Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 136

Nak masak apa malam ni? Jom try resepi daging masak merah ala Thai ni. Cantik giler warna dagingnya. Mesti korang nak tahu macam mana cara masak daging ni kan. Nampak sangat menyelerakan.

Kalau pegi makan kat restoran Siam, mesti nampak warna daging dia lain dari masakan orang melayu. Ingatkan pakai bahan pewarna semata. Rupanya guna sos bawang warna merah pun boleh. Lagi sedap ye. 

Daging yang digunakan perlu di rebus terlebih dahulu. Terus rebus dengan pewarna merah atau sos bawang merah. Dah siap nanti boleh la sejukkan dulu sebelum di hiris nipis. Daging liat ni boleh buat mood makan hilang tau. 

Resepi daging masak merah ala Thai ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Aisyah Humaira. Ramai yang share resepi ni. Cara masaknya pun tersangat lah mudah. Senang nak hidang untuk makan malam ni. 

Daging masak merah ala Thai ni kalau nak makan macam tu pun dah sedap ye. Licin sepinggan dibuatnya. Kuah daging pun pekat. Siap boleh letak sayur lagi dalam masakan ni. Tak payah nak masak sayur asing lagi. Jimat masa dan tenaga.

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA THAI 

Nak daging lembut, kena follow tips rebus daging kat sini. Jom sambil tu kita tengok semua bahan-bahan memasak yang diperlukan. Step penyediaannya daging masak merah ala Thai ni seperti di bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Daging secukupnya cuci bersih dan rebus hingga empuk bersama sos bawang atau boleh juga guna pewarna merah. Rebus 30-35 minit menggunakan api kecil. Kalau air kering tambah lagi. Bila daging dah empuk sejukan dan hiris nipis-nipis. 

 

Bahan-bahan tumis :  
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji bawang besar dihiris tebal
  • 4 sudu besar ibu sambal atau boleh juga guna cili boh sahaja
  • 4 sudu besar sos cili @sajimalaysiaofficial
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos merah bawang (kalau takde boleh guna beberapa titik pewarna merah)
  • 1 sudu besar penuh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • Garam, gula, secukup rasa dan serbuk perasa jika perlu
  • Tambahan: apa-apa sayur kegemaran

CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK MERAH ALA THAI : 

▶️ Panaskan minyak dan tumis bawang putih.

▶️ Masukkan daging bila hampir garing masukkan bawang besar dan semua jenis sos dan bahan berbaki satu persatu kecuali air tepung jagung dan sayur.

▶️ Setelah mendidih masukkan air tepung jagung, sayur dan air mengikut banyak kuah yang diingini kacau sebati.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah. Nampak Semacam Je, Tapi Sedap Giler!

 

Resepi simple semudah abc! Biasanya nak masak daging ni kena potong hiris dulu. Untuk lauk ni, kena rebus seketul daging tu dulu barulah di hiris nipis untuk dimasak merah ala Thai ni. 

Hidang lauk ni dengan nasi putih panas-panas lagi sedap ye. Yang suka makan pedas, boleh hiris cili padi dan masuk dalam masakan ni. Fuh! Lagi pedas lagi syok nak makan. Try la lauk ni kat rumah nanti. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Aisyah Humaira kerana sudi berkongsi resepi daging masak merah ala Thai ini di Facebook. Semoga ianya befmanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open