Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Pelbagai Masakan Ikan Kembung Yang Lazat. Resepi Warisan Turun Temurun Yang Wajib Korang Cuba!
Ikan kembung memang familiar sangat dengan kita, kan? Kiranya macam ikan yang wajib ada dalam peti ais kita. Ye lah, tak mahal sangat tapi sedap!
Ada banyak jenis masakan kita boleh buat dengan ikan kembung ni. Saya kongsikan beberapa resepi yang menggunakan ikan kembung ni. Boleh la kita buat untuk makan dengan family.
ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
Kalau dah nama asam pedas, biasanya kita makan dengan ikan pari atau kalau ke Melaka semua ikan boleh kita dapat makan dengan lauk asam pedas.
Memang sedap tau kalau dapat makan asam pedas ni. Hidangkan sekali dengan telur dadar. Sedapnya! Resepi yang saya kongsikan ni memang sedap dan boleh cuba buat.
RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 3 ekor Ikan Kembung
- Bendi secukupnya
- 1 batang bunga kantan
- seikat daun kesum
- 1 biji tomato
- Air asam jawa
- Air
- Garam dan gula
- cili kisar
Bahan kisar
- 1 biji bawang besar
- 3 atau 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit
- sedikit belacan jika suka
CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG :
▶ Panaskan minyak. Tumis cili kisar sampaai wangi, masukkan cili kisar.
▶ Tumis cili sampai masak dan pecah minyak. Bila cili dah masak elok, masukkan air asam jawa dan Air.. Air tu agak-agak ya jangan terlalu banyaak.. nnti kuah cair.
▶ Masukkan garam dan gula. Kacau sebati dan masukkan daun kesum dan kantan. Dah naik bau masukkan pula ikan
▶ Masukkan juga bendi dan tomato… Sesuaikan rasa.. Biarkan kuah mendidih kejap, tutup api.. Jangan lama sangat masak lepas masukkan bendi dan tomato..
▶ Asam Pedas Ikan Kembung is done.
Kredit Resepi – Anur Musa
IKAN KEMBUNG SUMBAT
Ikan sumbat ni biasa kita makan dengan ikan jacket atau ikan cencaru kan. Kali ini, saya kongsikan menggunakan ikan kembung.
RESEPI IKAN KEMBUNG SUMBAT
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- (2 ekor ikan kembung saiz besar)
- Ikan kembung/cencaru/terubuk/tilapia or ikan-ikan lain yg bersesuaian-letak garam kunyit
- Ikan belah belakang senang nak sumbat kelapa
- Daun kunyit
BAHAN KISAR
- Segenggam kelapa parut yg putih
- Sebatang serai(potong)
- 2 ulas bawang merah
- 1@2 biji cili merah
- Sedikit jintan besar (rujuk gambar)
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Sedikit serbuk kunyit/kunyit hidup
CARA PENYEDIAAN IKAN KEMBUNG SUMBAT :
▶ Mula-mula kisar bahan-bahan kisar di atas. Kemudian gaul rata hingga sekata.
▶ Perasakan dengan bahan perasa. Dan sumbat bahan dalam ikan tadi.
▶ Kalau di kampung, bakar guna sabut kelapa letakkan dalam jarring bakar ikan. Tapi jika tiada balut dengan daun kunyit supaya kelapanya tidak keluar.
▶ Kemudian bakar dalam pemanggang ajaib. Bakar sehingga ikan masak.
▶ Sedia dihidang dan boleh dimakan.
Kredit Resepi – Siti Rohanis Mohamad Roze
IKAN KEMBUNG GORENG SAMBAL
Ada yang suka ikan goreng sambal kering dan ada juga yang banyak kuah. Dua-dua jenis masakan ni sedap jika dimakan dengan nasi putih. Pasti akan buat kita bertambah nasi dua kali. Nak sedap lagi, makan bersama dengan kicap!
RESEPI IKAN KEMBUNG GORENG SAMBAL
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Ikan goreng
- 5 ekor ikan kembung pelaling
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 mangkuk minyak masak
- 6 sudu besar (sudu sup) pes cili kering
- 1 ½ biji bawang besar
- 1 inchi halia
- 1 keping asam gelugur (asam keping)
- 2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk penambah perisa
- ½ cawan air
- 1 mangkuk minyak
CARA PENYEDIAAN IKAN KEMBUNG GORENG SAMBAL :
▶ Pertama, ikan kembung pelaling yang sudah disiang dan dibersihkan digaulkan bersama garam dan serbuk kunyit.
▶ Panaskan minyak di kuali. Setelah panas, goreng ikan hingga kedua-dua belah masak sekata. Tips menggoreng supaya ikan tidak terlalu garing (elakkan keras) gunakan api kecil dan sederhana saja. Apabila ikan masak, angkat dan toskan minyaknya.
▶ Minyak yang sama menggoreng ikan, di singkan separuh untuk menumis bahan sambal. Bawang besar dan halia ditumbuk halus dan digoreng sehingga kekuningan.
▶ Masukkan pes cili kering.
▶ Kemudian, tambahkan air dan kacau rata. Tumis cili ini selama 5 minit sambil digaul mesra untuk memastikan cili masak sempurna. Setelah itu masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.
▶ Apabila tumis cili masak sempurna bolehlah masukkan ikan pelaling yang digoreng tadi. Gaul mesra dan tutupkan api dapur. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit Resepi – Mazwin Nordin
IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG
Fuuh! Sedap tak terkata kalau dapat makan masak pindang ni. Nak buat ikan apa pun boleh tapi dengan ikan kembung pun dah sedap tak terkira.
Nak buat masak pindang ni serious senang je. Semua bahan pun mudah -mudah je semuanya. Jom saya kongsikan cara nya.
RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 2 ekor ikan kembung
- 2 batang serai (dititik)
- 1 biji bawang besar*
- 3 ulas bawang kecil*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 inci kunyit hidup*
- sedikit halia*
- sedikit air asam jawa
- 1 biji tomato (dibelah 4)
- garam secukup rasa
- air secukupnya
CARA PENYEDIAAN IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG :
▶ Blendkan bahan yang bertanda *. Masukkan bahan yang dikisar, serai, air asam jawa
serta air secukupnya ke dalam periuk.
▶ Apabila sudah mendidih, masukkan garam.
▶ Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api masukkan buah tomato.
▶ Setelah masak, bolehlah diangkat untuk dihidangkan
Kredit Resepi – Resepi Sedap
IKAN KEMBUNG MASAK 3 RASA.
Jangan pandang rendah pada ikan kembung. Nak makan 3 rasa guna ikan kembung pun tak ada masalah. Kuah dia sedap, dan ikan pun boleh makan seekor seorang. Jimat-jimat sampai malam.
Ye lah, nak beli siakap takut agak mahal. Jadi kita guna ikan kembung je pun dah boleh rasa sedap tau.
RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK 3 RASA
Bahan-bahan yagng diperlukan adalah :
- Ikan kembung 4 ekor
- 2 biji bawang putih – dicincang halus
- 5 biji bawang merah – dicincang halus
- 8 biji cili merah – dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
- 2 biji tomato – dipotong dadu
- 2 kerat nenas – di potong dadu
- 2 sudu cili boh
- 3 sudu sos tiram
- 2 sudu sos ikan
- Sedikit daun ketumbar
- 1 sudu besar tepung jagung
- serbuk kunyit
- garam
- gula
- serbuk perasa
- Minyak
CARA PENYEDIAAN IKAN KEMBUNG MASAK 3 RASA :
▶ Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung.
▶ Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
▶ Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan.
▶ Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
▶ Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika.
▶ Kemudian, masukkan pula nenas. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
▶ Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.
Kredit Resepi – Resepi Aqilah II
IKAN KEMBUNG PERCIK KELANTAN
Apa beza kuah percik di negeri Kelantan dengan negeri lain? Sudah pasti ada beza nya dari segi rasa dan warna. Kalau di Kelantan, kuah perciknya ada yang warna putih dan rasanya lebih manis.
RESEPI IKAN KEMBUNG PERCIK KELANTAN
Bahan bahan yang diperlukan adalah :
- 4 ekor ikan kembung – lumur garam kunyit
- 1/2 cawan santan pekat – guna 1/2 kotak santan kotak
- 1/2 keping asam keping
- 1 sudu besar gula – kena ada rasa manis
- 1 sudu kecil garam
- 1 batang serai diketuk – tak letak
Bahan tumbuk:
- 1/2 sudu besar cili kisar
- 6-8 ulas bawang merah – kena lebih
- 2 hiris nipis halia
CARA PENYEDIAAN IKAN KEMBUNG PERCIK KELANTAN :
▶ Ikan dikelar dan dilumur garam kunyit. Tumbuk bawang dan halia sehingga halus.
▶ Bakar ikan sehingga masak. Sementara itu, masak santan bersama bahan tumbuk, asam keping, garam dan gula sehingga pekat. Setelah pekat, tutup api.
▶ Setelah ikan masak, dibalik balikkan.
▶ Lumur kuah percik pada ikan dan dibakar lagi. Balikkan dan lumur lagi kuah percik berulang ulang kali. Sedia untuk diangkat.
Kredit Resepi – Azie Kitchen
IKAN KEMBUNG GORENG MASAK ASAM
Ikan kembung yang digoreng garing buat masak asam memang dah sedap makan panas-panas. Tambah lagi diracik dengan bawang dan cili bagi rasa pedas-pedas sikit.
RESEPI IKAN KEMBUNG GORENG MASAK ASAM
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Bahan Ikan Goreng
- 5 ekor ikan kembung
- 1 sudu serbuk kunyit
- 2 cubit garam
- Bahan Tumis
- 1 biji bawang besar (hiris)
- 3 tangkai lada hijau & merah (hiris)
- 1 tangkai cili padi merah (hiris)
- 2 ulas bawang putih (hiris)
- 1 inci halia (hiris)
- 1/2 cawan air asam jawa
- 1 sudu kecil serbuk perasa
- 1-2 cubit kecil gula
CARA PENYEDIAAN IKAN KEMBUNG GORENG MASAK ASAM :
▶ Kelar ikan dan cuci bersih. Kemudian lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga garing.
▶ Di kuali yang sama, kurangkan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau.
▶ Kemudian masukkan air asam jawa, serbuk perasa, gula dan garam.
▶ Akhir sekali, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih seketika. Tutup api. Siap!
Kredit Resepi – RH Kitchen
BACA JUGA: Cara Buat Lepat Ubi Dan Bako Ubi Yang Sedap. Resepi Uwan Dari Kampung!
IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU
Masakan taucu ni memang favourite makanan keluarga. Rasa masin-masin kuah taucu memang sedap di makan dengan nasi panas. Jika lauk taucu ini dibuat berkuah, boleh hidangkan dengan sambal belacan dan timun sebagai ulam.
RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Ikan kembung – goreng garam kunyit
- Cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 1 inci halia
- Air asam jawa
- 4 sudu besar taucu
- Minyak untuk menumis
- Garam gula
CARA PENYEDIAAN IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU :
▶ Goreng ikan.
▶ Tumis bawang besar, bwang putih, halia hingga kekuningan.
▶ Masukkan cili padi, taucu n air asam jawa.
▶ Masukkan ikan, garam, gula.
▶ Biar seketika..
Selamat mencuba
Kredit Resepi – Qaseh Asmida
IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM
Jika tadi ikan goreng masak asam. Kali ini kita rebus pulak ikan kembung ni dan makan dengan air asam. Air asam ni memang terbaik! Bukan hanya ikan, daging rebus dan ayam rebus pun sedap dimakan bersama dengan air asam.
IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 5 ekor ikan kembung
- 2 tangkai cili merah
- 10 tangkai cili api
- 1 biji tomato
- 2 biji bawang besar
- 1 inci belacan
- 30 gram asam jawa
- 150 ml air
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM :
▶ Bahagikan kepada 2 bahagian tomato, bawang besar, cili api dan cili merah untuk kisar separuh dan hiris nipis separuh. Kisar bersama air perahan air asam jawa bersama belacan, garam dan serbuk perasa.
▶ Panaskan air di dalam kuali dan rebus sehingga ikan masak. Anggaran 5-8minit.
▶ Hiris nipis baki bahan kisar tadi dan gaul sebati bersama bahan kisar.
▶ Susun ikan yang siap direbus tadi di dalam mangkuk yang sesuai dan tuang bahan kisar tadi. Selamat mencuba 😘
Kredit Resepi – Mummyzueralicious
IKAN GORENG MASAK KICAP PEDAS
Lauk paling simple dan paling senang nak buat. Dapat lauk ni boleh buat kita bertambah nasi tanpa sedar. Setiap suapan gigit sekali cili padi, fuuh! Memang menyengat.
Resepi simple ni bukan yang bujang je suka. Yang berkeluarga pun suka dari mak ayah sampailah ke anak-anak.
RESEPI IKAN GORENG MASAK KICAP PEDAS
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 3 Ekor Ikan (Digoreng)
- 2 Sudu Besar Kicap Manis
- 1 Sudu Besar Kicap Pekat
- 2 Sudu Besar Sos Cili
- 2 Sudu Besar Cili Bawang Blend
- 1 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 1 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- ½ Biji Bawang Holland (Dihiris)
- Sehiris Halia
- Sedikit Serbuk Kunyit
- Sedikit Serbuk Lada Hitam
- 6 Batang Cili PedasMinyak MasakSedikit Air
- Garam Secukupnya
CARA PENYEDIAAN IKAN GORENG MASAK KICAP PEDAS :
▶ Ikan diperap bersama kunyit dan garam kemudian goreng garing.
▶ Panaskan minyak dalam kuali yang lain dan tumis cili bawang blend.
▶ Masukkan semua bawang, halia dan cili tumis lagi hingga naik bau.
▶ Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sos cili kemudian kacau rata.
▶ Masukkan serbuk kunyit serta serbuk lada hitam dan kacau lagi.
▶ Masukkan sedikit air dan garam kemudian masak hingga mendidih.
▶ Last sekali, masukkan ikan goreng dan gaul sebati.
Kredit Resepi – Buatwanita
Waah! Bestkan ada banyak resepi ikan kembung dalam perkongsian macam ni. Satu perkongsian tapi ada pelbagai resepi yang best. Semua resepi ni senang nak buat, dan sedap dimakan.
Jadi, kepada semua yang rasa perkongsian ini bermanfaat boleh lah dikongsikan kat facebook masing-masing ye.
Selamat mencuba!