Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Ada Nasi Lebih Semalam, Cuba Buat Cucur Nasi Ni. Simple Dan Mudah, Rasa Pun Sedap!

Cucur nasi terlajak sedap
0 2,174

Bila tengok pada gambar keliru sama ada cucur nasi atau keropok lekor? Tapi yang hakikatnya ianya adalah cucur nasi. Nasi lebihan semalam tu jangan dibuang atau dah penat asyik buat nasi goreng aje kan.

Jadi boleh lah cuba buat cucur nasi follow resepi yang saya nak share ni. Sebelum ni pernah juga saya kongsikan resepi cucur nasi, tapi keadaan dan rupanya tidaklah sama.

Untuk perkongsian kali ni, cucur nasi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nina Salleh ni ialah cucur nasi ikan bilis. Seba itulah kita nampak adunan dia berwarna sedikit gelap dan bila digoreng pun persis keropok lekor.

Cucur nasi ni pun antara resepi yang paling simple dan mudah yang boleh kita buat, Kadang-kadang bangun awal pagi tu, bolehlah pelbagaikan sarapan kan. Ada nasi lebih ni, boleh dibuat goreng, asingkan sedikit buat cucur nasi ni.

Rasa dia sedap, cicah dengan sos cili. Berebut dibuatnya kalau makan waktu panas-panas. Kira lengkap lah dalam satu hidangan cucur nasi dengan pelbagai rasa.

 

RESEPI CUCUR NASI

Kalau tidak ada ikan bilis pun tidak mengapa ye kawan-kawan, teruskan sahaja dan ia akan menjadi cucur nasi biasa. Tapi kalau ada lobak merah, atau sayur kucai nak campurkan sekali boleh. Nanti namakan dia cucur nasi sayur.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 cawan nasi sejuk
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan ikan bilis
  • 1 cawan air panas
  • 5 biji bawang merah ( dihiris)
  • Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN CUCUR NASI :

▶ Mula-mula sekali, kisar ikan bilis, nasi dengan menggunakan air panas. Kisar sampai hancur dan masukkan ke dalam satu bekas besar

▶ Kemudian, campurkan kesemua bahan yang lain. Tepung gandum, bawang, dan juga sedikit garam. Jika ada bahan lain seperti sayuran, boleh masukkan sekali ye.

▶ Gaulkan semua bahan dan jadikan dia adunan seperti cucur. Jangan terlalu cair dan jangan pula terlalu likat.

▶ Panaskan minyak, dan goreng dalam minyak panas. Jemput atau sudukan sedikit demi sedikit sampai habis adunan.

▶ Hidangkan dengan sos cili. Dah siap!

BACA JUGA: Resepi Pad Ka Prao Masakan Thailand Yang Awesome. Pedas Dan Padu!

Cucur nasi ni bukan shaja sesuai nak makan untuk sarapan je, nak buat untuk minum petang pun boleh. Sambil santai tengok anak-anak main dekat halaman rumah tu, boleh hidangkan cucur nasi ni.

Jadi, lepas ni kalau ada nasi lebih tak perlu risau lagi. Selain buat nasi goreng asingkan sikit buat cucur nasi ni. Ada banyak pilihan dan cara nak habiskan nas semalam dan elakkan basi dan membazir.

Semoga bermanfaat ye semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open