Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kuih Lapis Keledek Ungu Yang Sedap Berlemak! Resepi Warisan Bonda Dari Kampung!

0 2,408

Pernah makan dengan kuih lapis tapi warna pink dan putih sahaja. Tapi kuih lapis keledek ni menarik betul dengan warna ungu daripada keledek yang digunakan.

Kuih yang lembut macam ni, sesuai untuk semua golongan baik tua dan muda. Dengan rasa dia yang berlemak, sedap dimakan untuk buat makan pagi atau minum petang. Hidangkan dengan teh o panas.

Bila terjumpa dengan resepi cara nak buat kuih lapis keledek ni, teruja je rasa nak cuba sebab nampak senang dan mudah. Perkongsian daripada Cik Puan Raja Amanina kita ni, boleh save dulu dan share dulu supaya mudah kita nak buat nanti.

Jom saya kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara nak buat kuih lapis keledek ungu ni. Kenapa keledek ungu sebab kita gunakan ubi keledek ungu bukan keledek oren.

 

RESEPI KUIH LAPIS KELEDEK UNGU

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan keledek ungu – direbus & dilenyek
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung jagung
  • 2 cawan santan pekat
  • 4 cawan air (boleh lebihkan air 1/2 cawan lagi)
  • 1 cawan gula
  • ½ sudu teh garam
  • Pewarna pink & biru (Star brand) – warna purple tu saya mix pewarna biru dan pink

BACA JUGA: Cara Buat Putu Bamboo Homemade Yang Sedap Dan Lembut! Guna Acuan Lompang Je Semua Boleh Buat!

CARA PENYEDIAAN KUIH LAPIS KELEDEK UNGU :

▶ Mula-mula, basuh bersih ubi keledek dan rebus hingga lembut. Bila dah lembut, lenyekkan hingga hancur.

▶ Kemudian, satukan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula, garam, air dan juga santan. Gaul hingga sebati.

▶ Seterusnya, kisar adunan bersama keledek ungu yang kita lenyekkan tadi.

▶ Bahagikan kepada beberapa bahagian. Ikut berapa warna yang kita ada dan nak gunakan.

▶ Warnakan mengikut bahagian adunan yang ada

▶ Sediakan loyang. Dan oleskan dengan minyak.

▶ Panaskan pengukus sehingga air mendidih.

▶ Kukus lapisan pertama selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan lagi lapisan kedua dengan warna lain. Kukus lagi 5 minit. Ulang sampai habis adunan.

▶ Untuk lapisan akhir, kukus lama sikit anggaran dalam 15 minit hingga 20 minit.

▶ Dah siap kukus, sejukkan dahulu baru sedia untuk dipotong.

Bila dah siap, rasa lagi tak sabar nak menjamu selera dengan kuih lapis keledek ungu ni. Cara nak buat simple je tapi rasa sedap dia buat kita rasa tak boleh nak lupa.

Kalau ada ubi keledek ungu lebih dan tak tahu nak buat apa, boleh cuba buat kuih lapis keledek ungu ni untuk hidangan minum petang.

Untuk yang baru nak belajar, boleh ikut resepi kuih lapis keledek ni je dan follow step by step. InsyaAllah hasil dia rasa memang lembut dan berlemak elok je.

Jangan lupa sharekan dekat facebook masing-masing ye. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada korang dan kawan-kawan yang lain.

Saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open