Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Pepes Ayam Kukus Dan Bakar. Resepi Mudah Dan Memang Menjadi!

Pepes ayam mudah
0 1,928

Kalau korang orang Johor, mesti biasa sangat dah makan pepes ayam ni kan. Kalau tempat saya, susah betul nak jumpa pepes ayam ni. Kalau ada dijual pun, kalau makan di kedai dan ianya dijual di gerai-gerai sahaja.

Sebelum ni tak pernah makan pun pepes ayam ni. Tapi pertama kali cuba makan pepes terus suka dan pasti akan makan kalau jumpa tempat yang menjualnya.

Bezanya, pepes yang saya makan sebelum ni adalah pepes ikan yang dibuat menggunakan isi ikan kmebung dan sebagainya. Tapi dalam perkongsian kali ni, saya kongsikan macam mana nak hasilkan pepes ayam pulak.

Resepi daripada Cik Puan Rosmirah Yussof ni nampak jelas dan terang kaedah penghasilannya. Sebab setiap proses yang diperlukan akan disertakan dengan gambar supata kita lebih mudah faham.

Pepes ayam ni saya difahamkan dah ramai yang suka makan. Rasa isi ayam yang digunakan berserta campuran bahan lain tu, memang naik wangi aromanya ketika kita membakarnya. Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan.

 

RESEPI PEPES AYAM

Untuk membuat pepes ayam ni, hanya bahagian isi sahaja digunakan. Kadang-kadang anak-anak memang  susah nak makan ayam bahagian dada ni kan. Jadi, sesuai sangat transform jadi pepes ayam ni, confirm berebut makan!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Isi ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu kecil ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 5 tangkai cili kering
  • Sedikit halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Sedikit daun kunyit ( hiris halus )
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 kotak santan
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 2 biji telur

CARA PENYEDIAAN PEPES AYAM :

▶ Kisar semua bahan yang saya senaraikan di atas kecuali ayam, telur  dan minyak masak. kisar bahan-bahan sampai betul-betul hancur dan lumat.

▶ Kemudian, panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.

▶ Seterusnya, masukkan santan dan kacau sekata. Kerap kan kacau supaya santan tidak berketul

▶ Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

▶ Dah betul-betul masak semuanya, padamkan api dan sejukkan seketika.

▶ Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk lain. Ayam bahagian isi tersebut di potong kepada saiz yang lebih kecil.

▶ Kisar ayam bersama telur sampai hancur dan lumat. Bila bahan tumis tadi dah sejuk, campurkan ayam yang dikisar tadi ke dalamnya

▶ Satukan kedua-duanya dan gaul sebati.

BACA JUGA: Cara Buat Nasi Goreng Lejen Zaman Dulu. Guna Cili Kering Untuk Rasa Pedas Dan Hangat!

▶ Sediakan daun pisang, letak bahan adunan tadi 1 sudu ke atas daun pisang tersebut.

▶ Lipat dengan elok dan kemaskan dengan stapler supaya tidak terbuka.  Buat sampai habis adunan tau.

▶ Panaskan periuk kukus, dan kukus pepes ayam tadi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian boleh angkat dan sejukkan.

▶ Jika ada lebih, boleh frozenkan dan makan kemudian hari. Untuk yang nak makan segera, boleh susun dalam oven, atau bakar menggunakan gril atau dapur pemanggang ajaib pun boleh.

▶ Bila dah betukar warna keperangan, bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan!

Pepes ayam ni, nak makan dengan nasi putih panas-panas pun sedap atau nak amakan ratah macam tu pun boleh. Terpulang kepada kita suka makan yang macam mana. Yang penting rasa dia juicy je bila dibakar tu yang menyebabkan dia jadi lebih sedap tau.

Mudah jugak nak buat pepes ayam ni kan. Mostly bahan yang digunakan adalah apa yang sememangnya ada di dapur asas kita. Mudah nak buat, sebab anak-anak pun suka.

Kepada yang cuba, boleh follow resepi yang saya kongsikan ni ye. Semoga perkongsian ini mendapat memberikan manfaat yang berpanjangan buat korang semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open