Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kue Teaw Goreng Basah Seafood. Tengok Sekali Pun Nampak Berselera!

0 1,352

Selain nasi, apa makanan yang biasa jadi pilihan? Kalau saya ofcourse lah kue teaw goreng basah seafood. Haa wajib ada seafood barulah boleh membangkit selera kita supaya dapat makan bertambah-tambah kan.

Sesekali nak makan di kedai memang tak ada masalah. Tapi dah alang-alang ramai nak makan, bahan kuw teaw pun ada. Inilah masanya nak tunjukkan skill masak kuet teaw yang kita simpan selama ni.

Nak buat kue teaw goreng basah seafood ni, tak boleh buat sikit. Sebab setiap kali buat mesti tak cukup. Walaupun dalam rumah tak ramai mana.

Resepi Kue Teaw Goreng Basah Seafodd ni, saya sharekan daripada Cik Puan Nurul Ateekah ni. Geram betul tengok pada gambar yang beliau kongsikan ni.

Kalau dapat makan dengan cabai jeruk, bertambah marvelloous jadinya kue teaw goreng basah seafood ni. Jom saya kongsikan apa bahan yang digunakan dan macam mana nak buat kue teaw goreng yang sedap.

 

RESEPI KUE TEAW GORENG BASAH SEAFOOD

Jika tidak ada seafood, jangan susah hati. Gunakan sahaja apa yang ada macam ayam, atau daging pun boleh.  Kalau ada sosej sahaja pun boleh. Kita bedal sahaja.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 kilo kue teaw
  • 3 biji telur
  • 6 ulas bawang putih (diketuk)
  • 4 biji bawang merah ( diketuk)
  • Sotong
  • Udang
  • Taugeh
  • Kucai
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 7 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar sos ikan
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak
  • Air

 

CARA PENYEDIAAN KUEY TEAW GORENG BASAH SEAFOOD :

▶ Basuh bahan-bahan binatang dan toskan sekejap.

▶ Panaskan minyak, goreng telur dan hancurkan dalam kuali. Kemudian angkat dan asingkan seketika

▶ Tumis bawang putih sampai naik bau. Kemudian masukkan bawang merah. Tumis juga sampai garing.

▶ Bila dah wangi, masukkan cili kisar. Masak sampai pecah minyak. Pastikan cili kita betul-betul masak

▶ Seterusnya, masukkan sotong dan udang. Masak sekejap sotong dan udang ni dengan cara balik-balikkan dia.

▶ Dah cukup masak, masukkan kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Perasakan dengan bahan-bahan perasa seperti garam,dan serbuk perasa.

▶ Rasa dah ngam masukkan kuey teaw, telur hancur, kucai dan juga taugeh.

▶ Kacau tanpa henti supaya bahan tumisan dan rencah tadi sekata dengan kuey teaw kita. Kacau tu jangan sampai putuskan kuey teaw tau. Light-light sahaja.

Siap dan sedia untuk dihidangkan! !

BACA JUGA: Resepi Kuih Cara Berlauk Gunakan Daging Cincang. Buat Guna Loyang Pun Boleh!

Bila dah siap boleh hidangkan dengan cili jeruk. Selalunya makan kue teaw macam ni mesti waktu malam kan bagi menggantikan nasi. Memang sesuai sangatlah untuk yang nak kurangkan portion nasi.

Kalau korang suka makan pedas, boleh titikkan cili padi, tumiskan pada bahagian awal. Tapi jika ada anak-anak kecil untuk makan bersama, tak perlu tambah cili padi sebab rasa pedas dah ngam gunakan sos cili tadi.

Mudah dan simple je sebenarnya nak buat kue teaw goreng basah seafood ni kan. Kalau kita yang baru nak belajar pun akan mudah faham kalau ikut je step by step yang dikongsikan dalam resepi di atas ni. Cubalah mesti ramai yang suka!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open