Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Kebab Daging Roti Pita Homemade Guna Daging Ramly! Resepi Simple Dan Marvellous!
Kalau dapat makan kebab daging atau burger daripada daging ramly memang sedap dan confirm tak akan tolak. Dengan rasa dia yang cukup, kuah sos nya banjir dan sedap. Makan dengan apa -apa pun jadi marvellous!
Kalau dekat pasar malam ke, kadang-kadang tu rajin beli kebab daging yang dijual. Tapi tu la, kalau beli satu je tak apa lah juga. Ini sebab satu keluarga suka makan, rasa semangat nak belajar buat supaya dapat buat sendiri je dan hidangkan kepada family.
Sesetengah orang suka makan santai-santai je, ada masak teringin nak makan. Ada orang memang wajib makan setiap kali tahu pasar malam ada. Lain orang lain citarasanya.
Daripada perkongsian Cik Puan Noraslinda Md Radzhi kita ni, nampak mudah dan senang je nak buat dan gambar pun nampak berselera! Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan dan cara nak buat kebab roti pita ni.
RESEPI KEBAB DAGING ROTI PITA
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 bungkus Daging burger Ramli
- Sos tomato
- Sos cili
- Sos tiram
- Sedikit rempah kari daging (jika ada)
- Carot (potong dadu)
- Timun (potong dadu)
- Bawang besar (potong dadu)
- Tomato (dihiris/ dipotong)
- Roti pita
- Mayonis
- Kobis/ salad (diracik nipis,)
CARA PENYEDIAAN KEBAB DAGING ROTI PITA :
▶ Panaskan daging burger Ramli dalam microwave kejap pastu potong dadu. Jika tiada microwave, boleh biarkan sekejap pada suhu bilik sebelum mulakan masak.
▶ Kemudian, panaskan kuali. Cairkan butter sikit pon ok nanti dah masuk daging tu mesti minyak daging keluar.
▶ Seterusnya, masukkan bahan yang dipotong dadu tadi. Tumis sehingga sedikit layu.
▶ Setelah layu sikit bahan tumis tadi, masukkan daging burger bersama rempah kari. Boleh bancuh jadikan pes atau tabur terus dalam kuali pun tiada masalah.
▶ Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Gaul semua bahan sekata.
▶ Setelah sebati, masukkan sedikit garam dan bahan perasa.
▶ Sediakan roti pita dan mayonis. Roti pita dipotong dua. Sapukan disekeliling dalam roti pita dengan mayonis.
▶ Isikan inti tadi separuh dalam roti pita kemudian sapukan sikit mayonis di atasnya kemudian penuhkan lagi dengan inti.
BACA JUGA: Resepi Legend Kek Buah Yang Sedap Dan Moist! Hidangan Wajib Ada Ketika Hari Raya!
▶ Sapukan mayonis diatas skali bersama dgn cili sos dan sos black pepper.
Siap dan sedia dinikmati!
Waah! Memang mewah rasanya kebab roti pita kita ni. Jika ada yang suka cheese, boleh letakkan sos cheese di bahagian atas kebab pita kita.
Untuk makan malam, bagi menggantikan nasi bolehlah buat kebab roti pita ni. Satu portion pun dah cukup buatkan kita kenyang.
Sesetengah tempat memang ada yang susah nak dapatkan roti pita, jadi boleh gunakan roti sosej yang panjang tu atau jika tiada, gunakan roti gardenia pun boleh.
Kepada yang baru nak mencuba buat kebab roti pita ni, follow je resepi yang saya kongsikan ni, serious mudah dan rasa dia sedap!
Selamat mencuba saya ucapkan kepada semua!