Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Kuih Lepat Liat Lemak Manis Resepi Legend. Mudah Nak Buat Rasa Yang Marvellous!
Kuih lepat liat lemak manis lejen ni sedap betul dimakan ketika masih suam dan panas. Tak pernah nak tolak kalau dihidangkan kuih lepat liat ni dan kalau ade dijual di kedai confirm beli!
Kuih lepat liat lemak manis ni memang sedap sangat bila dimakan. Dan paling best memang jadi kuih kegemaran satu family. Kalau balik ke kampung, memang wajib minta mak buatkan kuih lepat ni.
Selain daripada kuih lepat ubi lemak manis ni, lepat pisang, lepat labu tapi kuih lepat liat lemak ni antara yang paling sedap dan ramai yang suka. Kalau buat kuih lepat ni, bolehla buat untuk makan pagi atau pun minum petang.
Jom saya kongsikan beberapa kuih lepat liat lemak manis resepi daripada Cik Puan Salmah Shahidan kita ni. Belajar cara mudah nak buat kuih lepat lemak manis dan apa bahan-bahan yang diperlukan.
RESEPI KUIH LEPAT LIAT LEMAK MANIS
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 cawan tepung pulut
- 1 cawan santan pekat*
- 1 cawan gula merah*
- 1 cawan gula putih*
- ½ cawan air* (tambah air jika perlu)
- 2 helai daun pandan* (carik-carikkan dan simpul)
BAHAN-BAHAN LAIN :
- Daun pisang (dilayur dan gunting kiri kanan daun)
- Kelapa parut putih dan garam cikit (untuk inti)
- Minyak masak (untuk sapuan atas daun pisang)
CARA PENYEDIAAN KUIH LEPAT LIAT LEMAK MANIS :
▶ Mula-mula sekali, masak bahan-bahan yang bertanda *. Tak perlu sampai mendidih atau sampai gula larut.
▶ Kemudian, tapi dan sejukkan seketika.
BACA JUGA: Aneka Talam Hidangan Minum Petang Yang Sedap. Resepi Ringkas Dan Mudah!
▶ Masukkan air gula ke dalam tepung sedikit demi sedikit sampailah sebati sehingga menjadi adunan yang lembut.
▶ Sediakan daun pisang yang disapu dengan sedikit minyak masak.
▶ Ambil adunan dalam 2 sudu besar dan leperkan atas daun.
▶ Kemudian letakkan kelapa parut putih di bahagian atas.
▶ Bungkus kemas-kemas dan buat sampai habis adunan.
▶ Panaskan pengukus dan kukus sehingga masak atau selama 40 minit.
Mudah sangat nak buat kuih lepat liat lemak manis ni. Kalau buat tu boleh buat extra dan kongsikan kepada jiran. Confirm mereka suka!
Yang mana baru nak belajar nak buat kuih lepat ni, boleh follow je resepi yang saya kongsikan ni. Serious! Memang mudah nak buat dan senang nak ikut step by step. Boleh cuba buat dan hidangkan untuk keluarga tercinta.
Jangan lupa kongsikan dulu dekat wall facebook masing-masing supaya nanti mudah kita nak rujuk balik. Dan moga-moga orang lain juga dapat manfaat yang sama macam kita.
Selamat mencuba kepada kawan-kawan semua!