • 4 sdb kerisik(kalo guna dlm peket kecik guna 4 peket)
  • 3 helai daun kunyit(hiris halus)
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 senduk minyak masak utk menumis

 

Bahan kisar :

  • 30 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas putih
  • Halia(sebesar ibu jari nak 2)
  • Lengkuas(buh sikit jer)
  • 5 batang serai
  • 1 1/2 sdb biji ketumbar
  • 1 1/2 sdb jintan manis
  • (kisar semua bahan ini)

 

CARA PENYEDIAAN RENDANG DAGING :

▶ Panaskan minyak.

▶ Tumis bahan kisar..tumis hingga pecah minyak..

▶ Masukkan daging,santan,air dan daun limau purut..masak hingga kuah mula kering..

▶ Masukkan asam keping,gula,garam dan bahan perasa. Teruskan masak hingga kuah rendang pekat..tabur daun kunyit…gaul seketika dan tutup api..

(jika daging masih liat bleh tambah air)

▶ Masaklah hingga daging empuk

Kredit Resepi – Hasni Hassan

 

Bestkan bila ada aneka resepi daging dalam perkongsian macam ni. Senang untuk kita nak pilih untuk buat resepi daging yang mana.

Kepada yang rasa perkongsian ni membantu, jangan lupa untuk share di facebook ye. Mana tahu boleh membantu orang lain juga.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open