Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resipi Siakap Stim Limau Paling Simple Untuk Anda Cuba Dirumah. Pasti Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 160

Ikan siakap sangat ramai penggemarnya. Boleh dihidang dengan macam-macam cara. Memandangkan ikan siakap sudah seringkali dihidang 3 rasa, apa kata kali ini kita bertukar selera kepada resepi siakap stim limau pula.

Resepi ini antara hidangan yang paling mudah dibuat. Ianya juga merupakan hidangan yang sihat tanpa minyak. Untuk menaikkan rasa enak dalam hidangan ini, ikan siakap mulanya akan diperap seketika bersama kiub pati ayam dan juga limau nipis.

Seterusnya, perut ikan siakap yang diperap tadi akan disumbat dengan bahan-bahan memasak yang telah dipotong nipis seperti didalam gambar. Lebihan bahan pula akan ditabur dibahagian atas ikan sebelum dimasak.

Tekstur ikan siakap stim ini sangatlah lembut dan rasanya juga cukup dengan rasa pedas, masam, manis dan juga masin. Aroma masakan juga cukup menyelerakan. Sampaikan tak cukup sepinggan dibuatnya!

Resepi siakap stim limau paling simple ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Shya. Untuk mereka pengemar masakan stim seperti ini, adalah wajib untuk anda mencubanya dirumah.

 

RESIPI SIAKAP STIM LIMAU PALING SIMPLE

Masak stim limau ini biasanya akan dihidang dengan ikan. Dimasak ala-ala masakan Thai yang cukup terkenal dengan masam dan pedasnya. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 ekor Ikan siakap
  • 4 inci Halia (lagi banyak lagi sedap)
  • 5-7 batang Serai
  • 10 ulas Bwg putih (lagi banyak lagi sedap)
  • 1 labu Bwg merah besar
  • 1 labu Bwg holland besar
  • 1 tangkai Cili besar merah
  • 5 tangkai Cili kecik merah
  • 5 tangkai Cili kecik hijau
  • 1 biji Tomato besar
  • 1 biji Buah lemon (perah & ambil jus sahaja)
  • 2 kiub Kiub ayam Knorr
  • Pati limau nipis (secukup rasa)
  • Sos ikan Thai (secukup rasa)
  • Garam, Perasa & Gula (secukup rasa)
  • Daun ketumbar

CARA PENYEDIAAN SIAKAP STIM LIMAU PALING SIMPLE :

▶️ Perap ikan bersama kiub ayam yang dicampurkan dengan pati limau nipis. Biarkan seketika.

▶️ Kemudian, potong kesemua bahan-bahan seperti dalam gambar.

▶️ Dah siap potong semua bahan, sumbatkan je semua bahan ke dalam perut ikan.

▶️ Baki bahan pula boleh ditaburkan dibahagian atas ikan.

▶️ Masukkan terus jus lemon, pati limau nipis, sos ikan, sedikit garam, perasa dan gula. Kurangkan penggunaan garam, kerana sos ikan sudah cukup masin.

▶️ Masukkan air dan tutup periuk atau kuali yang anda gunakan. Biarkan sehingga ikan masak.

▶️ Sebelum tutup api, taburkan daun ketumbar yang dah siap dihiris.

▶️ Gaul rata dan biarkan seketika. Time ni boleh rasa semula tambah ape yang belum cukup.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Lepat Labu Inti Kelapa Yang Lembut Dan Sedap. Sesuai Dijadikan Sajian Minum Petang Anda Sekeluarga!

 

Bolehlah hidangkan siakap stim limau ini bersama sayur kailan ikan masin dan sambal belacan. Sedap tau! Ala-ala makan kat kedai siam rasanya. Sudah pasti resepi ini sangat-sangat menyihatkan dan boleh melegahkan badan kita.

Mana taknya, bahan memasaknya menggunakan bahan-bahan yang boleh membuang angin dan toxis dalam badan seperti serai, halia dan juga lemon. Ha! Nak sihat dan cantik, makanlah makanan yang sihat macam ni. Barulah nampak awet muda.

Resepi ini tidak menggunakan pengukus ye, boleh cuba cara ni sebab lebih cepat dan senang dimasak! Semoga resepi siakap stim limau yang paling simple ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open