Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Agar-Agar Lumut Pandan Simple. Makan Waktu Sejuk Memang Padu!

Agar-agar santan
0 2,990

Jika diberi pilihan, agar-agar lumut pandan atau agar-agar lumut gula merah yang menjadi pilihan? Sudah pasti ramai yang sukakan pandan kan. Selain warna yang menarik, rasanya juga lebih sedap dan bau yang wangi.

Tapi memang tidak dinafikan ada juga yang sukakan agar-agar lumut gula merah punya. Nak lebih sedap, makan waktu sejuk baru keluar dairi peti ais. Memang masuk mulut tak sempat nak gigit dah capai potongan kedua.

Kalau memasak atau sediakan makanan, biasanya kita lebih suka sediakan yang ringkas dan cepat tapi rasa yang sedap. Nak-nak lagi bila satu family suka makan apa yang kita buat dan sediakan.

Bagusnya pemilik resepi agar-agar lumut yang saya nak kongsikan ni, dia kongsikan cara nak buat agar-agar lumut pandan. Namun katanya boleh digunakan untuk buat yang jenis gula merah juga.

Terima kasih kepada Cik Puan Azie Jijie sebab sudi kongsikan resepi agar-agar lumut yang mudah ni. Buat lepaz makan tengah hari, dan hidangkan untuk minum petang. Sedapnya!

 

RESEPI AGAR-AGAR LUMUT PANDAN

Untuk yang nak buat versi gula merah, boleh abaikan penggunaan daun pandan dan pewarna hijau yang digunakan. Gantikan dengan air biasa dan gula merah sebagai pewarna.

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
  • 20 – 30 gram agar-agar tali
  • 1 liter air
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur gred B
  • 350 ml air pandan
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • 300 ml santan ( jenama kara)
  • ½ sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR LUMU T PANDAN :

▶ Panaskan air  dan masak agar-agar sehingga hancur dan betul-betul larut.

▶ Kemudian, masukkan air daun pandan pewarna hijau, gula dan juga garam. Kacau bagi sebati. Masak sampai mendidih.

▶ Sementara tu, kisar santan denagn telur smapai hancur dan sekata.

▶ Bila dalam kuali dah mendidih, tuang bahan yang kita kisar tadi dan teruskan kacau sampai mendidih Kembali.

▶ Bila dah mendidih, masukkan ke dalam loyang. Biarkan suam sekejap masukkan dalam peti sejuk.

▶ Cukup 1 jam atau lebih, agar-agar dah mengeras, boleh potong dan hidangkan.

BACA JUGA: Cara Buat Asam Pedas Versi Kelantan. Resepi Simple Dan Mudah Nak Follow!

So dah siap agar-agar lumut pandan kita. Jika yang suka gula merah punya, boleh follow juga resepi ini cuma gantikan sahaja beberapa bahan tadi.

Agar-agar lumut ni biasanya ramai yang risau nak buat sebab takut tak menjadi. Tapi sekali kalau dah menjadi, memang korang akan tak sabar nak buat lagi. Sebab agar-agar ni tidak terlalu plain dan ada rasa lemak di bahagian atasnya.

Mudah je sebenarnya nak buat. Kita yang baru nak belajar pun, boleh buat kalau ikut betul-betul resepi yang saya kongsikan ni.

Saya berharap sangat agar perkongsian resepi agar-agar lumut pandan dan dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Jangan lupa sharekan juga di media sosial facebook korang supaya lebih ramai yang dapat manfaat yang sama.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open