Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Mee Bandung Tulang Tak Cukup Semangkuk Nak Hirup. Sampai Licin Dibuatnya!

0 1,723

Pernah makan mee bandung tulang? Mee bandung merupakan masakan yang cukup terkenal di Malaysia. Ianya merupakan salah satu masakan tradisional yang disukai ramai. Lebih-lebih lagi mee bandung muar.

Perkataan bandung bukan menunjukkan tempat tetapi membawa maksud berganda, bergabung dan berpasangan. Ertinya satu hidangan yang digabungkan dengan bahan-bahan masakan lain untuk menghasilkan mee berkuah pekat seperti ini.

Mee bandung boleh dimasak pelbagai cara. Boleh dimasak dengan udang, daging dan juga tulang. Untuk kali ini anda boleh mencuba resepi mee bandung homemade yang dimasak dengan campuran tulang.

Sangat simple dan ada tips memasak yang anda kena tahu untuk menghasilkan kuah mee bandung yang pekat dan sedap. Nak tahu kena ikuti resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Zana Mokhtar ini.

Kuahnya akan pekat, sedap sangat dihirup panas-panas. Tak cukup semangkuk dibuatnya. Musim PKP dan tak boleh nak rentas negeri macam ni, mesti ramai dah rindu nak makan mee bandung muar kan? Jom kita follow resepinya disini.

 

RESEPI MEE BANDUNG TULANG

Bahagikan bahan masakan kepada dua bahagian iaitu bahagian pes dan bahan untuk buat kuah. Ada sesetengah orang yang tak gemar bau kapur. Mee yang digunakan boleh dicelur seketika untuk membuang bau kapur pada mee tersebut.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk pes :
  • Udang kering yang direbus dulu
  • Air rebusan udang kering
  • Cili kering
  • Gula
  • Sedikit biskut Marrie

Bahan untuk kuah :
  • Tulang daging
  • Udang hidup
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sayur sawi
  • Telur
  • Ubi kentang (digoreng dan dilenyekkan)

CARA PENYEDIAAN MEE BANDUNG TULANG :
Cara penyediaan pes :

▶️ Kisarkan kesemua bahan diatas dan tumiskan. Masak untuk dijadikan pes sampai kering.

Cara penyediaan kuah :

▶️ Rebuskan tulang daging sampai empuk dahulu. Air rebusan tu jangan dibuang sebab nak buat stok kuah nanti.

▶️ Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang kita dah buat pes tadi.

▶️ Biarkan seketika sehingga tumisan pecah minyak. Kemudian, masukkan air stok tulang sedikit demi sedikit. Biarkan seketika baru masukkan tulang daging yang kita dah rebuskan tadi.

▶️ Biarkan semesra tulang daging tersebut. Masukkan kentang yang dah dilenyek ke dalam kuah. Tapi sebelum tu kentang tu digoreng dulu baru lah dilenyekkan.

▶️ Masukkan udang, fish cake, fish ball dan pecahkan telur dalam kuah.

▶️ Biar seketika masak dan akhir sekali masukkan sawi.

▶️ Siap dihidangkan bersama mee dan bawang goreng.

 

BACA JUGA: Resepi Popia Ketam Salju Yang Garing Dan Sedap. Padu Isinya, Sekejap Je Habis Makan Waktu Petang!

 

Perasan atau tidak dua bahan yang digunakan dalam resepi ni? Biskut marie dan kentang adalah bahan yang menjadikan kuah mee bandung kita pekat. Siapa sangka fungsi biskut marie tu macam tu kan.

Nak guna udang pun boleh. Terpulang pada diri masing-masing. Kepada mereka yang gemar dengan tulang boleh cuba resepinya disini. Cuba sekali pasti nak lagi. Confirm jatuh cinta dengannya.

Lepas ni dah boleh makan mee bandung secara homemade. Tak perlu beli diluar lagi. Tak boleh nak ke Muar, tapi boleh cuba dirumah. Semoga resepi mee bandung tulang ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open