Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Cendawan Inoki Goreng Rangup. Seriosu Sedap Dan Marvellous!

0 397

Pernah tak makan cendawan goreng? Mesti pernah kan. Tapi biasa kita makan tu cendawan tiram kan? Buat celup tepung goreng pisang dan goreng dengan minyak panas! Makan pun rangup je.

Tapi tak ramai yang tahu ada satu lagi cendawan yang boleh kita goreng dan rasai kerangupan walaupun dah sejuk tau! Dan tak ramai yang pernah dengar nama cendawan ni. Namanya ialah Cendawan Flammulina Goreng Rangup. Atau nama lainnya ialah cendawan inoki!

Sekali je kalau dah rasa mesti akan suka dan repeat goreng berkali-kali. Nak buat untuk makan saje-saje pun sedap je. Nak buat makan dengan nasi pun boleh. Biasanyalah, kita buat goreng dan makan masa minum petang.

Jumpa resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan kita ni, macam mana nak buat cendawan flammulina atau cendawan inoki goreng rangup ni. Jom saya kongsikan!

 

RESEPI CENDAWAN FLAMMULINA GORENG RANGUP

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Cendawan flammulina velutipes ( juga dikenali enokitake atau cendawan taugeh )
  • 2 biji telur ayam
  • Tepung jagung
  • Cili merah dan hijau untuk hiasan
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN CENDAWAN FLAMMULINA ATAU INOKI GORENG RANGUP :

▶ Mula-mula sekali, pukul sebati telur di dalam mangkuk. Pukul sehingga sedikit kembang.

▶ Kemudian, masukkan cendawan dan salutkan ke dalam telur yang telah dipukul dengan rata.

▶ Seterusnya, salutkan cendawan flammulina dengan tepung jagung sebanyak beberapa kali lapisan. Pastikan setiap ruang cendawan ni tersalut dengan tepung jagung.

▶ Panaskan minyak di dalam kuali. Gunakan api sederhana sahaja dan goreng cendawan lebih kurang selama 2 minit.

▶ Apabila kelihatan kekuningan dan agak rangup, angkat cendawan goreng dan tapiskan minyak.

▶ Seterusnya, taburkan cendawan flammulina goreng rangup dengan taburan cili merah dan hijau yang dipotong kecil.

▶ Boleh taburkan sedikit campuran lada sulah atau serbuk cili dan garam mengikut rasa.

▶ Siap dan sedia dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Simple Masak Maggi Kari Tumis Yang Awesome. Makan Waktu Sejuk Sekarang Ni Memang Padu!

Waah! Mudah je sebenarnya nak buat cendawan goreng ni. Buat untuk minum petang ni memang berebut makan time panas-panas.

Untuk yang baru je tahu pasal resepi cendawan goreng ni, boleh cuba buat cendawan inoki ni. Kalau dah biasa makan cendawan tiram goreng, kali ni tukar dan cuba makan cendawan inoki goreng rangup ni.

Nak buat idea jualan pun boleh, alang-alang jual goreng pisang kan. Masukkan cendawan goreng ni sebagai salah satu menu jualan kita. Sekali orang dah rasa, confirm datang repeat oder tau!

Kepada yang baru nak cuba buat Cara Buat Cendawan Inoki Goreng ni, saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera bersama keluarga!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open