Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Masak Halia Yang Mudah Dibuat. Lagi Sedap Dari Makan Kat Kedai!
Nak masak lauk apa malam ni? Jom try resepi ayam masak halia ni. Confirm sedap! Ayam masak halia kat kedai biasanya di masak tumis je. Tapi untuk versi ni kita akan goreng ayam sebelum di campur dengan sos masak halia.
Ayam yang digoreng jugak garing. Di potong kecil dan disalut dengan tepung. Lagi syok masak lauk ni menggunakan isi ayam. Terus masuk kat mulut. Tak risau nak bagi anak-anak makan sendiri.
Resepi ni sangat simple. Orang tak reti masak pun boleh buat. Lauk ni makan dengan nasi putih panas-panas confirm terang kat dibuatnya. Jangan lupa masak telur dadar. Lagi syok nak makan nanti.
Resepi ayam masak halia ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Wan LuQman. Confirm ramai yang suka resepi ni. Tak jumpa orang masak kat kedai lagi. Baik masak kat rumah.
Ramai ye yang share resepi ni kat Facebook. Sampai hari ni resepi ni dah dapat 2.6k share. Mesti dah ramai yang cuba resepi ni kat rumah. Untuk pengetahuan, Encik Wan LuQman ni memang gemar berkongsi resepi di Facebook.
RESEPI AYAM MASAK HALIA
Tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ayam masak halia ni. Step memasak jugak seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan hiris :
- Halia
- Lada merah
- Cili merah (dihiris halus)
- Bawang putih (diketuk hancur)
- Capsicum (optional)
- Isi Ayam
Bahan-bahan lain :
- 1½ sos tiram
- 1sk serbuk pati ayam
- 1sk nampla
- 1sb gula1sk kicap seasoning (optional)
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK HALIA :
▶️ Gaul-gaul ayam dengan tepung jagung. Gaul kering jangan gaul basah.
▶️ Masukkan satu persatu bahan dan pastikan minyak banyak untuk menggoreng.
▶️ Goreng sampai garing atau sampai berubah warna brown.
▶️ Dah masak, letak atas pingan dan ketepikan.
▶️ Seterusnya, sediakan sos masak halia. Tumis semua bahan hiris.
▶️ Masukkan sesenduk air.
▶️ Masukkan pulak air bancuhan tepung jagung. Untuk pekatkan sikit kuah. Baru sedap nak sirup.
▶️ Kuah dah siap, curah atas ayam yang dah goreng tadi.
▶️ Tabur daun bawang & daun ketumbar pun boleh. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Roti Kukus Cheese Leleh Yang Mudah Dan Sedap. Hanya Guna 4 Bahan Sahaja!
Slurp, slurp! Cer buat bunyi hirup. Sedap weh ayam masak halia ni. Confirm basal jadi favourite korang nanti. Boleh buat banyak kuah, boleh juga dikurangkan. Terpulang ikut cita rasa masing-masing.
Curah kuah atas ayam bila kuah dah siap nanti. Nak masukkan ke dalam kuah pun boleh. Masuk ayam siap-siap dalam kuali bila kuah dah didih. Bezanya tekstur ayam goreng tadi tak akan garing.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Wan LuQman kerana sudi berkongsi resepi ayam masak halia yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!