Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Roti Putih Yang Lembut Dan Sedap. Resepi Mudah Comfirm Jadi!

0 2,018

Semua orang suka makan roti. Tak kisah jenama apa pun, kalau dapat roti macam-macam menu kita boleh buat. Paling simple, sapu kaya atau jem pun dah sedap.

Tapi baru je beli cepat sangat habis. Sebab rumah ni ramai yang suka. Sekali nak buat apa-apa dah separuh pelastik roti Panjang tu habis.

Jadi, daripada beli apa kata kita buat sendiri je. Nak buat banyak pun jimat dan lebih berbaloi. Roti dia pun elok je menjadi lembut. Oh ya! Resepi dari Encik Muhamad Muktamin Abdul Karim ni ajarkan kita guna Bread Maker tau. Mudah!

 

RESEPI ROTI HOMEMADE YANG LEMBUT

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 180 ml air suam
  • 22 ml minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 5 sudu besar gula
  • 160g tepung tinggi protein
  • 140g tepung wholemeal
  • 1 sudu kecil @ ½ sudu besar SAF-instant yeast

CARA PENYEDIAAN ROTI HOMEMADE :

▶ Masukkan bahan-bahan basah.

▶ Masukkan bahan-bahan dengan susunan berikut :

🔸 tepung tinggi protein

🔸 tepung wholemeal

🔸 gula dan garam letak di sudut-sudut pan (bekas).

🔸 Yeast letak di tengah-tengah jangan bercampur dengan bahan-bahan lain.

▶ Tutup breadmaker, kemudian pilih WHOLEWHEAT di menu( *bergantung jenis mesin pembuat roti), yang saya pakai jenis Russel Taylor’s.

▶ Pada proses kisaran pertama, jika terdapat adunan melekat pada dinding pan, seperti dalam gambar, boleh guna spatula untuk mengikis/menangggalkannya supaya semua bahan dikisar bersih sepenuhnya.

** Ini penting untuk memastikan kelancaran proses kisaran dan kerana pembentukan roti yang cantik bermula dari awal proses kisaran.

** Jika rasa adunan agak kering, boleh tambah sedikit minyak untuk melicinkan proses kisaran/STIR.

▶ Selepas proses kisar/STIR ialah REST/rehat. Boleh buka penutup pan, betulkan / kemaskan posisi adunan dengan menggunakan spatula. Bentukkan adunan menjadi bulat dan kemas.

▶ Pada proses perapan terakhir iaitu lebih kurang 1 jam lagi (masa yang dipaparkan pada timer) sekali lagi boleh gunakan spatula tahan panas untuk bentuk adunan dengan kemas seperti sebuku roti, letakkan di bahagian tengah.

** Adakalanya tidak perlu kerana kedudukan adunan memang sudah elok di bahagian tengah,bentuknya juga sudah cantik.

** Boleh juga biarkan saja BM bekerja sehingga roti masak tanpa perlu berbuat apa-apa lagi setelkan memasukkan bahan jika anda tidak kisah dengan bentuk. Nasiblah adakalanya ia terbentuk dengan cantik, adakalanya mungkin tidak.

BACA JUGA: Aneka Resepi Berasaskan Milo Yang Unik Dan Sedap. Jangan Pandang Rupa Tapi Cuba Rasa Comfirm Suka!

▶ Pada proses FERMENT/PERAP terakhir, bila adunan TELAH MENGEMBANG PENUH (sebelum proses BAKE/BAKAR) taburkan bijirin pilihan dan biarkan proses membakar sehingga selesai.

▶ Keluarkan pan dari BM dan letakkannya di atas jaring. Biarkan dalam setengah/satu minit.

🔸 Jangan terlalu lama kerana roti akan berpeluh di bahagian bawah.

▶ Kuis sedikit bahagian dinding pan untuk memudahkan proses mengeluarkan roti yang sudah masak. Tutup pan dengan papan kek/chopping board dan terbalikkan pan. Dengan berhati-hati tarik pan ke atas, dan terbalikkan roti kepada kedudukan asal.

▶ Sejukkan sebentar sebelum dipotong. Sangat sedap dimakan panas-panas. Lebihan sila simpan dalam plastik/bekas kedap udara. Boleh tahan dalam beberapa hari.

Waah! Mudah je nak buat roti guna breadmaker ni. Masukkan je semua bahan, biarkan roti tu diadun. Jika ada yang lekat tepi-tepi bersihkan je dengan spatula.

Kepada yang tak ada breadmaker ni, boleh juga uli pakai tangan tapi agak lenguh juga lah. Untuk lebih mudah, beli je breadmaker sis. Saya tengok harga dia insyaAllah berbaloi.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open