Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Roti Kukus Cheese Leleh Yang Mudah Dan Sedap. Hanya Guna 4 Bahan Sahaja!
Kami sekeluarga memang suka sangat makan roti kukus. Hari ni saja cari resepi kat Facebook. Terjumpa pulak resepi roti kukus cheese leleh ni. Siap ada cheese lagi. Fuhh! Nampak lagi sedap dari roti kukus yang biasa kami beli.
Petang-petang macam ni memang perut cari je apa boleh dikunyah. Kebetulan dah ada roti dan kaya kat dapur. Tinggal beli cheese je. Nak buat roti kukus ni tak susah mana pun. Bahan pun tak guna banyak sangat. Hanya perlu 4 bahan sahaja.
Time makan memang tak pandang orang sabelah la jawabnya. Roti kukus biasa, mesti korang dah pernah cuba. Kali ni try la pulak roti kukus cheese leleh ni. Hidang panas-panas lagi sedap! Cheese confirm leleh!
Resepi roti kukus cheese leleh ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Amin Faiezah. Ramai jugak yang share resepi ni kat Facebook. Mesti ramai mak-mak yang cuba kat rumah kan.
Mesti anak-anak pun suka roti kukus cheese leleh ni. Especially anak-anak yang suka cheese. Aku tak pernah lagi jumpa roti kukus cheese leleh ni kat kedai. Kalau nak makan kena la masak atau buat sendiri kat rumah.
RESEPI ROTI KUKUS CHEESE LELEH
Memang betul resepi ni hanya perlu guna 4 bahan sahaja. Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan roti kukus cheese leleh ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Roti
- Cheese
- Battercup
- Kaya
CARA PENYEDIAAN ROTI KUKUS CHEESE LELEH :
▶️ Belah roti jadi dua.
▶️ Sapukan batter pada roti dan lapiskan dengan kaya.
▶️ Lepas tu letak cheese diatasnya.
▶️ Kukus dalam 5 minit.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Dory Fish Sweet Sour. Memang Sedap Sampai Licin Pinggan Dibuatnya!
Wah! Nampak lembut dan gebu. Cheese pun mencair elok masa kukus nanti. Aduh! Nampak kat gambar je pun dah terliur aku nak makan. Belum buat lagi. Tak sabar rasanya nak buat roti kukus ni.
Lepas ni aku dah boleh buat roti kukus yang lebih special dari yang aku beli kat luar. Rasa manis, berlemak semua dah ada dalam roti kukus ni. Jom masing-masing cuba resepi ni kat rumah. Sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Amin Faiezah kerana sudi berkongsi resepi roti kukus cheese leleh yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!