Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Mak Mertua Hidangkan Masakan Ayam Malbari Sedap Dan Pedas. Tak Sangka Rupanya Menu Ciptaan Sendiri!
Sebelum ni tak pernah dengar pun nama masakan ayam malbari ni sebenarnya. Tapi rasa ayam ni memang padu. Pedas dan rasa berempah dia semua lengkap!
Tertarik bila baca perkongsian daripada Encik Hardi Morez yang pergi makan di rumah mertuanya. Dan dihidangkan lauk ayam malbari ni sebagai salah satu hidangan. Sekali masuk mulut, makan dengan nasi panas, memang terus jatuh cinta.
Paling menarik siap google nak cari masakan tu tetapi tidak berjumpa. Manakan tidak, sebab resepi ayam malbari ni resepi original daripada mak mertuanya sendiri. Terus minta isterinya belajar dan jadi makanan kegemaran sehingga hari ni.
Bila dilihat pada resepi dan bahan yang digunakan ni, semua bahan mudah dan kita pun boleh cuba. Teringin juga nak rasa ayam malbari resepi mak mertua beliau ni kan. Kena dengan tekak kitab oleh lah buat selalu.
Jom saya kongsikan bahan-bahan yang digunakan dan cara-cara nak masak masakan ayam malbari yang sedap, pedas dan awesome ni!
RESEPI AYAM MALBARI
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 500 gram dada ayam dibuang kulit
- 1 ½ biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 5 tangkai cili kering
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 1 sudu makan lada hitam
- 1 sudu makan asam jawa
- 4 sudu makan kicap pekat
- Garam pink Himalaya secukup rasa
CARA PENYEDIAAN AYAM MALBARI :
▶ Mula-mula sekali, lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Ready untuk digoreng.
▶ Panaskan minyak masak, dan goreng ayam sehingga 3 suku masak. jangan masak sepenuhnya.
▶ Dah siap goreng, tos dan ketepikan sekejap.
▶ Sangat semua bahan kecuali kicap dan asam jawa. Sangai sekejap sehingga bawang nampak sedikit layu.
▶ Bila dah layu, kisar semua bahan dengan sedikir air. Jangan banyak sangat ye.
▶ Kemudian, panaskan minyak dan tumis ¾ biji bawang besar sehingga kekuningan. BAwang ni tiada dalam senarai bahan.
▶ Bila bawang dah garing sikit, masukkan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak.
▶ Seterusnya masukkan kicap pekat bila bahan tadi dah pecah minyak sepenuhnya.
▶ Bancuh air asam jawa, dan masukkan sekali dengan kicap pekat tadi. Kacau sebati dan masukkan sedikit garam
▶ Biarkan mendidih atas api lebih kurang selama 1 minit.
▶ Kemudian, masukkan ayam yang kita goreng pada awal tadi. Gaulkan supaya ayam tersalut elok dengan bahan kuah tadi.
▶ Biarkan ayam masak sepenuhnya, kemudian barulah padamkan api!
BACA JUGA: Cara Buat Rendang Ayam Pedas Terangkat! Resepi Turun Temurun Nenek Di Kampung!
Bukan main menarik lagi resepi yang brader kita ni sharekan. Tapi kalau tengok pada kejadiannya, memang nampak sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas berasap tu! Kuah buat lebih sikit supaya sedap digaul bersama nasi.
Kalau dapat lauk macam ni, bukan dia je boleh tambah nasi. Sebab kita yang tengok pun boleh jadi berselera. Tapi lauk masakan ayam malbari ni pedas tau! Hanya sesuai untuk yang suka makan pedas dan boleh kurangkan penggunakan cili kering jika suka.
Jadi kepada yang nak mencuba resepi baru menggunakan ayam boleh masukkan resepi ayam malbari sedap dan pedas ni dalam list kita ye. Sedap dibuat untuk hidangan tengah hari atau makan malam. Cubalah! Mana tahu ada ahli keluarga yang suka.
Apa-apa pun terima kasih kepada pemilik resepi ni. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua.
Selamat mencuba!