Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Char Kuey Teow Ala Kedai Makan. Sedap Sangat, Tak Cukup Sepinggan Dibuatnya!

0 6,088

Resepi apa pula nak masak hari ni kan. Jom kita lihat resepi char kuey teow ala kedai makan yang cukup sedap ini. Semalam baru je share resepi kuey teow goreng yang pedas hari ni nak share resepi char kuey teow pula.

Char kuey teow berbeza dengan kuey teow goreng. Dimana char kuey teow dimasak basah atau berkuah. Manakala kuey teow pula dimasak goreng kering.

Bahan masakan dalam kedua hidangan ini boleh dipelbagaikan contohnya menggunakan udang, kerang, ayam atau masak bersama fish cake sahaja. Tapi bila dicampur dengan taugeh makin sedaplah menu char kuey teow kita tu.

Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Liza Idris. Beliau berkongsi sukatan kuah yang lebih dan boleh disimpan didalam peti. Bila nak masak lagi, boleh gunakan terus.

Anggaran kuah boleh dimasak lebih 10 pinggan. Lebih memudahkan para penggemar char kuey teow untuk memasaknya dirumah. Nak makan kat luar sekarang ni bahaya tau.

 

RESEPI CHAR KUEY TEOW

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita cuba buat sendiri char kuey teow ini dirumah. Confirm dapat sebijik rasanya macam kat kedai makan. Tapi yang ni versi puas hati sebab masak sendiri kita boleh control rasanya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk kuah :
  • Anggaran 10 ke 15 ekor Udang
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana
  • 7 ulas bawang putih
  • 4 sdb cili kering kisar
  • 1 1/2 cube pati ikan bilis
  • 10 sdb kicap biasa
  • 2 sdb sos tomato
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sbd petis udang
  • 2 sdb sos ikan
  • 2 sdb gula
  • Sedikit garam

Bahan-bahan untuk menggoreng :
  • 1 paket kuey teow halus
  • Telur
  • Taugeh
  • Kuchai (dipotong)

CARA PENYEDIAAN CHAR KUEY TEOW :
Cara penyediaan kuah char kuey teow :

▶️ Blend bawang besar dan bawang putih. Simpan dulu jangan guna lagi ye.

▶️ Saki baki bawang dalam blander boleh guna. Campurkan air, kocak dan tuang dalam periuk. Didihkan bersama 5 cawan air.

▶️ Masukkan udang dan rebus udang ni dalam 5 ke 10 minit.

▶️ Kemudian, angkat udang yang dah direbus tadi. Air rebusan udang tu ketepikan dulu.

▶️ Udang yang dah direbus, asingkan bahagian kepala. Ambil 10 ekor kepala udang, blend bersama sedikit air rebusan tadi.

▶️ Kemudian tapis untuk dapatkan pati udang sejati. Campur pati udang ke dalam air rebusan itu semula. Ketepikan dulu.

▶️ Sekarang, nak mula masak kuah dahulu. Panaskan minyak, masak dan tumis bawang blender.

▶️ Dah naik bau, masuk cili kering kisar. Kacau sebati sampai pecah minyak.

▶️ Masuk pula kicap biasa anggaran 10 sudu besar. Kacau lagi.

▶️ Letak pula 2 sudu besar sos tiram dan masukkan lagi 2 sudu besar sos tomato. Kacau rata.

▶️ Bila dah pecah minyak, tuangkan air rebusan udang. Dah tuang wajib kena kacau.

▶️ Letak 1 1/2 kiub pati ikan bilis dan jangan lupa masukkan 2 sudu besar sos ikan.

▶️ Kemudian, masuk pula 2 sudu besar gula dan sedikit garam jika perlu.

▶️ Akhir sekali, masuk 1 1/2 sudu besar petis untuk menyedapkan lagi kuah.

▶️ Dah siap tunggu kuah sejuk dan letak dalam bekas simpanan.

Cara menggoreng char kuey teaw :

▶️ Panaskan minyak masak dalam 4 sudu. Masuk 2 ekor udang yang dah direbus tadi. Laraskan api paling kuat.

▶️ Simbah kuah char kuey teow 4 senduk saiz sederhana. Kat sini kena pandai adjust ikut saiz senduk. Teruskan kacau.

▶️ Masukkan segenggam kuey teaw, taugeh dan kuchai. Pecahkan sebiji telur dalam kuali, terus slowkan api tahap maksimum.

▶️ Kacau telur kejap je dan tutup api terus. Siap untuk dihidang! 

 

BACA JUGA: Resepi Puding Roti Dan Sos Kastard Yang Mudah Dan Sedap. Guna Air Fryer Je Confirm Menjadi!

 

Kalau kat kedai jarang dapat kuah yang pekat, bila masak dengan cara ini mesti anda puas hati. Pekat dan sedap sangat. Memikat hati resepi ni tau. Tips masak char kuey teow ni lebih kurang 3 minit je.

Sebab tu buat siap-siap kuahnya. Bila nak makan ambil je kat peti. 3 minit dah siap goreng. Kalau beli kat luar dan bungkus untuk makan dirumah, rasa tak puas hati pula. Sampai rumah je kuey teow kita akan kembang dan dah tak nampak kuahnya.

Bila masak pada api yang besar rasa macam tukang masak profesional lah pula. Ha! Semoga resepi char kuey teow yang sedap ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open