Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Lepat Labu Inti Kelapa Yang Lembut Dan Sedap. Sesuai Dijadikan Sajian Minum Petang Anda Sekeluarga!

0 2,950

Memandangkan ramai pengemar kuih lepat sehingga hari ini, apa kata kita ikuti satu perkongsian resepi lepat labu inti kelapa disini. Pasti anda teruja dengan hasilnya. Bolehlah dijadikan sajian minum petang anda sekeluarga.

Lepat labu merupakan kuih tradisional yang dibalut kemas menggunakan daun pisang. Ianya mempunyai pelbagai variasi dari segi bahan, rasa dan warna. Lepat labu yang dikongsikan hari ini akan menggunakan warna kuning asli dari labu kuning tanpa bahan pewarna.

Tekturnya yang lembut dan gebu membuatkan kuih ini digilai ramai. Dibahagian  tengahnya juga boleh diintikan dengan kelapa yang manis dan juga bergaram. Ia dimasak secara kukus dan proses memasaknya juga sangat mudah dan cepat.

Keenakan lepat labu ini juga tidak kurang walaupun bila dihidang sejuk ataupun panas. Ada juga yang mencampurkan lepat labu dengan sagu. Semuanya adalah bergantung dengan citarasa masing-masing.

Resepi lepat labu inti kelapa ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Asma Mohamed melalui perkongsiannya di laman Facebook. Kalau dah bosan nak makan kuih bergoreng tu, bolehlah cuba kuih kukus pula.

 

RESEPI LEPAT LABU INTI KELAPA

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan lepat labu yang cukup enak ini. Bolehlah layan kuih ni dengan kopi petang-petang nanti.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 cawan labu (rebus labu hingga lembut, kemudian baru disukat)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung ubi kayu
  • 3 1/2 sudu makan gula
  • Secubit garam
  • Santan pekat (jumlah agak-agak supaya adunan tidak cair dan tidak terlalu pekat)
  • Daun pisang secukupnya (dibersihkan dan dilayur)

 

Bahan inti :
  • Kelapa parut putih sahaja
  • Manisan/ gula melaka secukupnya
  • Sedikit air
  • Secubit garam
  • 1-2 helai daun pandan

CARA PENYEDIAAN LEPAT LABU INTI KELAPA :

▶️ Sediakan inti terlebih dahulu. Satukan semua bahan inti dan masak sehingga manisan atau gula melaka larut. Tekstur inti paling sedap ialah bila ia agak lembab dan tidak kering.

▶️ Untuk adunan lepat pula, satukan semua bahan dan adun hingga sebati.

▶️ Untuk membungkus lepat, ambil daun pisang yang telah dipotong dan dilayur tadi. Masukkan 2 sudu makan adunan lepat dan letak atas daun pisang.

▶️ Seterusnya, ambil 1 sudu teh inti. Balut daun pisang dengan kemas. Lakukan hingga habis semua adunan.

▶️ Panaskan periuk kukusan dan susun kuih lepat tadi. Kukus selama 25 minit atau hingga masak. Sedia untuk dinikmati!

 

BACA JUGA: Resepi Mee Tepung Chinese Style Yang Halal Dan Sedap. Mee Pun Buat Dan Uli Sediri Je!

 

Mudahkan! Kuih lepat labu juga sering kali kita temui terjual di gerai-gerai tepi jalan diwaktu pagi dan petang. Biasanya mereka yang bekerja akan membelinya dan dijadikan bekalan ketempat kerja.

Bahagian inti kelapa tadi, boleh dihidang manis dengan campuran gula melaka dan boleh juga dimasinkan dengan campuran garam. Kedua-dua jenis inti ini tetap sedap walaupun sedikit berbeza dari segi warna dan rasa.

Kalau nak buat minum petang lepas ni, search je resepi kuih muih kesukaan anda di blog ni. Semoga resepi kuih lepat labu inti kelapa ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open