Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Bakwan Kangkung Yang Rangup Dan Sedap. Makan Dengan Cili Kicap Lagi Padu!

0 162

Rupanya sayur kangkung pun boleh buat kuih minum petang ye. Ni haa, resepi bakwan kangkung yang rangup dan sedap untuk korang cuba kat rumah. Tak pernah juga dengar kuih ni. Tapi nampak menarik dan rasanya boleh je try buat nanti.

Bakwan kangkung ni seakan-akan cucur udang. Tapi di ganti dengan kangkung dalam adunannya. Tekstur garing bila di goreng besar dan sedikit nipis. Krup krap krup krab kat mulut. Makan dengan cili kicap atau sos lagi sedap. Nak lagi sedap gigit cili api. Padu teruk rasanya. 

Aku suka cuba resepi-resepi baru. Dapat pulak kuih bergoreng macam ni. Lagi aku suka. Orang Melayu kata, yang berminyak tu la sedap, yang berlemak tu la sedap. Niat nak diet tu dah ada. Tapi usaha tu tak nampak sampai ke hari ni.

Resepi bakwan kangkung ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Bunda Nadiah. Ramai tau yang share resepi ni. Mesti korang macam aku jugak kan. Tak pernah tahu kewujudan kuih ni. Bila nampak ingatkan cucur daun kucai. Rupanya kuih berasaskan kangkung. 

Aku tak tahu dari mana asal resepi bakwan kangkung ni. Korang yang tak suka makan sayur, bolehlah try makan cara macam ni. Kot korang boleh terima masuk tekak. Aku pun dulu tak makan sayur jugak. Tapi sejak duduk asrama, tiba-tiba boleh pulak. 

RESEPI BAKWAN KANGKUNG

Menarik kan kuih ni. Rasa nak cuba buat malam ni. Tak nak makan nasi la. Nak layan bakwan kangkung ni je. Kebetulan stock cili kicap yang mak aku buat sebelum aku balik hari tu ada lagi. Fuhh! Memang layan la makan bakwan kangkung malam ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 1/2 kg tepong gandum*
  • 5 sd tepong beras*
  • 2 labu bawang merah besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 sd serbuk lada putih*
  • 1 gemgam ikan bilis/udang kering (guna ikan bilis kalau udang tak leh makan)*
  • Semanggkuk tauge
  • Semanggkuk kobis
  • Semanggkuk kangkung
  • Daun bawang/ daun sup

CARA PENYEDIAAN BAKWAN KANGKUNG : 

▶️ Tumbuk bahan yang bertanda *

▶️ Semua sayur pulak dihiris halus kecuali taugeh.

▶️ Masukkan tepung dan masukkan pulak air. Agak-agak je jangan cair dan jangan pekat.

▶️ Goreng nipis dan lebarkan bakwan kangkung. Masak sampai kuning golden. Dah siap angkat dan toskan!

 

BACA JUGA : Resepi Ikan Rebus Goreng Style Pantai Timur. Rebus Dan Biarkan Semalaman Barulah Kick!

 

Orang kata nak makan bakwan kangkung, kena masak nipis-nipis. Barulah rangup. Macam kita makan goreng pisang la. Mesti korang tak gemar sangat dangan goreng pisang tebal kan. Lupa nak ingatkan. Make sure hiris kangkung sebelum nak masuk dalam adunan ye. Kang susah pulak nak makan.

Macam-macam resepi aku jumpa sejak tulis blog ni. Contoh resepi yang unik bakwan kangkung ni. Serious aku tak pernah makan. So, aku tak tau nak bagi rating macam mana lagi untuk resepi ni. Nanti aku cuba, aku share ye. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Bunda Nadiah kerana sudi berkongsi resepi bakwan kangkung yang rangup dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open