Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Kebab Gulung Inti Daging Guna Tortilla Wrap. Resepi Simple Dan Mengenyangkan Untuk Dinner!
Nak buat kebab? Takde roti pita kita guna roti tortilla wrap. Mudah sangat dan yang paling penting resepi kebab gulung inti daging ini sesuai sangat buat dinner. Intinya juga boleh dimakan bersama roti gardenia.
Kebab gulung ini juga sesuai bagi mereka yang tengah diet. Sudah pasti resepi kebab gulung ini mengenyangkan anda. Selain menggunakan daging lembu, anda juga boleh menggunakan daging ayam.
Musim PKP ni kena jaga kesihatan, kalau layan perut, nak makan banyak benda je serial hari. Ibu-ibu dirumah pula dah semakin bijak mempelbagaikan resepi. Ada je resepi baru yang nak dicuba.
Selain menggunakan tortilla wrap. Kebab juga boleh menggunakan roti gardenia. Dengan cara lenyekkan roti, masukkan inti didalamnya dan kemudiannya digulung. Kalau nak roti kat rumah tu cepat habis, cubalah cara ni.
Resepi kebab gulung guna wrap ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nur Natasha Abdullah. Rasa tak sabar pula nak cuba. Anak-anak mesti seronok dapat makan kebab gulung ni. Anak suka, ibu senang hati!
RESEPI KEBAB GULUNG INTI DAGING
Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan. Selain dijadikan menu untuk dinner. Anda juga boleh menghidangkan menu ini untuk sarapan pagi anda bersama anak-anak.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Tortilla wrap
- 4 keping Daging burger (dipotong dadu)
- Sebiji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- Carrot
- Timun jepun (boleh guna timun batang)
- Tomato
- 2 sudu kecil sos cili
- 2 sudu kecil sos tomato
- 1 sudu kecil sos tiram
- 1 sudu kecil mayonis
- 2 sudu kecil sos bbq (Optional)
- Garam danblack pepper secukupnya
CARA PENYEDIAAN KEBAB GULUNG :
▶️ Goreng daging burger sehingga masak. Dah masak toskan untuk buang minyak yang lebih-lebih tu.
▶️ Kemudian, masukkan semua bahan kecuali carrot dan timun. Gaul rata.
▶️ Perasakan dengan garam dan black pepper. Masa ni adjust la rasa sampai kena dengan tekak masing-masing. Boleh tambah sos cili, bbq atau sos tomato ikut sesedap rasa.
▶️ Rasa dah ok, barulah masukkan carrot dan timun.
▶️ Gaul rata sampa carrot dan timun layu. Letak kicap sikit nak bagi nampak gelap. Siap dah inti kebab!
▶️ Panaskan wrap menggunakan pan dan masukkan inti daging didalamnya.
▶️ Kemudian, gulung dan potong. Sedia untuk dimakan.
BACA JUGA: Resepi Lidah Lembu Masak Hijau Bangladesh Dan Salad Tairu. Nak Guna Selain Lidah Lembu Pun Boleh!
Dah siap! Boleh dimakan dengan sos dan juga mayonis. Kalau rindu nak makan kebab yang dijual dipasar malam, bolehlah cuba buat kebab sendiri dirumah. Nak guna roti apa pun tak kisah. Janji intinya sedap!
Kebab gulung juga boleh dihias dengan salad dan tomato. Sebelum digulung masukkan salad dan tomato yang dah dihiris ikut banyak yang anda suka. Sos bbq pula bukan bahan wajib. Kalau ada lagi sedaplah rasanya.
Penting bagi kita menjaga kesihatan. Lebih-lebih lagi musim PKP dan duduk dirumah ini. Semoga resepi kebab gulung inti daging ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!