Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Juiciest Nugget Homemade Yang Dijamin Bersih Dan Sedap. Anak-Anak Pun Suka!

0 76

Semua anak-anak pun suka makan nugget. Bukan tak boleh beli kat luar, tapi frozen food yang kita beli kat luar ni tak tentu elok lagi. Baik buat sendiri kat rumah. Nak buat nugget tak susah pun. Follow je resepi juiciest nugget homemade ni kat sini.

Tekstur nugget ni rangup di luar dan lembut di dalam. Juicy gitu! Buat nugget homemade ni lebih terjamin bersih dan selamat untuk anak-anak. Boleh buat banyak-banyak dan frozenkan dalam peti. Time Nak Makan je, boleh keluarkan dan goreng.

Anak-anak dengan nugget memang tak boleh dipisahkan. Makan nugget dengan nasi putih cicah sos dan mayonis pun diaorang dah happy. Dah rasa kenyang. Nugget homemade ni korang boleh masak untuk bekal anak-anak ke sekolah ye.

Bukan tak caya nugget yang jual kat luar. Tapi tak yakin cara pembersihan ayam yang digunakan tu. Sebolahnya kita nak isi ayam je dalam nugget ni. Tak nak ada campuran lemak atau kulit ayam. Kolestrol dia sangat lah tinggi. Bahaya untuk anak-anak!

Resepi juiciest nugget homemade ni telah di kongsikan oleh Encik Zulkifli Mat. Resepi ni dapat 2.2k share kat Facebook. Mesti ramai ibubapa yang pentingkan makanan yang baik untuk anak-anak. Buat nugget homemade ni tak susah mana pun.

 

RESEPI JUICIEST NUGGET HOMEMADE

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan juiciest nugget homemade ni. Step memasak seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
Bahan A : 
  • 2 keping dada ayam
  • 2 biji telur (saiz kecil)
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu tepung serbaguna
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada sulah

 

Bahan B : 
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu serbuk kari ikan
  • 1 sudu kecil smoked paprika
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • + 1 cawan air

CARA PENYEDIAAN JUICIEST NUGGET HOMEMADE : 

▶️ Blend semua bahan A.

▶️ Kemudian sediakan bahan B, dalam 1 bekas atau loyang yang sesuai. Mix well!

▶️ Siap blend bahan A, scopkan mengikut bentuk yang kita nak dan masukkan kedalam bekas yang ada bahan B.

▶️ Ratakan acuan ke bahan B dan asingkan ke dalam pinggan lain.

▶️ Selepas siap ratakan acuan, lebihan tepung bahan B campurkan dengan sedikit air kemudia mix.

▶️ Sediakan 1 mangkuk serbuk roti, ambil acuan tadi masukkan ke dalam bekas tepung + air dan last sekali masuk ke dalam serbuk roti.

▶️ Ulang langkah sehingga acuan nugget habis dan boleh goreng dalam minyak panas.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Apple Crumble Yang Marvellous. Rasa Crumble Macam Vanilla Cookies!

 

Dah siap pun nugget homemade kita. Nak Buat nugget homemade ni ada banyak cara. Sebelum ni resepi nugget tempura pun dag pernah share kat blog ni. Tinggal pilih je mana satu yang korang nak cuba nanti.

Nak kisar daging ayam ni tak perlu guna blander. Guna chopper pun dah boleh. Jangan campur air. Mix macam tu je. Lepas ni tak beli nugget kat luar lagi. kita buat kat rumah je. Lebih sedap dan dijamen bersih.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Zulkifli Mat kerana sudi berkongsi resepi juiciest nugget homemade ni kat Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open