Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resipi Bihun Pama Homemade Yang Mudah Dan Sedap. 10 Minit Je Siap!

0 2,153

Resepi bihun pama homemade adalah hidangan yang mempunyai rasa yang sama dengan bihun pama segera. Ianya juga dimasak secara berkuah dan sangat disukai ramai.

Bihun pama adalah jenama bihun segera yang sangat popular. Ianya dijual dalam pek dan siap dengan perencah. Tapi, makanan segera seperti ini tidak boleh selalu diamalkan.

Sesetengah orang akan menjadikan mi segera sebagai stok makanan mereka bila dalam keadaan yang sibuk. Bagi mereka mi segera sangat mudah dimasak dan sedap dimakan.

Untuk menjaga kesihatan tubuh badan, apa kata anda mencuba resepi bihun pama homemade yang dikongsikan oleh Cik Puan Cik Pooja di laman facebooknya. Semoga ianya bermanfaat buat anda semua.

Resepi ini menggantikan bihun pama segera kepada bihun putih jasmin. Semua perencah disediakan sendiri dan cuma perlu mengambil masa 10 minit untuk memasaknya.

 

RESEPI BIHUN PAMA HOMEMADE

Resepi ini menggunakan sukatan 2 orang makan. Kepada yang ingin mencuba resepi ini, ikuti saja cara dan langkah penyediaannya seperti dibawah ini. Sekali sekala nak makan bihun segera tak apa, tapi lebih baik buat sendiri. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 ketui kiub pati ayam maggi
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Sedikit daun sup dan daun bawang (potong)
  • 1 liter air
  • Secubit garam (jika perlu)
  • Secekak bihun

CARA PENYEDIAAN BIHUN PAMA HOMEMADE :

▶️ Panaskan minyak.

▶️ Tumis bawang putih hingga kuning keemasan.

▶️ Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang.

▶️ Setelah kuah mendidih masukkan bihun.

▶️ Reneh sehingga bihun masak.

▶️ Masukkan garam jika perlu.

▶️ Taburkan serbuk cili jika suka pedas.

 

BACA JUGA: Menu Special “Lala Kam Heong” Yang Cukup Enak. Masak Sekali Pasti Jadi!

 

Wah! Ternyata semudah ini cara penyediaannya. Dengan 10 minit anda boleh menghasilkan rasa bihun pama sebenar. Aroma wanginya juga seperti bihun pama. Pasti cukup menyelerakan.

Nak lebih sedap anda boleh menambah isi ayam, bebola, telur atau lobak merah yang dipotong dadu. Nampak lebih lazat bila ada bahan tambahan seperti ini.

Kepada penggemar bihun pama, anda wajib mencuba resepi buhun pama homemade ini. Confirm lebih puas hati! Kurangkan makan makanan segera untuk penjagaan kesihatan anda. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open