Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Masakan Daging Kicap Pedas. Resepi Simple Dan Mudah Nak Buat Untuk Hidangan Bersama Keluarga!

0 4,437

Pernah tak makan masakan daging masak kicap pedas? Bukan masak kicap biasa tu tau, tapi daging masak kicap pedas ni, sesuai lah dibuat untuk makan bersama dengan nasi minyak, nasi arab, atau dengan nasi putih pun tak ada masalah!

Resepi macam ni simple je sebenarnya nak buat dan semua orang wajib cuba rasa. Sebab rasa dia serious sedap. Cukup rasa rempah dan rencahnya.

Ada yang follow resepi ni untuk buat lauk masakan kenduri, ada yang buat untuk makan bersama keluarga je dan ada juga yang buat salah satu dalam jualan mereka. Yang penting, memang ramai yang suka.

Tengok resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Aisyah Zulaikha ni nampak mudah dan senang je nak follow. Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan dan macam mana cara nak buat resepi ni.

 

RESEPI DAGING KICAP PEDAS

Bahan- bahan yang diperlukan adalah :

  • 900 gram Daging ( boleh juga gunakan daging batang pinang yang frozen tu)
  • 2 batang Serai ( dititik )
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap pekat
  • Lada hitam
  • Gula melaka
  • 2 biji Bawang merah besar
  • Bawang putih (ni ikut suka. Kalau lagi banyak lagi sedap)
  • 10 biji Cili besar 10 ( Boleh tambah cili api klu nak lg.pedas)

CARA PENYEDIAAN DAGING KICAP PEDAS :

▶ Mula-mula sekali, kisar dulu bawang merah, bawang putih dan juga cili besar. Kisar sehingga hancur lumat.

▶ Kemudian, panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga garing.

▶ Masukkan serai dan teruskan tumis sehingga naik bau.

▶ Bila dah cukup garing, masukkan air 1 cawan. Kacau sehingga bahan sekata.

▶ Seterusnya, masukkan sos tiram, sos cili dan serbuk lada hitam. Kacau lagi sebati semua bahan.

▶ Masukkan daging. Daging ni, hiris dulu nipis -nipis sahaja ya. Biarkan sehingga kuah mendidih dan daging empuk je masak.

▶ Bila air dah agak berkurang, boleh masukkan kicap pekat dan gula serta serbuk perasa.

▶ Masak sehingga air betul-betul kering. Untuk lebih mudah boleh je rebus dulu daging menggunakan pressure cooker atau sebagainya.

▶ Bila daging dah cukup empuk, perasakan dengan garam dan perasa.

▶ Rasa dan cukup semuanya, boleh lah padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Sambal Kentang Ikan Bilis Rangup. Hidangan Kesukaan Semua Orang!

Kalau dah siap masakan daging kicap pedas ni, makan dengan nasi panas je pun dah cukup untuk buat kita bertambah nasi!

Nak makan lauk daging kicap ni, dengan nasi putih boleh, nasi berperisa boleh, dengan pulut atau ketupat palas pun marvellous!

Untuk yang baru nak belajar buat resepi daging masak kicap pedas ni,  boleh cuba follow resepi yang saya kongsikan ni. Dan jangan lupa kongsikan dekat wall facebook masing-masing tau. Senang nanti nak scroll balik dan orang lain pun boleh dapat manfaat yang sama.

Saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera kepada semua yang baru nak cuba buat dan hidangkan untuk keluarga tercinta!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open