Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuih Cara Berlauk Guna Trio Cupcake. Mudah Dan Tak Melekat!
Siapa suka makan kuih cara berlauk? Meh follow resepi kuih cara berlauk kat sini. Masak guna trio cupcake je. Lebih mudah dan tak melekat. Cantik elok je kejadiannya. Tak payah bazir duit beli kat luar lagi. Buat sendiri lagi puas hati.
Biasa kita jumpa kuih cara berlauk ni kat gerai-gerai tepi jalan. Dijual untuk sarapan pagi dan minum petang. Kuih cara berlauk ni jugak antara kuih traditional yang ramai penggemarnya. Tak cukup sebijik bila di makan nanti.
Kuih cara berlauk ni sesuai dijadikan hidangan kuih muih di majlis kenduri kendara atau rumah terbuka. Kuih berbentuk separuh bulat yang dihidang lauk di atasnya. Cantik bila dihidang di atas pinggan.
Resepi kuih cara berlauk ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Roslina Shaari Ina Kie. Semestinya ramai penggemar kuih cara ni. Dah lebih 2.6k share di Facebook ye.
Dulu-dulu setiap kali ke tempat kerja, mesti aku berhenti gerai tepi jalan untuk beli kuih cara berlauk ni. Pernah jugak beli kat tempat yang tak berapa nak sedap. Spoil mood nak makan.
RESEPI KUIH CARA BERLAUK
Dah lama teringin nak buat sendiri kuih cara ni. Jumpa pulak resepi yang dah tarik perhatian aku. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kuih cara berlauk ni. Step penyediaannya seperti di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 cwn tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 cwn santan
- 3 cwn air
- 1 sudu minyak masak
- Secubit garam
- Pewarna kuning
*Kisar semua bahan guna blender.
Bahan-bahan inti cara berlauk :
- 2 cwn daging yang telah direbus dan dicincang halus
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
- Carrot sagat secukupnya
- 3 sudu rempah kari daging
- 1 sudu cili kisar
- Daun sup
- Cili besar merah
- Garam, gula & perasa secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN KUIH CARA BERLAUK :
▶️ Panaskan minyak dalam 3 sudu besar.
▶️ Tumis bawang putih dan bawang merah.
▶️ Bila kekuningan masukkan rempah dan cili kisar tadi. Tambah sedikit air dan masak hingga rempah pecah minyak.
▶️ Kacau dan masukan daging rebus yang dicincang. Perasakan pulak dengan garam, gula dan serbuk perasa.
▶️ Masukkan carrot dan kacau sebati. Biarkan kering sedikit. Kemudian, angkat dan sejukkan.
▶️ Tuang bancuhan tepung dalam trio cupcake maker yang telah disapu minyak.
▶️ Masukkan bancuhan tepung. Jangan penuh sangat sebab nak letak inti. Biar sekejap baru letak inti cili merah dan daun sup. Tutup trio cupcake maker tu.
▶️ Anggaran 5 minit kuih cara berlauk pun masak.
▶️ Kuih akan mengembang maknanya dah masak.
BACA JUGA : Resepi Tomyam Seafood Yang Paling Sedap. Ala-Ala Tomyam Kat Kedai Makan!
Siap untuk dihidang! Kuih lembut dan berlauk. Mak ayah pun mesti suka kalau kita buat sendiri kuih ni kat rumah. Makan panas-panas syok tau. Kalau beli kat kedai, mesti kuih dah sejuk.
Yang suka makan kuih cara berlauk kena save siap-siap resepi ni. Mudah je. Mesti korang boleh buat kat rumah. Hujung minggu ni kalau ada masa terluang, boleh la buat kuih ni untuk minum petang keluarga.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Roslina Shaari Ina Kie kerana sudi berkongsi resepi kuih cara berlauk yang mudah di buat ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!