Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Asam Pedas Versi Kelantan. Resepi Simple Dan Mudah Nak Follow!
Biasa kita dengar asam pedas mesti teringat yang Melaka kan? Sebenanrnya kalau buat asam pedas ni negeri masing-masing ada cara tersendiri. Termasuklah negeri Kelantan di mana mereka juga ada asam pedas Kelantan.
Setiap orang punya rasa tersendiri, bahan-bahan yang digunakan juga tidak semuanya sama. Masing-masing ada tip bagaimana untuk hasilkan rasa yang sedap dan kena dengan tekak masing-masing.
Sebelum ni saya pernah kongsikan cara nak buat asam pedas Melaka, jadi kali ni saya kongsikan macam mana nak buat asam pedas versi Kelantan pulak, okay!
Jadi, yang mana pernah rasa asam pedas Kelantan ni, lepastu mungkin terjatuh hati dan tak tahu macam mana nak buat, ikut je resepi ni. InsyaAllah menjadi.
Perkongsian resepi ni adalah daripada Cik Puan Nur Ainaa. Terima kasih sebab sudi kongsikan resepi asam pedas versi Kelantan ni. Sekurang-kurangnya ia membantu mereka yang betul-betul mencari resepi ni.
RESEPI ASAM PEDAS KELANTAN
Nak buat asam pedas ni ianya terpulang kepada kita nak gunakan ikan apa. Ada yang suka gunakan ikan tenggiri, ikan patin, ikan baung, ikan merah, atau ikan kembung pun boleh. Yang mana ada dalam peti, itulah yang kita guna.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ikan
- 1 sudu kecil Garam
- 1 keping Asam keping
- 2 biji Cili masak
- 4 biji Cili padi
- 1 sudu makan Gula
- 3-4 tangkai Daun kesum
BAHAN KISAR :
- Kunyit hidup
- Lengkuas
- Cili Api
- Bawang merah
- Bawang putih
- 1 tangkai lada kering
- 1 sudu besar beras
CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS KELANTAN :
▶ Potong ikan kepada bahagian kecil, basuh bersih dan toskan.
▶ Kemudian, susun dalam periuk.
▶ Sementara tu, kisar semua bahan kisar di atas. Kisar sampai hancur dan lumat.
▶ Seterusnya, siram atas ikan. Kocak sedikit air dan tuangkan dalam periuk.
▶ Taburkan sedikit garam, gula, asam keping dan cili masak.
▶ Buka api dan renehkan bahan. Biarkan bahan masak sendiri sehingga mendidih.
▶ Pastikan ikan betul-betul masak. Masukkan daun kesum.
▶ Biarkan seketika, rasakan. Jika rasa dah okay, boleh padamkan api.
Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Kue Teaw Goreng Basah Seafood. Tengok Sekali Pun Nampak Berselera!
Bila dah siap, memang bau dia sangat sedap. Masakan orang Kelantan biasanya memang agak manis sedikit. Namun, jika kita tidak suka manis boleh kurangkan gula dalam masakan ye.
Bagi yang berkahwin dengan orang Kelantan tu bolehlah cuba buat masakan asam pedas versi Kelantan ni. Hidangkan kepada pasangan dan mak ayah mertua kita. Mana tahu bertambah sayang jadinya sebab pandai masak makanan mereka.
Kemudian, sharekan di facebook tau resepi ni supaya lebih ramai yang yang dapat manfaat macam kita. Selamat mencuba ye!