Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Masak Nasi Daging Dan Air Asam Kerisik Utara. Sedap Sungguh!

0 1,001

Nasi daging dan air asam kerisik merupakan menu khas yang terkenal disebelah utara tanah air. Nasi daging sangat sedap dimakan dengan cicahan air asam kerisik yang mempunyai rasa masam , pedas dan juga manis. Satu kombinasi yang amat menyelerakan.

Kalau ke utara, tidak kira sama ada ke Pulau Pinang atau Kedah, pasti rugi kalau anda tidak mencuba menu popular ini. Selain ianya dijual dipasar malam, selalunya menu ini akan dihidangkan di hari perayaan ataupun kenduri-kendara.

Nak keutara dalam keadaan sekarang ni sangatlah susah , bukan hanya mengambil kira kos dan jarak sahaja, tetapi kita tak dibenarkan sama sekali  merentas negeri disebabkan pendemik covid-19 yang semakin meningkat ini.

Jadi, apa kata anda cuba resipi nasi daging dan air asam yang dikongsikan oleh Cik Puan Umi Watie melalui laman facebooknya. Tanpa perlu pergi keutara anda sudah boleh menyediaakannya sendiri dirumah.

Memandangkan sekarang bulan ramadhan, boleh juga kita jadikan menu ini untuk juadah berbuka puasa bersama keluarga. Dapatlah ahli keluarga merasa nasi daging utara yang sedap ini.

 

RESEPI NASI DAGING DAN AIR ASAM KERISIK UTARA :

Cara penyediaan hidangan ini sangatlah mudah. Nasi boleh terus dimasak dalam rice cooker. Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, haruslah direbus lebih lama dalam anggaran masa 2-3 jam. Jom follow cara penyediaanya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Bahan-bahan untuk nasi :
  • 2 cawan beras basmathi
  • 1 cawan susu segar
  • 250 g daging (direbus empuk)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 ulas bwg putih(ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1 batang serai (ditumbuk)
  • 1 sdb lada hitam
  • 4 sekawan
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sdb rempah kurma
  • 1/2 kiub daging
  • 2 sdb Minyak sapi
  • Garam
  • Daun ketumbar

Bahan-bahan untuk air asam kerisik :
  • 2 biji Tomato (potong kecil/kisar kasar)
  • 1 biji bawang besar (potong kecil/kisar kasar)
  • Cili padi (potong kecil/kisar kasar)
  • Daun ketumbar
  • 1sdb Kerisik
  • Air asam jawa
  • Gula perang
  • Garam

CARA PENYEDIAAN NASI DAGING UTARA DAN AIR ASAM KERISIK :
Cara penyediaan nasi daging utara :

▶️ Panaskan kuali. Dengan menggunakan minyak sapi, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan juga serai.

▶️ Bila dah naik bau wangi, masukkan rempah 4 sekawan.

▶️ Bila semua dah kekuningan masukkan rempah kurma, akar ketumbar dan lada hitam. Boleh guna lada hitam kisar dan boleh kurangkan kalau tak nak pedas.

▶️ Dalam periuk nasi, masukkan daging yang sudah direbus empuk, bahan rempah yang sudah di tumis tadi, daun pandan dan juga kiub daging.

▶️ Masukkan 1 cawan susu segar, 3 cawan air dan sedikit garam. Kemudian, masak nasi macam biasa.

▶️ Dah masak nasi taburkan daun ketumbar. Siap!

Cara penyediaan air asam kerisik :

▶️ Kelapa parut di goreng tanpa minyak dengan api kecil. Atau kita panggil sangai.

▶️ Kacau jangan sampai hangit. Bila dah hampir garing. Matikan api.

▶️ Dengan menggunakan batu lesung, tumbuk kelapa parut sampai naik minyak.

▶️ Potong kecil atas kisar kasar bawang, cili dan tomato. Boleh gunakan chopper.

▶️ Masukkan dalam satu bekas bawang, cili, tomato, kerisik, gula perang, daun ketumbar dan garam secukupnya. Kacau sebati.

▶️ Masukkan air asam kacau manja. Dan siap!

 

BACA JUGA: Resepi Roti Telur Cheese Leleh. Menu Minum Petang Yang Simple Dan Pastinya Sedap!

 

Mudahnya. Pasti ramai yang tak sabar mencuba resepi ini kan. Kelebihan masak daging yang banyak urat ni ialah rasa daging tu lagi sedap, cuma agak leceh nak rebus dalam masa yang lama. Lebih mudah dimasak menggunakan pressure cooker.

Nasi daging ni memang wajib makan dengan air asam. Barulah rasanya padu dan terangkat. Cukup lengkap rasa dalam hidangan ni kan. Memang teliur dibuatnya. Sudah pasti anda semua mampu menyediakan nasi daging dan air asam sebijik rasa masakan utara.

Yang dah lama teringin nak makan nasi daging utara, tak perlu risau lagi. Anda semua boleh memasaknya sendiri dirumah tanpa perlu menunggu bila boleh merentas negeri. Semoga resepi nasi daging dan air asam kerisik utara ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open