Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Sos Perapan Bbq Guna 3 Bahan Ni Je. Hasil Dia Memang Marvellous!
Bila hujung minggu atau ada masa terluang sikit, paling seronok bila dapat berkumpul dengan seluruh ahli keluarga. Time tu lah nak balik kampung, nak ajak datang rumah, nak buat makan-makan, nak buat kenduri doa selamat.
Dan antara makanan yang wajib ada dalam list mestilah berbarbeque! Atau biasa orang panggil BBQ je. Ada family yang ditugaskan untuk buat BBQ, ada family yang ditugaskan masak masakan lain. Waah! Heavennyaaa dapat berkumpul ala-ala family day ni.
Kalau makan bbq ni, antara yang wajib ada mestilah ayam, kambing, daging lembu, dan juga sosej. Bakar guna arang boleh, nak bakar guna pemanggang elektrik pun lebih jimat. Tapi kalau nak ada suasana berkampung dan beramai tu, seronok bakar arang lagi lah kan.
Tak lengkap makan bbq tanpa sos yang sedap. Ada yang suka makan dengan sos black pepper, ada juga yang suka makan sos cendawan. Dua-dua saya suka dan kalau boleh memang nak dua-dua tu ada.
Perapan nak buat memang tak susah. Kadang ada yang jual siap dengan perap dah. Tinggal kita nak bakar aje.
Tapi kali ni saya nak kongsikan resepi Cik Puan Saleha Maarof kita ni macam mana nak buat sos perapan BBQ guna 3 bahan je. Dan sos ni memang sedap dan terasa bahan perapan dia bila kita dah bakar tu. Memang marvellous!
3 BAHAN MUDAH BUAT SOS PERAPAN BBQ
Bahan bahan yang digunakan adalah :
- Serbuk cili
- Sos black pepper ( dalam paket )
- Madu
CARA PENYEDIAAN SOS PERAPAN BBQ :
▶ Mula-mula sekali, campurkan sahaja 3 bahan diatas. Sukatan dia, kita main letak saje ikut yang kita suka.
▶ Cuma sos blackpaper kena lebihkan sedikit. Abiskan sepeket pun takpa. Jika nak pedas boleh lebihkan serbuk cili.
▶ Kemudian, gaulkan dengan lamb slice, potongan ayam kalau nak buat ayam atau beef.
▶ Sebelum mula perap, rasa dulu. Ada pedas, manis madu kira ok dah tu. Adjust rasa ikut tekak memasing ya. Dalam gambar ni memang buat pedas dan lebihkan sos blackpaper nanti sos perap tu masa bakar tak kering.
▶ Bila dah gaul semua sebati, perap lebih kurang dalam 5 atau 6 jam baru mula dibakar. Lagi lama kita perap, lagi sedap. Sebab perapan dia dapat meresap masuk dengan sempurna.
BACA JUGA: Cara Buat Spicy Buttermilk Chicken Yang Simple Dan Mudah. Rasa Dia Serious Sedap Dan Wajib Cuba!
▶ Jika nak buat makan sendiri, boleh bakar guna pemanggang ajaib atau kuali non stick je. ▶ Letak minyak atau butter sikit supaya isi tak kering. Then boleh letak sos perap masa nak pusing-pusing isi supaya lebih sedap dan padu.
Senang je kan nak buat sos perapan BBQ ni? Yang penting guna 3 bahan je tau! Rasa dan hasil dia memang terbaik!
Bila kita dah tahu cara nak buat sos perap bbq yang sedap, lepas ni bolehlah buat selalu. Buat banyak-banyak dan simpankan dalam frozen. Bila nak makan, defrostkan dan tinggal kita nak bakarkan aje.
Yang mana nak cuba tu, saya ucapkan selamat mencuba ye. Dan saya doakan semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua!